>> Tuesday, June 28, 2011


Tangkapan Bersih polis itu arahan pihak atasan

SAIDAH HAIRAN

AMPANG: PAS Selangor membantah cara proses siasatan yang dibuat oleh IPD Ampang dengan menahan tahanan selama 14 jam sedangkan kesalahan itu hanya perlu disiasat di bawah seksyen 27.

Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Perhubungan PAS, Mohd Khairuddin Othman kerana perkara yang mudah itu tidak sepatutnya dibuat selama lebih 14 jam.

Menurut beliau, PAS Selangor juga tidak setuju dengan tindaka polis yang cuba mengeledah rumah tujuh orang Pemuda PAS yang ditahan tanpa waran untuk mencari t'shirt Bersih 2.0.

"Kita juga membantah pihak polis yang pada mulanya mahu membuat pemeriksaan air kencing setelah beberapa jam ditahan, sedangkan mereka bukan disiasat di bawah akta dadah," tegasnya.

Beliau berkata, PAS juga membantah tindakan polis yang menempatkan tahanan di D7 iaitu tempat kongsi gelap yang terlibat dengan jenayah berat.

Tambah beliau kenapa polis mengambil kaedah begitu jika polis tidak mempunyai persediaan yang cukup untuk menjalankan siasatan jangan tanah orang tanpa alasan kukuh.

Khairudin yang juga Peguam PAS berharap harap Suhakam mengambil perhatian terhadapa tindakan polis terhadap tahanan tersebut.

Menurut beliau, jika semua anggota polis secekap polis seperti dalam filem Gerak Khas, rakyat di Malaysia akan aman tetapi polis mesti betul-betul cekap dan amanah sebagaimana yang dipaparkan dalam filem tersebut.

Tujuh orang Pemuda PAS ditangkap di perkarangan masjid Taman Kosas, Ampang jam 11 pagi selepas mereka mengadakan konvoi bermotor mengedarkan risalah penerangan di pasar pagi sekitar bandar Ampang.

Semua tahanan itu dibebaskan jam 2 pagi Isnin dengan disambut lebih 100 ahli PAS Kawasan Ampang.

PAS Selangor membantah tindakan polis yang membuat tangkapan terhadap Pemuda PAS Ampang di perkarangan masjid Taman Kosas dengan dakwaan mereka terlibat dalam perhimpunan haram.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS, Iskandar A Samad pihak polis mengakui menerima arahan daripada pihak atasan untuk membuat tangkapan kepada sesiapa sahaja yang memakai t'shirt kuning Bersih 2.0.

Beliau berkata, sekarang ini Umno amat takut dengan bayang-bayang sendiri terutama warna kuning sehingga sesiapa sahaja yang memakai atau memiliki t'shirt kuning Bersih akan ditangkap.

"Dulu Umno takut dengan warna hijau sehingga lambang Petronas pun ditukar," katanya ketika ditemui di perkarangan balai polis Ampang.

Beliau yang juga exco kerajaan negeri menjamin, kerajaan negeri tidak akan berdiam diri dan akan mengkaji serta melihat untuk membantu rakyat Selangor jika ditangkap ketika menyertai himpunan aman Bersih 2.0.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP