>> Monday, October 17, 2011


Pengundi dipindahkan sedia saman SPR

SAIDAH HAIRAN

KOTA RAJA: Jabatan Pilihan raya PAS Selangor akan mengenakan tindakan saman terhadap SPR kerana mendaftar dan menukar alamat tempat mengundi bagi pengundi tempatan tanpa pengetahuan mereka.

Pengarahnya, Jaafar Samsudin berkata, dua orang pengundi Melayu dan seorang pengundi
Cina yang terlibat bersedia menjadi saksi supaya SPR dikenakan tindakan saman.

Menurut beliau, tindakan undang-undang terhadap SPR itu tidak pernah berlaku dan ia
merupakan perubahan sikap rakyat Selangor yang mahu pilihan raya dijalankan secara
telus.

Selama ini tegas beliau, SPR telah menukar alamat pengundi tanpa permohonan pengundi
dan mereka yang terlibat tidak berani mengambil tindakan.

"Kali ini mereka minta supaya PAS mengambil tindakan terhadap SPR kerana nama mereka dipindahkan dari Kuala Langat ke Hulu Selangor, sedangkan mereka tinggal di situ.

Seorang lagi pengundi berbangsa Cina dari Pandamaran telah dipindahkan ke Johor,"
tegasnya.

Beliau berkata, penyelewengan itu dikesan ketika bantahan dilakukan oleh PAS Kawasan
Hulu Langat mendapati pendaftaran sangat diragui kerana mereka tidak tinggal di kawasan tersebut dan bukan warganegara.

Menurut beliau, ketika perbicaraan pengaduan awam suku tahun kedua 2011 di pejabat
SPR Shah Alam, bantahan paling tinggi dari Parlimen Kota Raja sebanyak 286 dan hanya
empat sahaja ditolak.

"Ini merupakan kejayaan bantahan yang cukup tinggi kerana mereka yang didaftarkan tidak tinggal di Kota raja dan setengahnya tidak mempunyai Kad Pengenalan Biru (Mykad)," tegasnya.

Di Parlimen Shah Alam katanya, bantahan sebanyak 146 dan ditolak hanya enam sahaja
manakala di Hulu Langat 430 dan diterima sebanyak 400.

Selain itu katanya, kawasan paling banyak penambahan pengundi Parlimen Kota Raja
7,000; Hulu Langat 5,000 dan Kuala Langat 3,000 serta kawasan yang dimenangi PAS.

Beliau yang juga Pengerusi bersama Jentera Pakatan Rakyat menyeru jentera pilihan raya PAS, DAP dan KeADILan supaya melakukan pendaftaran berlipat ganda dengan membuat gerak gempur.

Katanya, PAS mesasarkan pengundi baru 20,000 manakala KeADILan 15,000 dan DAP
15,000.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP