Kuasa negeri dihalang kerajaan Pusat

>> Wednesday, December 1, 2010


SAIDAH HAIRAN

SHAH ALAM: Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri Pakatan Rakyat menyedari berlaku amalan kerajaan Pusat yang menghakis hak negeri dalam membuat dasar yang tidak berpihak kepada rakyat.

Mereka turut mengakui berlaku keterbatasan kuasa negeri disebalik amalan fedralisma yang mendiskriminasi negeri Pakatan Rakyat dan beberapa halangan dalam berhadapan dengan kerajaan Pusat.

Perkara itu dinyatakan dalam resolusi yang disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi mewakili Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat dalam sidang Kemuncak Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri Pakatan Rakyat di seksyen 7, Shah Alam.

Resolusi bertema `Meneruskan cita-cita rakyat' merupakan acara kemuncak sebelum Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim berucap.

Dalam resolusi itu, Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri sepakat mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian perngalaman serta jawatankuasa bersama demi pembangunan negeri dan kemajuan rakyat.

Siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai setiap negeri Pakatan Rakyat akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat.

Bagi meneruskan cita-cita rakyat, kerajaan negeri-negeri mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kerajaan Pakatan Rakyat komited mengiktiraf kepentingan menangkis serangan media BN dengan menubuh badan yang dilengkapi infrastruktur media yang dikongsi berita antara negeri Pakatan Rakyat.

Atas prinsip kesepakatan kerajaan negeri-negeri berjanji melaksana dasar pembangunan yang boleh disepakati bersama terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik.

Kerajaan negeri Pakatan turut mempraktikkan prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutamakan nilai berteraskan agama dan norma yang disepakati bagi menzahirkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan tadbir urus cemerlang.

Sepakat menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP