Nak ubah hidup sokonglah Pakatan Rakyat

>> Monday, April 26, 2010


ULU BERNAM: Kerajaan negeri Selangor akan melihat semula perjanjian peneroka Felda dengan kerajaan Persekutuan dan badan Felda untuk memberikan keadaan yang lebih baik kepada generasi Felda.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri Selangor mempunyai kuasa keatas tanah di Selangor sebab itu perubahan perlu dilakukan supaya masyarakat Felda dapat menikmati hasil tinggal di Felda.
Kata beliau, selama ini peneroka Felda terlalu bergantung kepada pengurusan Felda mengenai pembayaran gaji sebulan begitu juga dengan potongan hutang dan sebagainya.
Penggantungan terhadap pengurusan Felda itu tambah beliau adalah sikap membiarkan peneroka bergantung berterusan kepada kerajaan sahaja.
Menurut beliau, peluang peneroka untuk menikmati hasil daripada apa yang mereka usaha selama tinggal di Felda bergantung kepada ikhsan pengurusan Felda.
"Sedangkan hasil itu adalah hak peneroka Felda," katanya ketika merasmikan Himpunan Warga Felda Kebangsaan, kali ke2 di Felda Desa Maju Tengi, Hulu Selangor, 24 April lalu.
Bagi mengatasi masalah itu beliau memaklumkan kerajaan negeri telah melantik calon Pakatan Rakyat, Zaid Ibrahim mengetuai `task force' untuk melihat perjanjian yang dibuat antara peneroka dengan kerajaan dan perbadanan.
Ini penting katanya, supaya kerajaan negeri tahu apa yang patut diselesaikan kerana sudah 18 tahun perjanjian itu dibuat dan sepatutnya sudah luput 15 tahun.
"Malangnya perjanjian itu masih digunapakai sehingga hari ini dan potongan peneroka sudah banyak dibuat," tegasnya. Ahli Parlimen Gombak merangkap Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali turut dilantik menjadi eksekutif pengurusan supaya boleh merancang penempatan yang sesuai untuk masyarakat Felda.
Perkara itu katanya akan dilakukan secepat mungkin kerana kerajaan Pakatan Rakyat amat mementingkan kebajikan rakyat yang berbeza dengan BN hanya setakat pandai berjanji.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP