Kerajaan Pusat bersengkoko dengan Syabas?

>> Tuesday, November 30, 2010


SAIDAH HAIRAN

KUALA LUMPUR: PAS Selangor mengutuk tindakan kerajaan Pusat yang cuba mempengaruhi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk menaikan kadar tarif air sebanyak 37 peratus dengan tujuan menindas rakyat Selangor.

Menurut Setiausahanya, Mohd Khairudin Osman apabila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi air percuma kepada pengguna 20 meter padu, kerajaan Pusat rasa tergugat.

Justeru, kata beliau salah satu cara untuk menyusahkan kehidupan rakyat Selangor dan menarik keyakinan serta kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat melalui kenaikan air di Selangor.

Khairudin menegaskan, pimpinan kerajaan BN mahu rakyat Selangor hidup dalam kesusahan sebagaimana yang dilakukan kepada rakyat di Kelantan dan Terengganu dengan menarik royalti minyak.

"Saya yakin kenaikan tarif air ini merupakan strategi kerajaan Pusat (BN) dengan tujuan untuk menimbulkan kemarahan rakyat," katanya.

Tuntuan Syabas untuk menaikan tarif air yang disokong Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato' Shaziman Abu Mansor merupakan penganiayaan terhadap rakyat.

Menurut Khairudin, PAS Selangor kesal jika Shaziman bersubahat dengan Syabas untuk menaikan kadar tarif air jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri air kepada Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan.

Sehubungan itu, PAS Selangor mewajibkan seluruh ahlinya seramai 72,000 orang menyertai himpunan aman membantah tuntutan kenaikan tarif air Syabas sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun depan.

Beliau berkata, himpunan itu bermula di masjid Negara jam 2 petang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengetuai penyerahan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia DiPertuan Agung di Istana Negara, 5 disember nanti.

"Penyertaan ahli PAS di semua peringkat penting sebagai tanda penentangan terhadap kebiadapan kerajaan Pusat yang cuba menindas rakyat Selangor," tegasnya.

Dalam masalah air kata beliau, kerajaan Pusat mempunyai kuasa tersendiri begitu juga dengan kerajaan negeri ada kuasa tertentu yang boleh diputuskannya.

Menurut beliau, himpunan itu menandakan bahawa rakyat tidak mahu tarif air atau penswastaan itu berlaku dan hak rakyat iaitu air perlu dikembalikan kepada mereka.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood menegaskan masalah air itu boleh diselesaikan dengan cara baik jika kerajaan Pusat bersetuju dengan langkah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Masalah sekarang ini kata beliau, kerajaan Pusat mahu mempertahankan tuntutan Syabas walaupun Syabas sudah mengaut keuntungan yang begitu tinggi.

Beliau berkata, tindakan yang diambil oleh kerajaan Pusat hanya mahu membela Syabas.

"Kita hairan kenapa kerajaan Pusat berkeras tidak mahu menerima tawaran daripada kerajaan Selangor sedangkan ia akan menguntungkan rakyat," tegas beliau.

Sedangkan tambahnya, gantirugi yagn ditawarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kepada Syabas dan semua konsensi untung dan lebih mencukupi.

Beliau mempersoalkan kenapa perlu kerajaan Pusat mempertahankan konsesi air sedangkan rakyat yang terpaksa menanggung kenaikan kadar tarif air.

Menurut beliau, pada tahun 1996 di bawah pentadbiran kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad air telah diswastakan apabila mengalami kerugian kerajaan ambil semula.

Tambahnya, apabila memperolehi keuntungan ia diswastakan semula inilah dasar kerajaan Pusat menswastakan yang untung dan ambil balik yang rugi akhirnya rakyat yang terbeban.

Beliau kesal kerana masalah air di Selangor menjadi satu perniagaan sedangkan sepatutnya air itu hak asasi yang tidak perlu diswastakan.

Sehubungan itu, Mariah mendesak rakyat Selangor yang prihatin dengan masa depan anak-anak perlu turun mohon campur tangan Yang Dipertuan Agung supaya rakyat tidak teraniya.

Kerajaan negeri merupakan entiti terbaik untuk mengambil alih industri air di Selangor yang menghadapi pelbagai masalah disebabkan syarikat konsesi mengutamakan keuntungan besar berbanding hak 5 juta rakyat Selangor.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP