Petrol naik senyap Umno takut pengundi lari

>> Monday, November 1, 2010



KUALA LUMPUR: Timbalan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof


mengingatkan seluruh rakyat khususnya pengundi di DUN Galas dan Parlimen


Batu Sapi supaya menolak terus kepimpinan Umno-BN kerana terbukti menipu rakyat.



Ini kerana kata beliau, kenaikan harga petrol RON 97 pada tengahmalam 2
november tanpa sebarang pengumuman dibuat oleh pihak kerajaan BN membuktikan pengkhianatan Umno-BN terhadap rakyat kerana mereka takut kehilangan sokongan.



"Mereka takut sekiranya kenaikan itu diumumkan ia akan menjejaskan pengundi tidak memberi sokongan kepada calon Umno-BN di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi," tegasnya.



Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, tindakan itu bukti kejahatan atau sikap pimpinan Umno yang tidak menghormati suara rakyat "Kita terkejut dengan kenaikan RON 97 sebab dalam sidang Dewan Rakyat tidak dikemukakan begitu juga dalam Bajet 2011 yang dibentangkan oleh PM," tegasnya.



Kerajaan Umno-BN tambah beliau memang tidak menghormati sidang Dewan Rakyat kerana ahli Parlimen khususnya Pakatan Rakyat tidak diberi maklumat tentang kenaikan tersebut.



"Saya menyeru kepada semua rakyat khususnya pengundi di DUN Galas dan Batu Sapi menolak kepimpinan Umno-BN yang sengaja menyembunyikan perkara yang berkaitan dengan kepentingan rakyat," tegasnya.



Walaupun kata beliau kenaikan itu 5 sen namun kesan kenaikan itu amat besar terutama bagi pengangkutan dan harga barang-barang lain.



Beliau menegaskan kerajaan Umno-BN memang menipu rakyat kerana sanggup menaikan petrol dalam keadaan ekonomi yang menekan kehidupan rakyat.

Ini satu pembohongan yang jelas katanya kerana bertentangan dengan slogan `Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP