>> Monday, February 14, 2011


Ahmad Maslan dicabar PRK Umno lawan PAS bukan PAS lawan kerajaan

SAIDAH HAIRAN

SHAH ALAM: Ketua Penerangan Umno, Dato' Ahmad Maslan dicabar supaya menjadikan Pilihan Raya DUN Merlimau sebagai permulaan perlawanan parti dengan parti bukan parti dengan jentera kerajaan.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, hentikan sebarang bentuk ugutan kepada pengundi dan berikan kebebasan kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat mereka.

Beliau menegaskan, pastikan jentera Umno menjalankan kempen bersendirian bukan menggunakan jentera kerajaan, media massa dan sogokan wang kepada pengundi.

"Saya cabar Umno mari kita lawan parti dengan parti. Saya yakin Umno tidak akan memperolehi kemenangan tanpa menggunakan sogokan wang, media massa dan jentera kerajaan," tegasnya ketika ditemui dalam majlis ramah mesra dan dialog bersama generasi kedua Felda, di Shah Alam.

Dalam majlis itu beliau menyampaikan 60 sijil kepada ahli Anak yang berada di Lembah Klang.

Mazlan yang juga Ketua Penerangan PAS Johor berkata demikian ekoran kenyataan angkuh Ahmad Maslan; `Pembangkang hanya menghabiskan beras menyertai PRK DUN Tenang'.

Ahmad Maslan berkata demikian dalam wawancara bersama wartawan Siasah dan disiarkan dalam tempoh berkempen di DUN Labis, Johor.

"Jangan cakap besar, jika dia (Ahmad) menjadikan sokongan penduduk Felda sebagai tanda aras kemenangan besar Umno, saya bimbang nasib dia akan jadi seperti Presiden Mesir, Hosni Mubarak," tegasnya.

Menurut beliau, jangan jadikan keputusan PRK sebagai tanda rakyat bersama dengan Umno kerana rakyat yang menyokong itu tidak mustahil akan menjatuhkan dia suatu hari nanti.

Beliau berkata, apakah kemenangan Umno di DUN Labis merupakan kemenangan sebenar atau palsu kerana Umno menguasai media serta sogokan wang kepada pengundi.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP