Muslimat bantu mangsa banjir

>> Monday, November 8, 2010














































SAIDAH HAIRAN









KUALA LUMPUR: Bagi meringankan bebanan yang dihadapi mangsa banjir di Kedah dan Perlis Muslimat PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Pusat mengadakan lawatan serta bantuan kewangan dan makanan terus kepada mangsa.

Bantuan serta lawatan Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama AJKnya, Khadijah Mahmood dan Noriah menafikan dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pimpinan PAS tidak bertanggungjawab.

Nuridah diiringi Ketua Muslimat PAS Perak, Latifah Mat serta AJKnya mengharungi air paras lutut bagi menyampaikan makanan dan tuala bayi kepada mangsa yang tidak berpindah.

Semua mangsa yang berada di rumah di kampung Tambun Tulang, Sanglang, Perlis bersyukur mendapat bantuan makanan dan kunjungan daripada pimpinan Muslimat PAS Pusat.

Nuridah serta AJKnya turut melawat penempatan mangsa banjir di sekolah rendah Syed Nahar, Kota Seputeh yang menempatkan 500 mangsa banjir.

Di sekolah kebangsaan Kodiang pula menempatkan 2100 mangsa banjir manakala di sekolah menengah Megat Belia pula menempatkan 600 mangsa.

Di hari yang sama kerajaan negeri Selangor melalui exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemodalan Insan, Dr Halimah Ali telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada kerajaan Kedah bagi membantu mangsa banjir.

Sementara itu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Selangor turut menyampaikan sumbangan wang; beras; sardin serta barang-barang keperluan asas.

Pengerusinya, Ustazah Maryam Abd Rashid bersama 10 orang AJKnya dengan kerjasama PAS Kedah akan menghantar sendiri bantuan ke kampung Naga Kepala Batas; kampung Suka Menanti, Kuala Kedah; kampung Alor Mengkudu dan Tanjong Bendahara.

Menurut beliau, lajnah Kebajikan sedang mengatur jadual turun ke kawasan untuk tugas membersihkan rumah mangsa terutama rumah warga emas.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP