>> Monday, December 19, 2011
Isu Dr Hassan & Ust Nasha: Antara Istiqamah & Berhikmah
Posted on Sunday, December 18 @ 09:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Komentar Oleh: ustaznik
"Hasan Ali dan Nasharudin Mat IsaHamba tidaklah mahu menulis sebuah warkah
Buat pimpinan pusat yang lebih mengetahui benar dan salah
Cuma sedikit pandangan dari ahli jemaah
Disampaikan dalam sebuah madah.
.
Hamba kenal Dr Hasan & Ust Nasha dahulunya sebagai mereka yang tabah
Pernah ke kerusi Naib dan Timbalan masing-masing dalam hirarki jemaah
Ia adalah taklif, bukan tashrif, itulah yang sentiasa dipesan dalam ceramah dan usrah
Oleh mereka berdua dalam pelbagai program menjadi panel dan penceramah
Tiada laut yang tidak bergelora
Tiada diri yang semuanya sempurna
Tiada parti dan jemaah yang seratus peratus aman sentosa
Tiada musuh dalaman dan luaran yang duduk saja
Kami tidak tahu perkara sebenar yang berlaku
Tapi harapan kami supaya perjuangan yang sedang dipangku
Dipelihara Allah ahli dan pemimpinnya dari diperlaku
Secara salah oleh musuh yang sedang mengintai mengalih isu
Bagi mereka berdua-secara peribadi-agar Istiqamah
Dalam perjuangan Islam bersama bahtera PAS yang lama dinaiki sudah
Gugurlah dalam perjuangan ini, bukan di luarnya akibat tak puashati atau ammarah
Kerana Syaitan mencari sebab agar cita-cita suci menjadi musnah
Kepada pimpinan PAS Pusat/harakah biarlah berhikmah
Mengeluarkan kenyataan/artikel yang menyelesaikan, bukan menambah masalah
Kaji dan belajarlah dari Junjungan Nabi dan Sirah
Fatanah (Bijaksana) adalah mutiara bagi kita penggerak jemaah
Kami yakin dengan semangat syura
Laksanakan dalam isu ini dengan segera
Selesaikan, agar musuh akan kecewa
Kemenangan akan datang InsyaAllah akhirnya!"
0 comments:
Post a Comment