Pembangunan bersama rakyat di Hulu Selangor

>> Sunday, April 11, 2010

Oleh Muhammad Arif Ismail

KUALA KUBU BARU : Kemenangan Pakatan Rakyat di Parlimen Hulu Selangor akan memberikan lebih banyak pembangunan yang disifatkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pembangunan bersama.

Menurut beliau, sejak 50 tahun lalu, negeri ini diperintah oleh Barisan Nasional (BN) dan memberikan banyak pembangunan kepada rakyat. Namun, tidak ada yang dikatakan sebagai pembangunan bersama.

"Pembangunan bersama ialah semua rakyat, kita akan bangunkan dan kita kurangkan jurang tanpa mengira kaum," katanya ketiak ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan bersama kaum india, 7 April lalu.

Daerah Hulu Selangor, beliau menambah, merupakan kawasan yang paling sedikit menerima pembangunan walaupun, pernah menerima seorang Menteri Besar iaitu Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Khalid berkata, sudah tiba masanya penduduk di kawasan Parlimen Hulu Selangor memilih Pakatan Rakyat supaya pembangunan bersama dapat dijalankan.

"Jadi pada saya, tibalah masanya, rakyat hulu selangor memilih kita supaya dia dapat kemukakan pembangunan rakyat bukan sahaja dalam negeri Selangor, malah pembangunan bersama-sama dengan kerajaan persekutuan.

"Dengan adanya kita (Pakatan Rakyat), walaupun sebagai pembangkang, kita juga dapat memberikan serta membangkitkan isu-isu yang patut diutamakan di parlimen mengenai pembangunan di Hulu Selangor.

"Itu sebab sebelum pilihanraya kecil ini, Hulu Selangor sudah mendapat manfaat daripada mereka (BN) kerana takut, jika ada pembangkang membangkitkan sebarang masalah.

"Oleh itu, penduduk di kawasan Sungai Buaya mendapat pembangunan dalam bentuk jalan raya yang berjumlah RM 280 juta. Ini sebagai contoh, kenapa memilih Pakatan Rakyat kerana lebih banyak pembangunan akan datang ke Hulu Selangor," katanya.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP