>> Monday, February 28, 2011

Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau: Ali Rustam jangan angkuh

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

JASIN, PAS mengingatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam agar tidak terlalu angkuh dengan kuasa sekiranya tidak mahu tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang sedang berlangsung sekarang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti Islam itu tidak bermimpi untuk merampas Merlimau daripada Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, tegas beliau PAS benar-benar berhasrat untuk “menawan” Merlimau yang selama ini menjadi kubu kuat BN.
“PAS tidak sekadar bermimpi, tetapi kita memang secara sedar benar-benar hendak menawan bukan sekadar Merlimau, bahkan negeri Melaka dan juga Malaysia.

“Ini telah kita nyatakan berulang kali atas nama Pakatan Rakyat sedia ke Putrajaya bagi memperbetulkan kerosakan negara yang dilakukan oleh BN,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohd Ali yang menasihatkan PAS agar tidak bermimpi yang ia boleh merampas kerusi DUN Merlimau.

Ini kerana, jelas Mohd Ali, PAS tidak mempunyai jasa besar di Melaka, sebaliknya hanya tahu melemparkan pelbagai tuduhan berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Ini pilihan raya kecil ke-15 sejak 8 Mac 2008 dan yang pertama di Melaka.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang juga mengingatkan pemimpin Umno termasuk Mohd Ali agar tidak terlalu angkuh dengan kuasa yang ada.

“Keduanya, kita hendak ingatkan seluruh pemimpin Umno termasuk Ketua Menteri Melaka supaya tidak angkuh dengan kuasa yang ada.

“Parti Hosni Mubarak memenangi pilihan raya lebih 90 peratus, tetapi tumbang dengan kebangkitan rakyat.

“Begitu juga dengan kerajaan Firaun, Rom, Parsi yang pernah menjadi kuasa besar dunia juga runtuh dan Umno juga ada masa hayatnya akan berakhir,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti undi 2,154.

Read more...

Pilihan Raya Kecil Umno takut kalah di Kerdau?

Posted on Monday, February 28 @ 07:47:56 PST by paktam
Oleh Cenangau Daunkari

Berbanding PRK Merlimau, Umno sebenarnya lebih risau dengan PRK Kerdau, d Merlimau depa tak risau sangat. Walaupun, katanya Umno yakin boleh menang di kedua-dua PRK tapi depa agak gerun di Kerdau. Depa risau kerusi Kerdau terlepas ketangan PAS.

Kalau tengok atas kertas, langsung tak munasabah Umno nak risau di Kerdau. Pasainya, macam yang Muhyiddin pernah kata sebelum ni, lebih 50% pengundi di Kerdau adalah ahli Umno.

Bharian melaporkan:

TEMERLOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta jentera pilihan raya kecil Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau tidak terlalu yakin dan memandang remeh kekuatan parti lawan.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata seluruh jentera perlu bekerja keras sekalipun DUN berkenaan dilihat sebagai kubu kuat BN dengan lebih 50 peratus pengundi di kawasan itu terdiri daripada kalangan anggota UMNO.

"Kita tidak mahu terlalu yakin dan takbur, walaupun keadaan semuanya baik.

"Kita juga perlu ingat bahawa pengundi adalah raja dan mereka yang tentukan sama ada menyokong atau tidak dan waktu inilah kita mesti menunjukkan kemesraan, keprihatinan, kesediaan untuk menolong mereka dalam menghadapi masalah," katanya. - Bharian

Nak risau apanya kalau dah ada dalam tangan lebih 50% undi. Dalam pilihanraya Malaysia, dapat undi 50.000000000000001% dari yang keluar mengundi pun dah dikira menang. Atau lebih tepat lagi, lebih 1 undi pun dikira menang.

Lagi satu faktor, di Kerdau ada 3 Felda besar, Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25. Kalau ikut trakrekod di Tenang dan Galas, undi di Felda ni memang milik Umno. Lagi pun kuasa di Felda memang milik Umno. Umno boleh buat hampir apa saja di dalam kawasan Felda termasuk melarang petugas PAS masuk.

Faktor satu lagi, peratus pengundi melayu di Kerdau cukup tinggi, 88.77% dan pengundi cina cuma setakat 5.05% iaitu cuma 454 pengundi saja. Kalau ikut perangkaan PAS sendiri pun, PAS katanya mengunjurkan sokongan dari orang melayu cuma 45% (unjuran di semenanjung) dan pengundi cina 60%. Tu pun Umno masih nak risau. Kaslau ikut kira atas kertas, tentu Umno memang punya. Nak risau apa lagi?

Tapi realitinya, Umno memang risau di Kerdau. Depa tak berapa yakin depa boleh menang mudah. pemimpin Umno katanya lebih ramai diarahkan turun di Kerdau berbanding di Merlimau.

Blogger pencacai Umno pun lebih ramai berkampung di Kerdau waalupun depa lebih suka nak berkampuna di Merlimau. Iya la, apa yang ada di Kerdau. Kalau di Merlimau memang macam-macam ada. Kalau takat nak bersenam arobik tiap-tiap malam pun boleh.

Kalau tengok berita di TV pun. Lebih banyak dipaparkan aktiviti di Kerdau berbanding di Merlimau. Muka calon Umno yang pakai kupah tu lagi kerap muncul. Walaupun jawab tergagap-gagap tapi memanjang ada muka dia ditemuramah wartawan TV.

Apa sebenarnya punca Umno lebih risau di Kerdau?
http://cenangau.blogspot.com

Read more...

>> Sunday, February 27, 2011

80 Peratus Melayu Bakal Dapat Tanah

80 peratus Melayu bakal menerima tanah dari kerajaan negeri apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memberi jaminan akan menyelesaikan 100,000 permohonan memiliki tanah dengan secepat mungkin.

YB Dr Hj Yaakob Sapari Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian,Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan berkata, jaminan Menteri Besar tersebut mencerminkan sikap kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang telus dan tidak memilih latar belakang politik dalam soal pemberian tanah.

Katanya, dasar kerajaan negeri jelas di mana pemilikan tanah adalah kepada individu yang telah menetap dan telah mengusahakan tanah tersebut.

Antara kawasan yang akan diberi tumpuan dalam menyelesaikan isu ini adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Ijok, Dengkil dan Kuang .

Selain itu, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan permohonan tanah kaum Cina di Sekinchan dan kaum India di Batu Caves yang sebelum ini selalu dipinggarkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Berbeza dengan pemerintahan BN dahulu, setiap permohonan tanah perlulah melalui jawatankuasa daerah tanah yang dipengerusikan oleh ADUN. Sistem ini jelas pincang kerana pemohon yang mempunyai fahaman politik berbeza akan ditolak.

Menurutnya lagi, kerajaan dahulu dilihat gagal menangani masalah ini dengan baik, Malah, Dato’ Seri Khir Toyo juga gagal menyelesaikan pemohonan tanah orang Melayu dikawasannya sendiri di Sungai Panjang.

Read more...

Najib Razak Digesa Mohon Maaf Terhadap Dr Yusof Al-Qaradawi
Ditulis oleh Edi Suleiman
27/02/2011 Share


SHAH ALAM 27 FEB : Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak melemparkan tuduhan melulu terhadap ulama Dr Yusof Al-Qaradawi sebagai manusia lidah bercabang kerana menganugerahkan tokoh Maal Hijrah itu namun dalam pada masa yang sama melabel sebagai pengganas, kata Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad.

"Ini satu lagi sikap manusia lidah bercabang sedangkan Malaysia baru saja menganugerahkan kepada dia tokoh Maal Hijrah sebagai cendikiawan Islam," katanya yang dihubungi TV Selangor.

Idris berkata jika Najib Razak enggan meminta maaf, beliau mencabar Najib untuk menarik balik anugerah tokoh Maal Hijrah daripada ulamak itu.

"Sudah pasti dia perlu meminta maaf,kalau tidak kita cabar dia tarik balik anugerah Dr Yusuf kalau dia seorang pengganas," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhamad Nur Manuty turut senada dengan apa yang disuarakan pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Kenyataan beliau ini senada dengan kuasa barat yang menyenaraikan Dr Yusuf dalam senarai sebagai kelompok ganas atau ekstrem. Ini kenyataan berbahaya dan dikesali oleh pendukung gerakan Islam di seluruh dunia.

Terdahulu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menzahirkan tekanan mereka terhadap Najib yang semberono menuduh ulamak tersohor itu dan gerakan Islam antarabangsa, Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas.

Read more...

PRK DUN Kerdau






Mungkin ramai orang yang mengeluh...dah penat la nak berkempen. Ada juga yang mengeluh dah tak ada duit...tapi kempen tetap diteruskan.

Read more...

Umno pun sibuk kempen tampal jalan


Orang sibuk berkempen, BN pula sibuk cari kontraktor untuk menampal jalan-jalan raya di Kerdau yang berlubang.Jika tidak berlubang tebalkan jalan raya. Pelik betul BN.

Susah betul cara kerja orang Umno-BN. Nak tunjuk rakyat didahulukan...buat kerja masa ada PRK. Masa tidak ada PRK, tak sibuk pula nak rakyat didahulukan.

Jalan raya berlubang pun buat-buat tak nampak. Masjid tak ada air pun buat-buat pekak. Di Kerdau jalan masjdi baru ditar. Hehehehe seronok betul orang di DUN Kerdau. Minta apa je tentu dapat. Tapi orang Kerdau kena cerdik banyak.

Minta dengan Umno apa saja dan ugut mereka dapat segera. Jika tidak kirim salah untuk mengundi Umno. Jangan tunggu selepas keputusan PRK. Jika selepas keputusan PRK dalam tangan janji tinggal janji.

Read more...

MB : Kerajaan Selangor Dedah Laporan Kewangan GLC Di Sidang DUN Mac Ini
Ditulis oleh Edi Suleiman
27/02/2011 Share


SHAH ALAM 27 FEB : Kerajaan Selangor akan mendedahkan laporan kedudukan kewangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadual berlangsung Mac ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan menerangkan kedudukan sebenar kewangan GLC untuk tahun semasa dan cara akaun dibuat kepada setiap wakil rakyat pada persidangan itu.

"Saya akan dedahkan akaun GLC negeri (secara berperingkat) bermula persidangan DUN bulan Mac. Standard (laporan kewangan) serupa macam di PNB (Permodalan Nasional Berhad) dulu," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kejohanan Karate di sini semalam.

Beliau berkata langkah itu perlu bagi melihat aliran dan prestasi kewangan serta nilai pertumbuhan pelaburan yang dicapai ambil alih pentadbiran Selangor pada Mac 2008.

Katanya mengikut prosedur, penyata kewangan GLC negeri Selangor mesti disiapdan diaudit dalam tempoh enam bulan selepas tahun berakhir 31 Disember. Beliau juga mendakwa terdapat laporan kewangan GLC negeri itu yang tidak dikemas kini selama lima tahun sewaktu pentadbiran terdahulu.

Read more...

Rakyat Sabah diberi alamat Shah Alam untuk PRU

>> Wednesday, February 16, 2011



SAIDAH HAIRAN

SHAH ALAM: Jabatan Pendaftaran Negara didakwa bersubahat dengan Umno Bahagian Kota Raja melakukan pertukaran alamat kepada rakyat Sabah untuk mengundi di Kawasan Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke13.

Perkara itu disahkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Raja, Cikgu Jaafar Samsudin bersama AJKnya yang kebetulan berada di tempat operasi pertukaran alamat di seksyen 11, Shah Alam.

Harakah yang turut berada di tempat itu, mendapati sebuah bas Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) nombor pendaftaran BGS 5488 berada di hadapan Pejabat Umno Shah Alam dengan beberapa orang kakitangan JPN sedang membuat pengesahan pertukaran alamat rakyat Sabah.

Sebelum itu rakyat Sabah diarahkan mengisi borang pertukaran alamat di tingkat 3, bangunan Umno Shah Alam dan selepas itu mereka dikhendaki naik bas secara bergilir-gilir bagi mendapatkan pengesahan wakil JPN.

Pengesahan pertukaran alamat itu dilakukan dalam bas yang bertutup dan hanya mereka yang membawa borang pertukaran saja dibenarkan menaiki bas tersebut.

Beberapa rakyat Sabah yang ditemui mendedahkan pertukaran alamat itu dilakukan atas arahan Umno dan bertujuan untuk mengundi pada PRU akan datang.

Mereka diangkut dari Taman Sri Muda, Shah Alam dengan menggunakan dua bas nombor pendaftaran NR 9417 dan BFM 3804.

Menurut seorang rakyat Sabah berkata, mereka dijanjikan sesuatu oleh pihak tertentu dan ada dikalangan mereka dipanggil untuk tujuan lain tetapi sampai di situ buat perkara lain.

Perbualan wakil PAS bersama beberapa orang rakyat Sabah diperhatikan oleh pihak Umno dari atas bangunan dan selepas beberapa minit, seorang wanita yang dipercayai Wanita Umno menghampiri kami dan menjemput naik ke tingkat tiga bangunan Umno.

Bas JPN beredar sekitar jam 2.15 petang sabtu manakala wanita yang menemui kami turut beredar selepas memerhatikan kami dari dalam kenderaannya.

Sehubungan itu, Cikgu Jaafar akan membuat laporan kepada pihak berkenaan dan tindakan tegas perlu diambil kerana ternyata Umno dengan kerjasama JPN telah melakukan penipuan besar.

"Buatlah apa sahaja kempen, edarkan risalah kepada penduduk Selangor, semua itu tidak akan berkesan kerana Umno dan JPN telah melakukan pertukaran alamat dengan membawa masuk rakyat Sabah untuk mengundi," katanya.

Beliau berkata, ini berlaku di Shah Alam bagaimana dengan kawasan lain di negeri Selangor.

Read more...

Kerajaan Selangor bertanggungjawab terhadap pelajar Mesir

>> Tuesday, February 15, 2011


Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat berjanji akan membiayai pelajar-pelajarnya balik semula ke Mesir, menyambung pengajian yang terhenti seketika.

Sementara menunggu suasana negara itu tenang, kerajaan Selangor akan menempatkan pelajar-pelajarnya menjalani kursus di beberapa tempat seperti di Kuala Kubu Baru dan Morib.

Perjumpaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Dato Dr Hasan Mohd Ali, Rodziah, Dr Halimah bersama pimpinan kerajaan negeri pada malam Selasa lalu mendapat sambutan di luar dugaan.

Bayangkan dewan jubli Perak, SUK yang mempunyai 1200 kerusi tidak cukup. Ada yang duduk di tangga dan ramai lagi yang tidak dapat masuk ke dalam dewan.

Inilah kehebatan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Tentu lepas ini kerajaan Pusat akan memaklumkan penajaan balik semula pelajar-pelajar Malaysia ke Mesir.

Tunggu dan lihat...

Read more...

>> Monday, February 14, 2011


Kami Prihatin menjejaki golongan gelandangan di Tasik Titiwangsa

SAIDAH HAIRAN

KUALA LUMPUR: Sempena Hari Memperingati Kekasih Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat mengambil kesempatan bermesra dengan golongan remaja serta pengunjung Taman Tasik Titiwangsa dengan pendekatan ekspedisi Kami Prihatin.

Saban tahun sebilangan besar golongan remaja Melayu menyambut Hari Memperingati Kekasih pada malam 14 Februari dengan menghadiahkan bunga ros merah kepada pasangan masing-masing serta diiringi adegan maksiat.

Penyerahan tubuh atau kesucian mohkota remaja tanpa ikatan yang sah kepada kekasihnya dianggap sebagai tanda ketulusan cinta.

Mereka tidak segan silu melakukan adegan maksiat di khalayak, ada yang sanggup duduk beradap di atas motor sambil tangan membelai rambut dan muka kekasihnya.

Jalan berpelokan, duduk di tempat gelap di bawah rimbunan pokok, dalam kereta di tempat gelap dan sebagainya bagi memudahkan mereka melakukan adegan maksiat.

Akibatnya dalam tempoh sembilan bulan daripada sambutan Hari Memperingati Kekasih ramai bayi tidak sah taraf dilahirkan dan dibuang di merata-rata tempat.
Pelbagai pihak cuba mengatasi masalah tersebut, namun golongan remaja Melayu tetap melakukan adegan maksiat dari perbuatan ringan sehingga perzinaan.

Justeru, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat mengambil tindakan drastik bukan bermusim untuk mengenal pasti punca masalah berlakunya maksiat secara sukarela.

Pemangkunya, Dr Siti Mariah Mahmood bersama AJKnya sanggup menghabiskan masa mendekati golongan remaja Melayu di Taman Tasik Titiwangsa, malam Hari Memperingati Kekasih, Ahad lalu.

Dengan penuh kesedaran dan keinsafan, beliau serta AJKnya mendekati remaja Melayu dengan pendekatan kasih sayang sebagai bapa dan anak; ibu dan anak; kakak dan adik serta abang dan adik.

Mariah tidak membawa pendekatan menghukum mereka walaupun ternyata golongan remaja itu telah melakukan kesilapan. Pendekatan kasih sayang dan mesra itu diharap dapat melembutkan hati golongan remaja supaya kembali ke jalan yang diredhai Allah.

Bagaimanapun, ketika beliau dan AJKnya mendekati golongan remaja ada dikalangan mereka yang lari bertempiran.

Ada dikalangan mereka yang membuang terus `pamplet' yang menyatakan tentang `Punca dan sebab gejala sosial', `kesan akidah dan gejala sosial' serta 10 agenda bertindak oleh program Pemerkasaan Institusi keluarga.

"Kami mendekati mereka dengan cara kasih sayang, ajak berbual dan ada gadis yang kami temui duduk seorang dan sedang menangis. Kami tanya kenapa menangis, gadis tersebut tidak menjawab," katanya.

Menurut beliau, disebabkan ekspedisi Kami Prihatin tidak membawa pendekatan hukuman maka AJK Lajnah telah meninggalkan nombor telefon kepada gadis tersebut untuk dihubungi.

Beliau berkata, ada juga pasangan kekasih yang menyambut salam dan mengucapkan terima kasih ketika menerima pamplet.

"Ada yang berkata tak payah dan dibuang pamplet. Kami tidak marah kerana itulah adalah tindak balas yang baik daripada mereka," katanya.

Ekspedisi Kami Prihatin juga menemui ibu tunggal yang tinggal di rumah Titian Kasih dan meminta bantuan untuk mendapatkan sekolah Tahfiz untuk anaknya.

Selain itu ekspedisi Kami Prihatin turut berjumpa dengan enam orang lelaki yang terpaksa tidur di atas kerusi di tepi tasik kerana tidak mempunyai rumah disebabkan tidak bekerja.

Melihat suasana masyarakat Melayu yang celaru itu, katanya, jika ekspedisi Kami Prihatin tidak turun mendekati golongan remaja Melayu serta pengunjung Titiwangsa, sudah tentu segala masalah yang bersarang dalam kehidupan mereka tiada siapa yang tahu.

"Kita akan teruskan ekspedisi ini dan ia bukan kerja bermusim. Kita hendak tempat-tempat awam ini bebas daripada perbuatan maksiat," katanya.

Selain itu tambah beliau, misi penerangan dan dakwah amar makruf nahi mungkar juga dapat dilakukan dan disasarkan kepada golongan yang tepat.

Dr Mariah turut mengingatkan seluruh kawasan di setiap negeri supaya dapat menghantar wakil Lajnah Kebajikan ke Seminar Pemerkasaan Amilin Kebajikan PAS dan Pelancaran `Dana Prihatin'.

Kupon yang dijual hanya RM10 dengan jumlah 15 kupon, setiap Kawasan perlu menghantar sekurang-kurang dua orang AJK Lajnah atau mereka yang berminat untuk melakukan kerja-kerja kebajikan.

Program bermula 25 hingga 26 Mac akan diadakan di hotel D'Palma, Ampang dengan perasmian Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang; pembentangan kertas kerja serta pelancaran Dana Kami Prihatin oleh Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seminar tersebut akan membuka laluan yang akan melonjakkan PAS ke satu tahap pencapaian lebih cemerlang bagi menunjukkan kepentingan aktiviti kebajian dan kemasyarakatan dalam menyampaikan dakwah serta menerangkan dasar PAS.

Lajnah Kebajikan berharap para dermawan yang mahu mengeluarkan zakat individu boleh disalurkan terus kepada Kebajikan untuk memudahkan kerja-kerja membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

Read more...


Ahmad Maslan dicabar PRK Umno lawan PAS bukan PAS lawan kerajaan

SAIDAH HAIRAN

SHAH ALAM: Ketua Penerangan Umno, Dato' Ahmad Maslan dicabar supaya menjadikan Pilihan Raya DUN Merlimau sebagai permulaan perlawanan parti dengan parti bukan parti dengan jentera kerajaan.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, hentikan sebarang bentuk ugutan kepada pengundi dan berikan kebebasan kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat mereka.

Beliau menegaskan, pastikan jentera Umno menjalankan kempen bersendirian bukan menggunakan jentera kerajaan, media massa dan sogokan wang kepada pengundi.

"Saya cabar Umno mari kita lawan parti dengan parti. Saya yakin Umno tidak akan memperolehi kemenangan tanpa menggunakan sogokan wang, media massa dan jentera kerajaan," tegasnya ketika ditemui dalam majlis ramah mesra dan dialog bersama generasi kedua Felda, di Shah Alam.

Dalam majlis itu beliau menyampaikan 60 sijil kepada ahli Anak yang berada di Lembah Klang.

Mazlan yang juga Ketua Penerangan PAS Johor berkata demikian ekoran kenyataan angkuh Ahmad Maslan; `Pembangkang hanya menghabiskan beras menyertai PRK DUN Tenang'.

Ahmad Maslan berkata demikian dalam wawancara bersama wartawan Siasah dan disiarkan dalam tempoh berkempen di DUN Labis, Johor.

"Jangan cakap besar, jika dia (Ahmad) menjadikan sokongan penduduk Felda sebagai tanda aras kemenangan besar Umno, saya bimbang nasib dia akan jadi seperti Presiden Mesir, Hosni Mubarak," tegasnya.

Menurut beliau, jangan jadikan keputusan PRK sebagai tanda rakyat bersama dengan Umno kerana rakyat yang menyokong itu tidak mustahil akan menjatuhkan dia suatu hari nanti.

Beliau berkata, apakah kemenangan Umno di DUN Labis merupakan kemenangan sebenar atau palsu kerana Umno menguasai media serta sogokan wang kepada pengundi.

Read more...

sami yusuf .....(yeni) ilahi **** NEW ****

>> Thursday, February 10, 2011

Read more...

Sami Yusuf Hasbi Rabbi Allah o Allah

Read more...

PAS Johor perlu pendekatan baru

>> Tuesday, February 8, 2011


SAIDAH HAIRAN

JANJI PAS untuk membuat kejutan pada Pilihan Raya Kecil DUN Tenang sudah tercapai. Bukan kejutan menawan DUN Tenang, tetapi kejutan memberi kemenangan lebih besar kepada Umno-BN.

Ketika pengumunan calon, pimpinan Pakatan Rakyat sudah memberi laluan kepada Umno-BN untuk mengekalkan kerusi DUN Tenang. Ini dapat dilihat apabila kebanyakan pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya PAS membuat kenyataan hanya meletakkan `target' untuk mengurangkan majoriti; bukan menawan kerusi DUN Tenang.

Kenyataan awal itu memberi gambaran bahawa PAS tiada keyakinan untuk menawan DUN Tenang. Jadi, tidak hairan PAS kalah di DUN Tenang bahkan gagal untuk mengurangkan majoriti Umno-BN. PAS daripada awal sudah tahu akan kalah dan menempah untuk dikalahkan.

Suasana hujan lebat ditambah dengan banjir di beberapa UPU menyebabkan Umno-BN hanya mendapat 6699 undi. Manakala PAS pula hanya mendapat 2992 undi. Majoriti 3707 meningkat 1215 berbanding Pilihan Raya Umum 2008.

Umno mesasarkan majoriti lebih besar 5000. Hujan dan banjir memberi rahmat kepada PAS kerana ramai pengundi yang tidak dapat keluar. Jika tidak, Umno akan mendapat undi lebih besar dan mungkin tercapai sasaran mereka untuk mendapatkan undi lebih besar.

Memang diakui Johor negeri kubu Umno-BN. Agak sukar untuk PAS menembusi negeri Johor sesukar Umno-BN merampas negeri Kelantan. Kebanyakan rakyat Johor berpendidikan agama tetapi mereka hanya menjadikan agama itu sebagai satu mata pelajaran.

Rakyat Johor ada kumpulan Berzanji dan kumpulan Yasin. Setiap minggu mereka akan berkumpul membaca Yasin di rumah-rumah yang ditentukan. Begitu juga ketika hari raya, mereka ada kumpulan Marhaban. Aluanan selawat bergema di setiap buah rumah yang dikunjungi selama sebulan Syawal. Inilah uniknya, rakyat Johor.

Mungkin rakyat luar dari Johor akan memperlekehkan budaya itu. Namun, budaya itulah yang menyebabkan hubungan mereka bertambah erat dan sukar untuk PAS menarik ahli mereka jika tidak mendekatinya terlebih dahulu.

Kempen PRK di Johor berbeza dengan negeri-negeri lain. Pimpinan Muslimat PAS Johor sering mengingatkan jentera PAS tidak membuat kempen secara lantang; jangan menggunakan lambang PAS; jangan memakai t'shirat berlambang PAS; tidak memakai topi PAS dan apa saja yang ada lambang PAS.

Persoalannya, kenapa? Apakah masyarakat Melayu Johor khususnya di Felda terlalu takut dengan lambang PAS. Jika benar, itu menunjukkan bahawa PAS Johor kurang mendekati mereka dan kurang menampilkan atau memperkenalkan diri sebagai ahli PAS.

Jika mereka sudah biasa melihat lambang PAS atau sudah mengenali pimpinan PAS cawangan, Kawasan dan negeri sudah tentu tidak menjadi masalah untuk jentera PAS luar dari Johor menggunakan apa saja tanda PAS ketika berkempen.

Agak rugi sedikit Pengerusi Anak, Mazlan Aliman tidak mengambil kesempatan cabaran Timbalan Menteri, Dato' Ahmad Maslan berdialog bagi menyelesaikan masalah tanah Felda.

Walaupun ia dialog tertutup tapi sekurang-kurangnya rakyat khususnya peneroka Felda generasi kedua boleh melihat keberanian Mazlan menyahut cabaran Ahmad Maslan. Jika cabaran itu disahut sudah tentu nampak kesungguhan dan ketelusan Mazlan selaku Ketua Penerangan PAS Negeri Johor mahu menyelesaikan masalah Felda.

Pengundi Felda terutama generasi pertama rata-rata mengatakan cukuplah orang Felda semua sudah ada, pendapatan sebulan tidak kurang RM1000, itu yang tidak bekerja jika bekerja sudah tentu mereka mendapat wang yang lebih.

Bagaimana PAS hendak mengubah fikiran orang seperti itu. Adakah cukup sekadar mengatakan; 'Biarlah...orang tua yang sudah karat biru tak payah didekati, kita dekati orang muda'.

PRK sudah berlalu, persoalananya apakah Tenang boleh dijadikan medan perubahan atau kunci semangat juang untuk PAS melakukan perubahan di negeri Johor?

Apakah ceramah perdana, ceramah kelompok masih sesuai digunakan untuk memikat pengundi di Johor?

Di Labis semua ceramah yang diadakan memang mendapat sambutan hangat. Memang ramai pendengar. Malangnya mereka yang hadir mendengar ceramah merupakan jentera Pakatan Rakyat khasnya PAS.

Jika ada pengundi mungkin boleh dikira dengan jari. Justeru, PAS Johor perlu mendekati pengundi DUN Tenang jika mahu menawan kerusi tersebut dalam Pilihan Raya Umum nanti. Gerak kerja mendekati mereka perlu dilakukan terus tanpa menunggu pengumuman daripada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak tarikh pilihan raya umum.

Cikgu Normala Sudirman selaku Ketua Muslimat PAS Labis perlu menggembelingkan tenaga dan menggerakkan jentera Muslimat untuk teus melakukan khidmat kepada masyarakat Labis. Kerja-kerja mendekati masyarakat perlu dilakukan tanpa batasan kaum, agama dan bangsa.

Beliau mesti bekerja secara `team work' bukan bersendirian. Banjir yang melanda Labis amat sesuai untuk beliau dan jentera PAS Labis meneruskan khidmat kepada mangsa. Berikan sesuatu yang boleh dikenang oleh masyarakat Labis, bukan sekadar pemberian lakonan semata-mata. Dekati mereka dengan roh perjuangan bukan sandiwara politik.

Berhadapan dengan Umno-BN yang menggunakan segala jentera kerajaan dan media bukan satu perkara yang mudah. Berbanding PAS yang hanya mempunyai suara dan kemahiran berceramah serta berhujah.

Namun segala kemahiran ceramah dan berhujah itu tidak cukup untuk menawan hati pengundi. Rakyat mahu sesuatu yang mereka boleh nampak dan rasai. `Sesuatu' itulah yang ada pada Umno-BN.

Jika Kelantan merupakan aset tetap PAS tidak mustahil Johor juga menjadi aset Umno-BN. Rakyat Johor memang sudah sebati dengan Umno-BN. Mata mereka hanya nampak Umno-BN. Mereka hanya mengenali pimpinan Umno-BN di semua peringkat.

Bawalah isu kenaikan harga barang-barang, harga petrol, harga gula; sedikit tidak akan mengugat keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap kewibawaan dan kepimpinan Umno-BN.

Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar pernah menyebutkan; rakyat di mana-mana negeri tidak akan mempunyai kesedaran politik jika masyarakat di Lembah Kelang tidak bangkit membuat satu protes terhadap apa saja isu yang berkisar dengan kehidupan rakyat.

Ini dapat dibuktikan kemenangan luar biasa PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum 1999 dan 2008. Masyarakat di Lembah Kelang banyak melakukan demonstrasi membantah kenaikan minyak melalui Protes, begitu juga dengan tuntutan perjalanan Pilihan Raya yang telus melalui Bersih.

Semua ini memberi kesan kepada rakyat di seluruh negara untuk membuat perubahan kerana mereka sedar kerajaan Umno-BN menindas kehidupan mereka. Jika masyarakat di Lembah Kelang lemah tidak peka dengan kenaikan RON 97 ke harga baru RM2.50, apa lagi pengundi di DUN Tenang dan Johor sudah tentu akan terus hidup selesa di bawah Umno-BN.

Rakyat Johor memang sukar untuk membuat perubahan minda dan kesedaran politik melalui ceramah dan bahan bacaan. Mungkin hanya satu jalan saja yang boleh mendatangkan kesan; iaitu melalui demo atau berarak menentang apa saja kenaikan atau pelaksanaan yang dilakukan Umno-BN.

Mungkin dengan cara itu dapat memberi kesedaran politik khususnya kepada rakyat Johor.

Read more...

Hebatnya Presiden PAS











Kebersamaan isteri Presiden PAS, Toh' Puan Hajah Zainab Awang bersama bekas calon DUN Tenang, Normala Sudirman di gerai roti canai. Presiden, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang turut berkempen bagi memenangkan PAS.








Inilah hebatnya Tok Guru kita.

Read more...

Johor dilanda banjir besar

>> Monday, February 7, 2011





























Hari mengundi di DUN Labis pada 30 Januari diiringi dengan hujan lebat. Labis dilanda banjir besar sekali lagi. Kali pertama pada tahun 2006.







Banyak jalan utama ditutup kerana dinaiki air. Jalan ke Yong Peng ditutup, jalan ke Segamat naik air, jalan ke Tangkak pun naik air.

Jentera PAS yang masih berada di Labis dan hendak balik ke destinasi masing-masing terpaksa dibatalkan kerana banyak laluan untuk keluar dari Labis dinaiki air.

Dulu kita sibuk dengan Kelantan yang dilanda banjir besar. Sekarang sibuk dengan Johor Darul Umno dilanda banjir.

Read more...

Dr Halimah pimpinan pertama menyambut pelajar dari Mesir

Boleh lihat sendiri siapa yang politikkan membawa pelajar Malaysia pulang dari Mesir?




























Read more...

Sehari bersama Cikgu Normala Sudirman

>> Tuesday, February 1, 2011











Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP