>> Thursday, October 13, 2011


LKPP anjur kenduri rakyat

SAIDAH HAIRAN

KUALA LUMPUR: Sempena Aidil Adha yang disunatkan melakukan kurban, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat mengambil kesempatan mengadakan kenduri rakyat di perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pada hari ketiga Aidil Adha.

Pengerusinya, Dr Siti Mariah Mahmood berkata, kali ini LKPP akan menyediakan makanan masak untuk menjamu orang sekeliling kawasan Pejabat Agung dan lorong Haji Taib.

Perubahan ini kata beliau, dilakukan supaya golongan yang berpendapatan rendah yang
tinggal dan bekerja di sekitar Pejabat Agung dapat menjalinkan hubungan serta mengenali PAS lebih dekat.

Menurut beliau, kenduri rakyat itu juga terbuka kepada golongan bukan Islam bermula jam 12 tengahari, Selasa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk
melakukan kurban di mana daging tersebut akan dimasak untuk menjamu orang ramai
khususnya golongan berpendapatan rendah.

Daging yang telah dimasak itu juga katanya akan diagihkan kepada penduduk Titiwangsa terutama masyarakat miskin bandar iaitu mereka yang tinggal di pangsapuri kos rendah.

Harga satu bahagian lembu RM350 sahaja. Mereka yang berminat sila hubungi haji Zainal 012 - 3590232 atau Raja Rozita 019 - 3575857.

Tarikh tutup penyertaan kurban perdana untuk mengadakan kenduri rakyat pada 1
november 2011.

Sementera itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof turut mengadakan
kurban dan akikah bersama anak-anak yatim dan orang miskin di kawasannya, Rantau
Panjang.

Harga satu bahagian lembu RM350 manakala kambing RM600 seekor. Sesiapa yang berminat untuk melakukan kurban dan akikah di Rantau Panjang hubungi Siti Zailah 019-9823942 dan Razali 019-9824983.

Mereka juga boleh menggunakan email rayakurban @gmail.com atau wang boleh dimasukkan dalam akaun Mybank Berhad 553065005848 atau Bank Islam Malaysia Berhad akaun 03027010039774.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP