Polis berani dengan rakyat jika ada gas pemedih mata

>> Monday, December 6, 2010







Semburan air dan tembakan gas pemedih mata menjadi kata putus anggota pasukan polis simpanan persekutuan (FRU) untuk meleraikan 15,000 peserta himpunan aman membantah tindakan Syabas menaikan tarif air sebanyak 37 peratus.

Peserta serta pimpinan Pakatan Rakyat mula berarak kira-kira jam 1.45 petang dari perkarangan Masjid Negara. Unit Amal Selangor dan Wilayah Persekutuan berada di hadapan bagi mengawal keselamatan pimpinan dan peserta himpunan.

Belum sampai 10 minit bergerak, peserta berhenti di bulatan Jalan Hishamuddin iaitu di hadapan bangunan keretapi tanah Melayu (KTM) selama beberapa minit kerana ditahan oleh pasukan polis (PDRM).

Rundingan daripada pihak penyelaras himpunan tidak dihiraukan oleh polis sebaliknya, beberapa minit kemudian peserta terpaksa bertempiran melarikan diri kerana FRU melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata dan semburan `Water canon'.

Lebih menyedihkan, setelah empat buah kereta yang dinaiki Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta exco kerajaan negeri untuk menyerahkan memorandum dan tandatangan 15,000 rakyat Selangor ke Istana Negara yang diiringi pihak Polis, FRU telah melepaskan tembakan gas kepada peserta himpunan.

Satu peluru daripada tembakan gas itu tepat di celah kaki Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama Ketua Wanita KeADILan, Zuraidah Kamaruddin.

Gas pemedih mata yang cukup memeritkan itu, menyebabkan peserta himpunan berpecah, ada yang masuk semula ke masjid dan ke dalam ruang jalan keretapi untuk melepaskan diri dan berarak semula menuju ke hadapan Istana Negara.

Bagaimanapun, kumpulan yang dapat melepaskan diri melalui jalan keretapi di ketuai Naib Presiden KeADILan, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak kesempaian untuk menuju ke Istana Negara.

Ini kerana FRU serta `water canon' dan Pasukan Gerakan Am (PGA) berada 100 meter dari hadapan Istana Negara di kanan dan kiri jalan.

Manakala tiga buah helikopter PDRM berada di paras 200 meter daripada jalan menuju ke Istana Negara.

Serentak itu, seramai 56 peserta himpunan telah ditahan oleh polis dan dibawa ke ibu pejabat PGA, Cheras.

Ketika di perkarangan masjid Negara, peserta membawa plakad bertulis `Kembalikan hak rakyat', tolak penswastaan' serta memakai ikat kepala bertulis 'kembali hak air rakyat'.

Ada dikalangan mereka yang membawa bunga kekwa kuning untuk dihadiahkan kepada pihak polis kerana mereka menjangkakan pihak polis memberi kerjasama yang baik.

Sementara itu, di hadapan Istana Negara sekitar jam 12.30 tengah hari, wakil media dihalau dari membuat liputan di sekitar Istana.

Bagaimana pun beberapa minit kemudian arahan itu hanya merupakan provokasi oleh pihak polis.

Memorandum yang ditandatangi 150,000 rakyat Selangor telah diserahkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri ABdul Khalid Ibrahim, lebih kurang pada jam 2.15 petang.

Selepas menyerahkan memorandum kepada pihak Istana, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad dan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad datang semula ke masjid Negara untuk meleraikan ketegangan yang dilakukan oleh pihak Polis terhadap peserta himpunan.

Antara yang menyertai himpunan; AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu; Dr Dzulkifly Ahmad; Dr Siti Mariah Mahmood; AJK Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ridwan Mohd Noor; pimpinan PAS Selangor, Roslan Shahir; Mohd Khairudin Osman; Khalid Samad; Wan Hasrina Wan Hassan; Noraini Husin; Mariam Abd Rashid; Adun Selangor, Dr Rani Osman; Dr Ahmad Yunus; exco kerajaan negeri, Iskandar A Samad; AJK DMPP, Atirah Aiman Al-Jundi; Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali; DAP, Teresa Kok; Ronnie Liu; Lau Weng Seng; Elizabeth Wong serta pimpinan KeADIlan Selangor dan DAP.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP