Fitnah Hasan lapor polis

>> Thursday, April 29, 2010


Exco kerajaan negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali berpengalaman selama 40 tahun dalam menyampaikan khutbah di masjid seluruh Selangor.
Dalam tempoh tersebut, beliau tidak pernah disabitkan dengan cubaan untuk mempolitikan mimbar masjid jauh sekali mendurhakai Tuanku Sultan Selangor.
Bagaimanapun, dalam tempoh PRK Hulu Selangor 17 hingga 25 April lalu, Hasan telah difitnah tidak membaca selawat khutbah dan cuba mempolitikan masjid.
Dakwaan itu dilemparkan oleh Pimpinan Umno, Dato' Seri Zahid Hamidi dan Dato' Zainal Sakom. Turut terlibat akhbar Utusan Malaysia yang cuba memutar belitkan fakta daripada kenyataan Jais yang mengakui Hasan tidak terlibat dengan cubaan mempolitikkan masjid.
Ekoran fitnah itu Hasan atas nasihat peguam, Khairuddin Osman telah membuat laporan polis untuk membuat tindakan selanjutnya. Beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid, Zainal dan Utusan Malaysia.

Read more...

Menanti Lutfi kembali bertugas


Alhamdulillah, ucapan syukur terhadap Allah SWT apabila mengetahui Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Osman selamat menjalani pembedahan bypass di HUKM, isnin lalu.
Pembedahan yang dilakukan oleh pakar jantung bermula jam 7 pagi dan selesai 2 petang itu cukup mendebarkan.
Pagi Jumaat Lutfi telah dimasukkan ke wad di HUKM. Disebabkan kesibukan membuat liputan PRK Hulu Selangor, saya tidak berkesempatan untuk menziarahi beliau.
Saya hanya menziarahi beliau ketika di rumah bersama Dato Hasan Ali, Roslan Shahir, Khairuddin Osman dan Mariam Abd Rashid.
Alhamdulillah, hari ke lima beliau dibedah sudah boleh berjalan perlahan-lahan. Beliau kini berada di wad Sutera 3, tingkat 7 HUKM.

Read more...

Label Penjenayah, polis mesti mohon maaf


SHAH ALAM: Remaja, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh polis masih berusia 14 tahun, bulan Ogos nanti baru genap usianya 15 tahun, kata ibu remaja, Norsiah Mohamad,60, seorang ibu tunggal.
Norsiah memaklumkan, anaknya mahu menjadi ahli sukan yang berilmu dan di atas meja banyak gambar-gambar anaknya bermain bola yang ditunjukkan kepada Menteri Besar, exco, Ahli Parlimen, wartawan serta tetamu yang mengunjunginya.
Kes kematian Amirulrasyid begitu tragis. Walaupun ia berlaku di Shah Alam, Selangor namun kes itu itu sudah menjadi isu nasional kerana melibatkan integriti polis serta nyawa remaja di bawah umur.
(Atas, Lim Kit Siang, Dr Lolo sedang mendengar cerita daripada seorang jiran yang melihat keadaan Amirul ketika ditembak oleh polis)

Kejadian tersebut berlaku lebih kurang jam 1.45 pagi Isnin, 26 April, di seksyen 11 berhampiran dengan rumahnya.
Penulis mendapati tempat tragedi itu disimpang masuk ke rumah Amirul lebih kurang 100 meter. Amirul dikatakan lari daripada polis kerana tidak memiliki lesen memandu memandangkan usianya belum mencecah 18 tahun.
Dalam tinjauan itu juga, Penulis melihat cermin belakang kereta yang dipandu Amirul terdapat kesan satu tembakan yang menepati sasaran kepala. Menurut jiran yang ditemui, tembakan sebanyak enam das turut didengari jiran, ada yang keluar untuk melihat apa yang berlaku tetapi polis berkenaan memberitahu terdapat kes jenayah dan meminta orang ramai tidak menghampiri tempat tersebut.
Kehadiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; exco kerajaan negeri, Dato' Dr Hasan Mohd Ali; Rodziah Ismail; Yaakob Sapari; Dr Halimah Ali; Dr Xavier Jayakumar, 28 April menunjukkan tanda simpati dan sokongan kerajaan negeri terhadap tragedi yang berlaku.
Dalam kunjungan tersebut, Khalid menyatakan sokongan dan simpati dengan apa yang berlaku selain menyampaikan bantuan kewangan sebanyak RM10,000 kepada Norsiah di rumahnya di Jalan Makyong, Seksyen 11, Selasa lalu.
Turut hadir Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lolo Dato' Mohamad Ghazali; Naib Muslimat PAS Selangor, Ustazah Mariam Abd Rashid. Sebelum itu Ketua Menteri Besar Pulau Pinang, Lim Guang Eng serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut menziarahi keluarga mangsa.
Khalid yang ketika ditemui selepas mengunjungi keluarga mangsa berkata, kerajaan negeri akan memberi khidmat guaman yang dibiayai kerajaan sepenuhnya.
Kerajaan negeri juga kata beliau, akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis negeri Selangor bagi memahami keadaan yang berlaku dan mencari jalan bagaimana tragedi begitu tidak berulang. Beliau tidak akan membuat sebarang komen sehingga perbincangan dengan Ketua Polis Selangor diadakan minggu hadapan.
Sementara itu, Dr Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berharap siasatan terhadap kes tersebut perlu diutamakan kerana ia berkaitan dengan imej dan profesion anggota polis.
Beliau kesal dengan dakwaan Amirul sebagai penjenayah kerana terlalu awal untuk mentafsirkan begitu memandangkan remaja tersebut masih di bawah umur dan terkenal dengan remaja yang prihatin dan mempunyai rekod yang baik di sekolah.
"Jika anggota polis boleh mendekati dia saya yakin banyak cara boleh dilakukan dan istilah penjenayah itu diluar daripada tafsiran dan pengertian," katanya.
Bagi Dr Lolo pula, pihak polis perlu memohon maaf kepada keluarga mangsa dan seluruh rakyat kerana mengeluarkan kenyataan penjenyah selepas beberapa jam tragedi itu berlaku.
Katanya, tragedi itu masih dalam siasatan tetapi sudah keluar kenyataan penjenayah ditembak mati serta disebut terdapat parang dalam kereta.
Menurut beliau, anggota polis dilatih bukan untuk membunuh orang terutama bagi mereka yang tidak mempunyai senjata dan tragedi tersebut amat menakutkan masyarakat.
"Kita memahami polis apabila berhadapan dengan penjenayah tegar bersenjata salah seorang akan mati, tetapi dalam situasi ini tiada satu tembakan balas daripada kereta yang dikejar," tegasnya.
Justeru tambah beliau, bagaimana anggota polis boleh melepaskan tembakan ke cermin bahagian atas belakang kereta.
Kata beliau, tidak mungkin seorang penjenayah lari ke kawasan perumahan yang mereka sendiri tidak tahu jalan keluar, penjenayah mesti akan lari ke lebuhraya kerena mereka boleh memecut kereta.
Lim Guan Eng mendesak satu siasatan bebas yang tidak diketuai oleh mana-mana pihak berkepentingan perlu diadakan untuk mengembalikan keadilan yang cukup menghibakan dan jangan mengaibkan keluarga mangsa lagi.
Beliau bercakap bukan sahaja atas nama Ketua Menteri tetapi sebagai seorang ayah menegaskan siasatan perlu dilakukan dengan betul-betul bebas dan jangan biarkan satu nyawa hilang begitu sahaja.
"Ini satu kekejaman yang sangat ketara dan hanya berlaku di Israel sahaja dan kita tidak mahu ia berulang lagi," tegas beliau.
Banyak persoalan yang harus dijawab kerana remaja tersebut hanya berusia 14 tahun dan bukan penjenayah, beliau turut menolak dakwaan polis mengatakan kereta tersebut mempunyai parang.

Read more...

Timbalan Menteri mahu langgar kereta wartawan Harakah

ADNAN IBRAHIM

Kenderaan sport utiliti (SUV) bertulis Timbalan Menteri hampir melanggar kereta wartawan Harakah, Saidah Hairan ketika masing-masing menuju ke estet Niger Gradner, Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Kira-kira 50 meter sahaja ke tempat perhimpunan BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), SUV berjenama Volvo dipercayai dinaiki Timbalan Menteri Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' M. Saravanan menunjukkan sikap tidak sabar membunyikan hon dan berusaha memotong kenderaan di jalan ladang yang sempit dan berlopak.

"Kenderaan Timbalan Menteri itu tiba-tiba berada dibelakang kereta saya. Ketika itu 90 meter lagi saya mahu sampai ke tempat perhimpunan PKR. Saya lihat bersebelah khemah PKR ada khemah BN," katanya.

Beliau mendapati Timbalan Menteri itu mahu pergi ke tempat BN tetapi sikap tidak sabar SUV Timbalan Menteri tu hampir melanggar keretanya.

"Kenderaan itu juga membunyikan hon untuk memotong kereta saya sedangkan khemah BN sudah berada 50 meter," katanya.

Sepatutnya kata beliau, pemandu kereta Timbalan Menteri itu sedar keadaan jalan ladang berlopak dan berlekuk tidak sesuai untuk sebuah kereta kecil bergerak laju.

Wartawan Harakah ke estet tersebut yang dikenali juga ladang Bukit Tagar, mengikuti rombongan calon PKR, Dato' Zaid Ibrahim menemui pengundi yang kebanyakkan kaum India dan sebilangan kecil Melayu serta Cina.

Sebelum itu, beberapa orang anak muda India menunggu kehadiran Zaid di hadapan simpang masuk ke estet. Bagaimanapun tidak kelihatan pula kenderaan SUV timbalan menteri itu disambut anak muda di situ.

Read more...

Awas!tak ada lesen kereta hukuman kena tembak

>> Wednesday, April 28, 2010


Oleh: nanbinjai

"Remaja, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh polis masih berusia 14 tahun dakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Kata ibu remaja tersebut, Norsiah Mohamad, 60, anaknya mahu jadi ahli sukan yang berilmu.

Kalau tengok gambar yang ditunjuk oleh ibunya kepada wartawan memang anak beliau suka main bola.Remaja bila suka main bola tentulah suka tengok bola. Sebab itu kedai yang ada screen besar tayang bola jadi tempat mereka berkumpul.

(Kereta Iswara yang dipandu Amirul, kesan tembakan satu dask di cermin belakang kereta tepat ke sasaran kepala Amirul).

Jadi Amirul ini memang `kaki bola' bukan `kaki botol' atau `tangan panjang' tetapi memang anak periang ini suka bola dan suka tengok bola di kedai sampai larut malam.

Malam kejadian itu pun saya diberitahu ada perlawanan hebat melibatkan Chelsea. Betul ke Chelsea ada lawan atau pasukan lain saya tak pasti tapi boleh dikatakan ada perlawanan hingga boleh tarik Amirul ke kedai. Mungkin itulah agaknya.

Pada malam itu beritahu sahabat saya Haji Ismail, beliau memang ada terdengar tembakan dalam pukul 1.45 pagi kalau tengok jam beliau ketika itu.

"Dalam enam das bunyi tembakan. Ini kawasan kejiranan Syeksyen 11. Bila saya keluar dan lihat orang pun ada keluar tetapi polis memberitahu ada kes jenayah dan meminta orang ramai tidak menghampiri tempat tersebt," katanya.

Melihat tempat tragedi disimpang masuk ke rumah Amirul lebih kurang 100 meter, mungkin membayang Amirul mahu pecut ke rumah.

Amirul dikatakan lari daripada polis kemungkinan beliau tidak memiliki lesen memandu. Usia belum mencecah 18 tahun mana ada lesen. Kereta yang dipandu itu pula kepunyaan kakaknya.

Kata Norsiah, kereta kaka amirul itu penuh dengan kasut anaknya; "Mana ada senjata."Kata Guan Eng; "Kita hairan bagaimana kasut boleh tukar jadi parang."Polis sebelum ini memaklumkan parang ditemui dalam kereta tersebut.

Berbalik cerita tadi, belum sempat Amirul membelot keretanya ke rumah beliau ditembak dibelakang kepala dan kereta meluncur terus ke tembok pagar sebuah rumah.

Selepas itu rakan kepada Amirul dan saksi utama juga seorang remaja sebaya dengan Amirul dipukul teruk oleh anggota polis tersebut.

Hairan takkan polis tidak kenal remaja dengan orang tua. Kata orang jiran sekitar Syeksyen 11 itu, namanya Rahim, kawasan ini ada lampu jalan, terang.

Barangkali hati polis itu sudah gelap.Saksi utama itu merupakan anak kepada seorang polis berpangkat sarjan dan tinggal di rumah anggota polis dalam kawasan ibu pejabat polis Shah Alam.

Read more...

Nak ubah hidup sokonglah Pakatan Rakyat

>> Monday, April 26, 2010


ULU BERNAM: Kerajaan negeri Selangor akan melihat semula perjanjian peneroka Felda dengan kerajaan Persekutuan dan badan Felda untuk memberikan keadaan yang lebih baik kepada generasi Felda.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri Selangor mempunyai kuasa keatas tanah di Selangor sebab itu perubahan perlu dilakukan supaya masyarakat Felda dapat menikmati hasil tinggal di Felda.
Kata beliau, selama ini peneroka Felda terlalu bergantung kepada pengurusan Felda mengenai pembayaran gaji sebulan begitu juga dengan potongan hutang dan sebagainya.
Penggantungan terhadap pengurusan Felda itu tambah beliau adalah sikap membiarkan peneroka bergantung berterusan kepada kerajaan sahaja.
Menurut beliau, peluang peneroka untuk menikmati hasil daripada apa yang mereka usaha selama tinggal di Felda bergantung kepada ikhsan pengurusan Felda.
"Sedangkan hasil itu adalah hak peneroka Felda," katanya ketika merasmikan Himpunan Warga Felda Kebangsaan, kali ke2 di Felda Desa Maju Tengi, Hulu Selangor, 24 April lalu.
Bagi mengatasi masalah itu beliau memaklumkan kerajaan negeri telah melantik calon Pakatan Rakyat, Zaid Ibrahim mengetuai `task force' untuk melihat perjanjian yang dibuat antara peneroka dengan kerajaan dan perbadanan.
Ini penting katanya, supaya kerajaan negeri tahu apa yang patut diselesaikan kerana sudah 18 tahun perjanjian itu dibuat dan sepatutnya sudah luput 15 tahun.
"Malangnya perjanjian itu masih digunapakai sehingga hari ini dan potongan peneroka sudah banyak dibuat," tegasnya. Ahli Parlimen Gombak merangkap Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali turut dilantik menjadi eksekutif pengurusan supaya boleh merancang penempatan yang sesuai untuk masyarakat Felda.
Perkara itu katanya akan dilakukan secepat mungkin kerana kerajaan Pakatan Rakyat amat mementingkan kebajikan rakyat yang berbeza dengan BN hanya setakat pandai berjanji.

Read more...

Sekitar PRK Hulu Selangor


































































































































































































































Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP