Artis pun kita bantu....

>> Friday, October 21, 2011



Harakah, DMPP turut membantu golongan artis

SAIDAH HAIRAN

KUALA LUMPUR: Unit editorial Harakah meneruskan misi menjejaki golongan kurang bernasib baik bagi menjayakan agenda kebajikan rakyat tanpa mengira fahaman politik walaupun bulan ramadan dan syawal telah berakhir.

Kali ini unit editorial Harakah memberi sumbangan kepada biduanita Azean Irdawaty di rumah Bandar Utama, Petaling Jaya setelah menjalani rawatan susulan akibat ketumbuhan pada payu daranya.

Editorial Harakah memberi senaskah akhbar Harakah dan majalah 20 tahun Harakah kepada beliau.

Sumbangan disampaikan melalui Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmood.

Azean yang terkenal dengan lakonan mudah mengalirkan airmata begitu gembira menyambut kunjungan kakitangan Harakah dan AJK Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat.

Kerisauannya disembunyikan di sebalik senyuman dan kerancakan beliau membincangkan isu-isu semasa bersama ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood.

Delegasi Harakah dan Lajnah Kebajikan begitu kagum dengan ketabahan Azean yang mampu mencari pendapatan melalui jualan lansung menerusi talian telefon bimbit. Beliau turut mengadakan penerangan jualan langsung tentang barangan tersebut hanya di atas katil.

Beliau terpaksa mencari pendapatan bagi membiayai kos rawatan dan bayaran tiga orang jururawat yang bertugas secara bergilir di rumahnya.

Unit editorial Harakah akan meneruskan misi menjejaki golongan kurang bernasib baik tanpa mengira fahaman politik, agama dan keturunan kerana agenda kebajikan merupakan salah satu fokus Harakah.

Bagi menjayakan misi membantu golongan kurang bernasib baik unit editorial Harakah dan merayu kepada rakyat seluruh negara agar bermurah hati untuk menyalurkan bantuan berbentuk kewangan, pakaian dan sebagainya.

Mereka yang bersimpati dan menyokong misi mulia ini boleh salurkan sumbangan atas nama DMPP ke akaun Maybank 564025400533.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP