Timbalan Menteri mahu langgar kereta wartawan Harakah

>> Thursday, April 29, 2010

ADNAN IBRAHIM

Kenderaan sport utiliti (SUV) bertulis Timbalan Menteri hampir melanggar kereta wartawan Harakah, Saidah Hairan ketika masing-masing menuju ke estet Niger Gradner, Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Kira-kira 50 meter sahaja ke tempat perhimpunan BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), SUV berjenama Volvo dipercayai dinaiki Timbalan Menteri Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' M. Saravanan menunjukkan sikap tidak sabar membunyikan hon dan berusaha memotong kenderaan di jalan ladang yang sempit dan berlopak.

"Kenderaan Timbalan Menteri itu tiba-tiba berada dibelakang kereta saya. Ketika itu 90 meter lagi saya mahu sampai ke tempat perhimpunan PKR. Saya lihat bersebelah khemah PKR ada khemah BN," katanya.

Beliau mendapati Timbalan Menteri itu mahu pergi ke tempat BN tetapi sikap tidak sabar SUV Timbalan Menteri tu hampir melanggar keretanya.

"Kenderaan itu juga membunyikan hon untuk memotong kereta saya sedangkan khemah BN sudah berada 50 meter," katanya.

Sepatutnya kata beliau, pemandu kereta Timbalan Menteri itu sedar keadaan jalan ladang berlopak dan berlekuk tidak sesuai untuk sebuah kereta kecil bergerak laju.

Wartawan Harakah ke estet tersebut yang dikenali juga ladang Bukit Tagar, mengikuti rombongan calon PKR, Dato' Zaid Ibrahim menemui pengundi yang kebanyakkan kaum India dan sebilangan kecil Melayu serta Cina.

Sebelum itu, beberapa orang anak muda India menunggu kehadiran Zaid di hadapan simpang masuk ke estet. Bagaimanapun tidak kelihatan pula kenderaan SUV timbalan menteri itu disambut anak muda di situ.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP