Umno terdesak beli undi pengundi DUN Galas

>> Tuesday, November 2, 2010


GUA MUSANG: Dalam tempoh dua hari menjelang pilihan raya kecil DUN Galas, Umno meneruskan strategi lapuk dengan menaikkan pemberian wang kepada pengundi Galas daripada RM150 pada RM1000 serta sebuah televisyen di setiap buah rumah.

Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh mengingatkan seluruh penduduk DUN Galas supaya tidak terus tertipu dengan strategi Umno dengan hanya memberi sekali sekali sahaja.

Selepas mengundi kata beliau, penduduk akan dibiarkan dan Umno tidak akan mempedulikan janji-janji yang ditabur sebelum pilihan raya.

"Ini perkara yang sering berlaku dalam mana-mana pilihan raya," katanya ditemui selepas membuat pemantauan dan lawatan ke setiap buah rumah di kampung Lembaga Sungai Terah, Galas.

Beliau berharap pengundi di DUN Galas memahami perkembangan semasa ketika diperintah Umno dan setelah ditadbir PAS.

Apa yang penduduk di Galas nikmati sebenarnya daripada usaha pemerintahan PAS iaitu ketika di era kepimpinan Dato' Asri dan selepas PAS mentadbir Kelantan selama 20 tahun.

Beliau menegaskan duit yang diberi daripada Umno itu merupakan duit rakyat dan bukan duit daripada pimpinan Umno.

"InsyaAllah jika pengundi DUN Galas memberi kepercayaan kepada PAS, kita jamin rakyat akan hidup bahagia jasmani dan rohani," jelasnya.

Nuridah bersama exco Kelantan, Wan Ubaidah Omar dan AJK DMPP, Khadijah Mahmood berada di DUN Galas sehingga hari akhir untuk memastikan pengundi di DUN tersebut memberi sokongan kepada calon PAS.

"Kita pergi ke semua tempat terutama rumah orang Umno. Apabila kita pergi ke rumah orang Umno, jentera Umno akan berulang ke rumah tersebut," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan jentera Umno itu tidak menggentarkan jentera PAS terutama Muslimat sebaliknya lebih bersemangat untuk terus mendekati penduduk yang menyokong Umno.

Nuridah bersama Wan Ubaidah dan Khadijah menziarahi ibu tunggal yang baru kematian suami enam bulan, Rosmawati Yahya, 30an.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP