>> Wednesday, November 30, 2011

Kenyataan rasis Ahmad Maslan bukti Umno kejam

SAIDAH HAIRAN

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyelar kenyataan rasis dan dangkal Ketua Penerangan Umno, Dato' Ahmad Maslan yang terus memainkan sentimen agama dan perkauman hanya untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada Umno.

Kenyataan rasis Ahmad Maslan mengancam orang Melayu dengan mengatakan Parlimen Malaysia akan “tergantung” seperti Parlimen Australia kerana BN tidak dapat melaksanakan polisi negara kerana hanya mendapat majoriti mudah sahaja.

Ini berikutan jika Pilihan raya umum akan datang rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Sehubungan itu, Ketua Pemudanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, sewajarnya Umno mengambil kesempatan sempena Perhimpunan Agong Umno untuk melakarkan kaedah baru menarik sokongan pengundi Melayu dengan tidak menjaja politik perkauman dan perpecahan.

Menurut beliau, kenyataan rasis itu membuktikan bahawa Umno semakin dihimpit kegelisahan dan kegusaran disebabkan kerosakan yang telah mereka lakukan terhadap negara dan rakyat.

"Sebab itu rakyat semakin berani untuk bangkit melakukan perubahan. Rakyat sudah muak dengan agenda politik perkauman dan perpecahan yang didendangkan Umno-BN," tegasnya.

Beliau mengingatkan orang Melayu tidak perlu gusar tidak perlu gusar terhadap kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Umno-BN dalam PRU ke13.

Ini kerana tambah beliau, PAS bersama Pakatan Rakyat telah bersetuju sebulat suara untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu tambah beliau, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga mempunyai komitmen yang lebih tinggi untuk memperjuangkan agenda rakyat dan memperbaiki kehidupan rakyat berbanding perjuangan Umno-BN.

Beliau mewakili Pemuda PAS Selangor berharap Polis Diraja Malaysia melakukan siasatan dan mengambil tindakan ke atas kenyataan Ahmad Maslan.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP