Apa sudah jadi Menteri Besar Selangor?

>> Friday, June 25, 2010


Alahai...apa sudah jadi. Dah dapat negeri jagalah baik-baik. Ingat mudah ke nak rampas daripada tangan Umno-BN.

Jadi apabila sudah dapat jangan lah nak bergaduh, buat kerja. bincang dan teliti kesilapan serta kelemahan, baiki bersama-sama.

Jangan hendak tunjuk hero masing-masing. Ingat, amanah rakyat jangan diperkotak katikkan.

Selangor ni negeri termaju. Rakyatnya pun berfikiran maju. Jadi jangan persia-siakan harapan rakyat.

Bila dah dirampas semula dengan BN, payah la nak dapat tarik balik.

Pakatan 15 Mahu Lucutkan Jawatan Khalid Ibrahim
Jumaat, 25 Jun 2010 05:03

KUALA LUMPUR, 25 Jun - Beberapa jam selepas Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali meletakkan jawatan sebagai Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, wujud satu pakatan yang menyokong tindakan Azmin dan mahu supaya Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, tindakan Azmin didorong oleh perasaan tidak puas hatinya terhadap mutu gerak kerja Khalid Ibrahim sehingga menjejaskan parti dan Pakatan Rakyat.

Ia juga termasuk pelantikan terbaru Setiausaha Politik Menteri Besar yang tanpa perbincangan dengan Biro Politik PKR sendiri.

Beberapa hari lalu, Menteri Besar Selangor itu telah melantik Faekah Husin sebagai Setiausaha Politik bagi menggantikan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Faekah Husin merupakan teman rapat dan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah.

Sumber memberitahu, lebih kurang 15 orang Ahli Parlimen dan ADUN di Selangor yang bersetuju dengan tindakan Azmin Ali dan akan menjalankan beberapa usaha untuk memastikan ADUN Ijok itu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Sehubungan dengan itu, beberapa blog memainkan beberapa isu yang cuba mengaitkan pertembungan tradisi antara Presiden PKR dengan Naib Presiden parti itu yang sebenarnya telah berlarutan sekian lama.

Namun sehingga saat ini, Ketua De Facto PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim masih belum memberikan apa-apa penjelasan berhubung perkara itu. -ANN

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP