Halangan BN bukan alasan kejayaan Pakatan Rakyat

>> Tuesday, November 30, 2010


Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersyukur dengan kejayaan Menteri Besar dan Ketua Menteri serta para exco yang dapat mempertahankan empat kerajaan Pakatan Rakyat hampir satu penggal.

Dalam menghadapi cabaran dan halangan daripada kerajaan BN katanya Pakatan Rakyat di empat buah negeri itu dapat memimpin sebuah kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab.

"Tiada satu kesalahan yang dapat dibuktikan oleh BN dalam setiap isu yang ditimbulkan oleh media arus perdana," katanya dalam ucapan penggulungan sidang kemuncak Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, kerajaan Pakatan Rakyat berhadapan dengan demokrasi yang tidak tulen dan salah sehingga terpaksa berdepan dengan amalan kronisme yang tidak mengikut perlembagaan.

Beliau bangga dengan pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat walaupun berhadapan dengan serangan dan penindasan kerajaan Pusat sehingga semua perbuatan diperhalusi dan dibesarkan oleh media di bawah kuasa BN.

Dalam masa yang sama, kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa berhadapan dengan kakitangan kerajaan yang tidak profesional mereka menjadi `duri dalam daging' dan masalan itu tidak melancarkan sistem kerajaan.

Beliau mengingatkan negeri Pakatan Rakyat perlu bermuhasabah bagi membetulkan kesilapan dan menambah keyakinan rakyat negeri lain terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.

Katanya, usaha meneruskan kesinambungan kejayaan mentadbir negeri dengan baik amat penting supaya menjadi kekuatan untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Beliau turut menyentuh tentang kerakusan BN dalam setiap kali pilihan raya umum dan kecil dan perkara itu perlu dibetulkan.

Manakala pandangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengenai pilihan raya umum ke-13 kemenangan tidak dapat dikekalkan di Selangor katanya, PAS akan mengkaji perkara tersebut.

Read more...

Kerajaan Pusat bersengkoko dengan Syabas?


SAIDAH HAIRAN

KUALA LUMPUR: PAS Selangor mengutuk tindakan kerajaan Pusat yang cuba mempengaruhi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk menaikan kadar tarif air sebanyak 37 peratus dengan tujuan menindas rakyat Selangor.

Menurut Setiausahanya, Mohd Khairudin Osman apabila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi air percuma kepada pengguna 20 meter padu, kerajaan Pusat rasa tergugat.

Justeru, kata beliau salah satu cara untuk menyusahkan kehidupan rakyat Selangor dan menarik keyakinan serta kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat melalui kenaikan air di Selangor.

Khairudin menegaskan, pimpinan kerajaan BN mahu rakyat Selangor hidup dalam kesusahan sebagaimana yang dilakukan kepada rakyat di Kelantan dan Terengganu dengan menarik royalti minyak.

"Saya yakin kenaikan tarif air ini merupakan strategi kerajaan Pusat (BN) dengan tujuan untuk menimbulkan kemarahan rakyat," katanya.

Tuntuan Syabas untuk menaikan tarif air yang disokong Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato' Shaziman Abu Mansor merupakan penganiayaan terhadap rakyat.

Menurut Khairudin, PAS Selangor kesal jika Shaziman bersubahat dengan Syabas untuk menaikan kadar tarif air jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri air kepada Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan.

Sehubungan itu, PAS Selangor mewajibkan seluruh ahlinya seramai 72,000 orang menyertai himpunan aman membantah tuntutan kenaikan tarif air Syabas sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun depan.

Beliau berkata, himpunan itu bermula di masjid Negara jam 2 petang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengetuai penyerahan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia DiPertuan Agung di Istana Negara, 5 disember nanti.

"Penyertaan ahli PAS di semua peringkat penting sebagai tanda penentangan terhadap kebiadapan kerajaan Pusat yang cuba menindas rakyat Selangor," tegasnya.

Dalam masalah air kata beliau, kerajaan Pusat mempunyai kuasa tersendiri begitu juga dengan kerajaan negeri ada kuasa tertentu yang boleh diputuskannya.

Menurut beliau, himpunan itu menandakan bahawa rakyat tidak mahu tarif air atau penswastaan itu berlaku dan hak rakyat iaitu air perlu dikembalikan kepada mereka.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood menegaskan masalah air itu boleh diselesaikan dengan cara baik jika kerajaan Pusat bersetuju dengan langkah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Masalah sekarang ini kata beliau, kerajaan Pusat mahu mempertahankan tuntutan Syabas walaupun Syabas sudah mengaut keuntungan yang begitu tinggi.

Beliau berkata, tindakan yang diambil oleh kerajaan Pusat hanya mahu membela Syabas.

"Kita hairan kenapa kerajaan Pusat berkeras tidak mahu menerima tawaran daripada kerajaan Selangor sedangkan ia akan menguntungkan rakyat," tegas beliau.

Sedangkan tambahnya, gantirugi yagn ditawarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kepada Syabas dan semua konsensi untung dan lebih mencukupi.

Beliau mempersoalkan kenapa perlu kerajaan Pusat mempertahankan konsesi air sedangkan rakyat yang terpaksa menanggung kenaikan kadar tarif air.

Menurut beliau, pada tahun 1996 di bawah pentadbiran kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad air telah diswastakan apabila mengalami kerugian kerajaan ambil semula.

Tambahnya, apabila memperolehi keuntungan ia diswastakan semula inilah dasar kerajaan Pusat menswastakan yang untung dan ambil balik yang rugi akhirnya rakyat yang terbeban.

Beliau kesal kerana masalah air di Selangor menjadi satu perniagaan sedangkan sepatutnya air itu hak asasi yang tidak perlu diswastakan.

Sehubungan itu, Mariah mendesak rakyat Selangor yang prihatin dengan masa depan anak-anak perlu turun mohon campur tangan Yang Dipertuan Agung supaya rakyat tidak teraniya.

Kerajaan negeri merupakan entiti terbaik untuk mengambil alih industri air di Selangor yang menghadapi pelbagai masalah disebabkan syarikat konsesi mengutamakan keuntungan besar berbanding hak 5 juta rakyat Selangor.

Read more...

Musafir di Mindanao bersama Yayasan Amal Malaysia

>> Sunday, November 21, 2010









Yayasan Amal Malaysia diketuai Naib Presiden, Dr Rani Osman telah menjalankan program Kurban dan aqiqah di Selatan Mindanao, Filipina.

Degelasi diurukan oleh Pengerusi Yayasan Amal Terengganu, Dr Suhazeli Abdullah berada di Mindanao selama empat hari, bermula Aidil Adha pertama iaitu hari Selasa.

Penerbangan kami dari LCCT jam 1 pagi Selasa dan sampai ke lapangan terbang Manila jam 5 pagi. Kami disambut oleh wakil NGO Islam dan dibawa menunaikan solat Aidil Adha di masjid serta menyaksikan program kurban.

Seterusnya kami di bawa ke restoren Islam. Jam 3 petang kami meneruskan penerbangan ke Mindanao. Program kurban yang dianjurkan Yayasan Amal telah dilakukan di kampung yang penduduknya majoriti Islam berhampiran dengan Zamboanga (barat Mindanao)

Perjalanan kami selama di Mindanao dikawal oleh polis. Mereka sentiasa menjaga keselamatan kami. Yayasan Amal turut melakukan program kesihatan percuma di kampung Islam.

Read more...

Siapa Khasim?

>> Tuesday, November 9, 2010




Kontraktor dan usahawan, Khasim Abdul Aziz yang kini menjadi wakil rakyat Dun Lembah Jaya, Ampang masih mengekalkan sikap sederhana walaupun sudah dua tahun setengah bergelar `Yang Berhormat'.

Sekali pandang agak serius orangnya. Apabila sudah duduk semeja dan bersembang, Khasim merupakan pimpinan PAS yang wajar dikagumi.

Kagum kerana beliau sanggup mengeluarkan wang daripada poket sendiri untuk membantu menyelesaikan masalah kemiskinan masyarakat di Dun Lembah Jaya.
Selain itu, beliau antara Adun yang masih mengekalkan sikap sederhana dan merendah diri walaupun sudah dipanggil `YB'.

Menjawab pertanyaan tentang masalah masyarakat di Dun Lembah Jaya, dengan raut wajah yang sedih dan nada suara yang agak perlahan; beliau mengatakan masyarakat di Lembah Jaya ramai yang miskin.

Katanya, sehingga ke satu tahap mereka tidak mampu membayar bil letrik dan air. Ada dikalangan mereka rumah hampir dilelong.

"Inilah masalah yang saya hadapi. Mereka perlu bantuan. Peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM500,000 tidak cukup untuk menyelesaikan segala masalah rakyat di Dun Lembah Jaya," katanya.

Sebab itu baru-baru ini, beliau sanggup mengeluarkan duit daripada poket sendiri sebanyak RM42,000 untuk menyelesaikan masalah kemiskinan di DUN Lembah Jaya.

Anak kelahiran Kulim, Kedah berusia 48 tahun dikurniakan seorang isteri serta lapan cahaya mata. Beliau tinggal di kampung Ampang Indah, Lembah Jaya dan menjadi kontraktor semenjak tahun 1990.

Selepas diamanahkan sebagai wakil rakyat, beliau berjaya mengembalikan tanah tapak sekolah agama rakyat (SAR) seluas tiga ekar.

Ketika DUN Lembah Jaya ditadbir oleh wakil rakyat Umno, tapak sekolah agama itu dijual kepada pemaju untuk pembangunan.

Selepas enam bulan menjadi wakil rakyat, beliau mengadakan perbincangan dengan pemaju dan akhirnya tanah tersebut diserahkan kepada sekolah agama rakyat.

Beliau turut menyelesaikan masalah tanah kubur yang dituntut oleh penduduk Islam semenjak zaman pentadbiran kerajaan Umno. Ini menjadi kerisauan penduduk kerana mereka berfikir di mana jenazah mereka akan disemadikan.

Atas kapastiti wakil rakyat, Khasim mengadakan semakan di pejabat Daerah dan MPAJ. Beliau mendapati masih ada tanah yang boleh dijadikan kubur untuk masyarakat Ampang Jaya.

Akhirnya masyarakat Islam di DUNnya mendapat dua ekar tanah kubur dan diberi nama Tanah Perkuburan Kosas. Tidak berakhir di situ sahaja, beliau berusaha untuk mendapatkan tapak tanah kubur bagi penduduk di Taman Teratai.

Lembah Jaya antara kawasan yang sering dilanda banjir semenjak puluhan tahun. Walaupun begitu, kepimpinan Umno tidak pernah serius menyelesaikan masalah banjir.

Daripada pemantuan dan kajiannya, beliau mendapati masalah banjir disebabkan tiada usaha bersepadu dan kerjasam di antara tiga jabatan terlibat. Justeru, beliau mencari penyelesaian dengan mengadakan pertemuan tiga jabatan terbabit.

"Saya menemukan tiga jabatan terlibat. Pada awalnya memang saling menunding jari tapi akhirnya, Alhamdulillah ada penyelesaian setelah saya mempengerusikan pertemuan tersebut," katanya.

Menurut beliau, sekarang dalam proses `open tender' untuk melakukan projek menangani masalah banjir di Sungai Seputeh dan Lembah Jaya.

Prinsip ubah sebelum parah menjadikan beliau wakil rakyat yang paling mudah didampingi. Apabila ada satu masalah walaupun kecil, beliau tidak mengambil masa lama untuk menyelesaikannya.

Beliau mengumpamakan masalah dengan kerosakan sebuah kereta. Jika ada kerosakan kecil pada kereta perlu dibaiki segera jika tidak kerosakan itu akan merebak di tempat lain.

Begitu juga dengan masalah jika dibiarkan masalah yang kecil itu akan menjadi besar dan susah untuk diselesaikan, tegasnya.

Panggilan `YB' tidak menjadikan beliau untuk sering dihormati dan diutamakan. Ketika mendapatkan rawatan pemeriksaan kesihatan, beliau hanya mengunjungi klinik atau hospital kerajaan.

Jika rakyat boleh bersabar menunggu nombor giliran untuk bertemu doktor, beliau juga mampu berada dalam situasi begitu walaupun dalam tempoh dua jam.

Dengan cara menunggu begitu, beliau berpeluang mendekati rakyat dan merasai kepayahan, kesukaran untuk mendapatkan rawatan doktor.

"Secara tidak langsung di klinik atau hospital boleh jadi pusat khidmat Dun kedua saya. Cara ini juga sebenarnya lebih mudah untuk mengetahui permasalahan rakyat," jelasnya diiringi senyuman.

Walaupun wakil rakyat diberi kelas pertama tetapi beliau tidak menggunakan peluang itu, sebaliknya ruang bersama rakyat diutamakan.

Sebelum menjadi `YB' beliau gemar menaiki motor dan minum di gerai kopi atau cendol di bawah pokok. Sikap itu tidak pernah dibuang bahkan terus dilakukan sehingga dikagumi oleh ahli dan pimpinan Umno Kawasannya.

"Orang Umno terkejut apabila melihat saya boleh minum cendol di bawah pokok dan bermotor, seorang diri. Saya memang suka begitu.

Saya tidak mahu masyarakat meletakkan jurang perbezaan antara wakil rakyat dengan masyarakat. Orang Umno atau sesiapa sahaja boleh berjumpa saya tanpa tapisan terlebih dahulu," jelasnya.

Khasim antara wakil rakyat PAS negeri Selangor yang berjaya memecahkan tembok pemisah rakyat dengan `Yang Berhormat'.

Pen dan buku nota sentiasa ada dalam poket bajunya bagi memudahkan beliau mencatat apa sahaja permasalahan rakyat yang ditemui.

Bekas bilal surau An-Nur kampung Ampang Indah menjadi ahli PAS semenjak berusia 15 tahun. Bermula daripada itu, bakat pimpinan yang ada pada dirinya semakin bersinar.

Pada tahun 1998 hingga 2003 beliau diamanahkan sebagai Ketua Pemuda PAS Kawasan Ampang. Selepas itu ahli PAS Kawasan menaruh kepercayaan dan keyakinan sehingga beliau diamanahkan sebagai Naib yang Dipertua PAS Kawasan Ampang.

Bermula tahun 2007 beliau terus menjadi Yang Dipertua PAS sehingga sekarang.

Selain mempunyai hobi menembak beliau juga gemar memasak. Hidangan istemewa yang menjadi kegemaran anak-anak masakan kari Kedah, negeri kelahirannya.

Read more...

Galas kemenangan Ku Li bukan BN


AMPANG: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yakin kemenangan Umno-BN di DUN Galas merupakan kejayaan ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan bukan sokongan pengundi kepada BN.

Menurut beliau, kemenangan yang dicapai oleh Umno-BN di Galas dan Parlimen Batu Sapi hanya sementara kerana dalam setiap kali pilihan raya kecil PAS berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan dan BN.

Bagaimanapun beliau menegaskan PAS akur dengan keputusan rakyat namun tetap mempertikai kelemahan pengurusan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR).

Ini kerana katanya, ramai pengundi terutama golongan veteran termasuk isteri calon mendapat kertas undi yang hanya ada lambang BN saja.

Begitu juga kata beliau, orang Asli diberi t'shirt warna merah dan lambang satu Malaysia sedangkan SPR tidak membenarkan lambang digunakan oleh parti politik ketika pilihan raya.

Walaupun BN menang di Dun Galas katanya namun mereka tidak boleh membuat sebarang pembangunan kerana Kelantan berada di bawah pentadbiran kerajaan PAS.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Hi Tea anjuran Pusat Khidmat Dun Lembah Jaya, Ampang di dewan orang ramai.

Menurut beliau, PAS akan menganalisa keputusan PRK disamping latihan yang baik sebagai persiapan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya umun nanti.

"Ini merupakan satu ruang dan peluang untuk semua jentera dan pimpinan PAS bermuhasabah terhadap kelemahan selama ini," tegasnya.

Menurut beliau, keputusan pilihan raya di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi menunjukkan pilihan raya umum semakin hampir kerana BN menjadikan kemenangan itu sebagai kayu pengukur ditambah dengan pembentangan Bajet 2011.

Walaupun kata beliau, pembentangan Bajet 2011 tidak berpihak kepada rakyat namun rakyat sekali lagi terpedaya dengan sogokan duit dalam bentuk tertentu daripada BN.

Justeru, beliau memberi jaminan pimpinan PAS akan meneruskan usaha untuk memberi penerangan kepada rakyat terhadap usaha dan kejayaan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sehingga pilihan raya umum ke13.

Read more...

Muslimat bantu mangsa banjir

>> Monday, November 8, 2010














































SAIDAH HAIRAN









KUALA LUMPUR: Bagi meringankan bebanan yang dihadapi mangsa banjir di Kedah dan Perlis Muslimat PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Pusat mengadakan lawatan serta bantuan kewangan dan makanan terus kepada mangsa.

Bantuan serta lawatan Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama AJKnya, Khadijah Mahmood dan Noriah menafikan dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pimpinan PAS tidak bertanggungjawab.

Nuridah diiringi Ketua Muslimat PAS Perak, Latifah Mat serta AJKnya mengharungi air paras lutut bagi menyampaikan makanan dan tuala bayi kepada mangsa yang tidak berpindah.

Semua mangsa yang berada di rumah di kampung Tambun Tulang, Sanglang, Perlis bersyukur mendapat bantuan makanan dan kunjungan daripada pimpinan Muslimat PAS Pusat.

Nuridah serta AJKnya turut melawat penempatan mangsa banjir di sekolah rendah Syed Nahar, Kota Seputeh yang menempatkan 500 mangsa banjir.

Di sekolah kebangsaan Kodiang pula menempatkan 2100 mangsa banjir manakala di sekolah menengah Megat Belia pula menempatkan 600 mangsa.

Di hari yang sama kerajaan negeri Selangor melalui exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemodalan Insan, Dr Halimah Ali telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada kerajaan Kedah bagi membantu mangsa banjir.

Sementara itu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Selangor turut menyampaikan sumbangan wang; beras; sardin serta barang-barang keperluan asas.

Pengerusinya, Ustazah Maryam Abd Rashid bersama 10 orang AJKnya dengan kerjasama PAS Kedah akan menghantar sendiri bantuan ke kampung Naga Kepala Batas; kampung Suka Menanti, Kuala Kedah; kampung Alor Mengkudu dan Tanjong Bendahara.

Menurut beliau, lajnah Kebajikan sedang mengatur jadual turun ke kawasan untuk tugas membersihkan rumah mangsa terutama rumah warga emas.

Read more...

>> Tuesday, November 2, 2010

Petai, Untuk Wanita Yang Datang Bulan
Keluarga & Kesihatan Ramai daripada kita menghindari petai dengan alasan baunya. Tapi jangan langsung menghindari ulaman yang satu ini kerana ianya banyak khasiat luar biasa.

Ketika makan petai, salah satu jenis biji-bijian ini sudah pasti mengeluarkan gas sulfur yang menimbulkan aroma tak sedap di mulut. Namun demikian, sayang… jika anda memutuskan untuk “alergi” terhadap petai.

Petai sebenarnya mengandung zat antioksidan yang bagus serta asam amino triptofan. Asam amino triptofan ini membentuk serotonin di dalam tubuh dan membuat tubuh lebih rileks, tidur lebih nyenyak dan menjaga kestabilan mood.

Ketika haid, juga disarankan sebagai waktu yang tepat untuk makan petai. Ini kerana di masa “datang bulan” mood sering kacau, dan dapat ditenangkan dengan petai. Sama juga ketika anda mengalami stres, serotonin yang dihasilkan dapat membuat saraf-saraf tegang mengendur.

Di samping itu, petai yang kaya serat ini merupakan antioksidan yang baik, kerana mengandung vitamin B6 untuk mengatur kadar gula darah serta membantu relaksasi. Zat besi yang terkandung di dalamnya mampu mencegah anemia.-/best1of4

Posted on Tuesday, November 02 @ 10:42:01 MYT by aya

Read more...

Umno terdesak beli undi pengundi DUN Galas


GUA MUSANG: Dalam tempoh dua hari menjelang pilihan raya kecil DUN Galas, Umno meneruskan strategi lapuk dengan menaikkan pemberian wang kepada pengundi Galas daripada RM150 pada RM1000 serta sebuah televisyen di setiap buah rumah.

Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh mengingatkan seluruh penduduk DUN Galas supaya tidak terus tertipu dengan strategi Umno dengan hanya memberi sekali sekali sahaja.

Selepas mengundi kata beliau, penduduk akan dibiarkan dan Umno tidak akan mempedulikan janji-janji yang ditabur sebelum pilihan raya.

"Ini perkara yang sering berlaku dalam mana-mana pilihan raya," katanya ditemui selepas membuat pemantauan dan lawatan ke setiap buah rumah di kampung Lembaga Sungai Terah, Galas.

Beliau berharap pengundi di DUN Galas memahami perkembangan semasa ketika diperintah Umno dan setelah ditadbir PAS.

Apa yang penduduk di Galas nikmati sebenarnya daripada usaha pemerintahan PAS iaitu ketika di era kepimpinan Dato' Asri dan selepas PAS mentadbir Kelantan selama 20 tahun.

Beliau menegaskan duit yang diberi daripada Umno itu merupakan duit rakyat dan bukan duit daripada pimpinan Umno.

"InsyaAllah jika pengundi DUN Galas memberi kepercayaan kepada PAS, kita jamin rakyat akan hidup bahagia jasmani dan rohani," jelasnya.

Nuridah bersama exco Kelantan, Wan Ubaidah Omar dan AJK DMPP, Khadijah Mahmood berada di DUN Galas sehingga hari akhir untuk memastikan pengundi di DUN tersebut memberi sokongan kepada calon PAS.

"Kita pergi ke semua tempat terutama rumah orang Umno. Apabila kita pergi ke rumah orang Umno, jentera Umno akan berulang ke rumah tersebut," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan jentera Umno itu tidak menggentarkan jentera PAS terutama Muslimat sebaliknya lebih bersemangat untuk terus mendekati penduduk yang menyokong Umno.

Nuridah bersama Wan Ubaidah dan Khadijah menziarahi ibu tunggal yang baru kematian suami enam bulan, Rosmawati Yahya, 30an.

Read more...

>> Monday, November 1, 2010

Remaja umur 12 tahun mati kerana menjalin hubungan seks dengan 3 remaja lelaki
30/10/2010 Share



Oleh Dr Lo' Lo' Ghazali

Tergamam dan tidak tahu mana nak mula, sudut mana nak dikupas, bab mana nak dianalisa.

Buang bayi dari atas flat, pelajar campak bayi dari kolej kediaman, tiba2 semalam dikejutkan dengan berita yang lebih buruk.

REMAJA 12 TAHUN SANGGUP PANJAT BUMBUNG FLAT KEDIAMAN UNTUK BERASMARA DANA DENGAN 3 REMAJA LELAKI.

Mereka bukan remaja bodoh tapi bermaklumat sebab dijumpai juga beberapa keping kondom yang tentulah bermaksud 'for safe sex'. Safe from STD, HIV, AIDS. Safe from unwanted pregnancy.

Guna kondom untuk 'seks yang selamat'. Selamat dari penyakit yang disebarkan melalui seks rambang, selamat dari HIV dan AIDS. Paling penting selamat dari termengandung.

Namun ketentuan Allah mengatasi segala2nya. Remaja perempuan remaja sunti 12 tahun ini tidak selamat apabila jatuh dari balkoni lalu MAUT ketika cuba melarikan diri setelah menyedari aktiviti mereka telah dikesan oleh orang-orang dewasa kediaman tersebut.

Astaghfirullah, apa lagi perkataan yang paling sesuai digunakan untuk menerangkan tragisnya peristiwa ini. Apakah cukup kita ni setakat menggeleng2 kepala.

Hai bapa2, ibu2, guru2, penjaga kepada remaja. JANGAN PERCAYA remaja kita 100%. Saya sangat cemburu anak2 remaja saya. Semasa mereka menginjak umur remaja yang penuh perasaan ingin tahu, rasa cinta dan nafsu yang membuak2 ditambah dengan pendedahan kepada dunia IT tanpa sempadan,saya sentiasa pantau secara lagsung.

Kalau hantar tuisyen, kadang2 datang balik 1/2 jam kemudian untuk pastikan anak ada dalam kelas. Bila ada peluang, buka hanfon untuk semak sms yang dihantar dan diterima, nombor2 panggilan dan sekarang kena cek gambar2 (dulu2 zaman remaja anak2 saya hanfon belum canggih sangat).

Remaja saya tidak saya lepaskan hatta ke KLCC yang hanya sejarak 2 stesyen jauhnya dari rumah saya. Kalau nak pergi untuk tujuan apa dan sudah tentu diiringi Mama atau dan Babah.. Mereka kadang2 malu, sebab kawan2 kata macam orang dolu2, kolot.

Tidak kira anak lelaki atau perempuan, sama sahaja cara saya mendidik dan membesarkan mereka walaupun sudah tentu ada perbezaan dari sudut biologi dan perbezaan jantina.

Sehinggalah mereka berumur 20 tahun keatas, dan setelah kami suami isteri meyakini kebolehan, kematangan dan kedewasaan mereka untuk menjaga diri, barulah mereka diberi lebih kebebasan untuk mengendalikan urusan kehidupan mereka sendiri.

Banyak sebenarnya yang kami suami isteri lalui bersama dalam mendidik dan membesarkan anak2. Kami melabur dalam pendidikan mereka sehingga kami tidak pernah hidup mewah walau pun dua2 Doktor Perubatan.

Sedaya upaya kami ikut sepenuhnya ajaran Alquran dan AsSunnah sebab kami yakin dan sewajarnya semua ibubapa Islam wajib yakin didik anak cara Islam itulah yang selamat untuk mereka menghadapi dunia dan akhirat.

Berbalik kepada cerita sedih tadi, taaziah kepada keluarga remaja perempuan yang terbunuh. Moga Allah ampunkan dosa dia kerana mungkin terlalu muda untuk sempat membezakan buruk baik, ibu bapanya saya percaya sudah cuba mengikut kemampuan mereka.

Apa nak dikata, kejahilan merata2. Kalau sampai isteri pemimpin tinggi negara pun tidak tahu membezakan Islamic dengan nonIslamic situation yang membawa kepada penghinaan kepada Islam, apa lagi pilihan kita ada.

Rakyat mesti berani buat perubahan, jika Najib ajak Ahli UMNO pertahan PutraJaya walau bercerai daging dari tulang, kita rakyat yang cintakan syariat Islam, keadilan dan Kerajaan yang Bersih mesti kerja kuat, kerja smart, kerja sungguh2 untuk beri kesedaran kepada rakyat untuk beri peluang kepada PR untuk menerajui pemerintahan negara dan melakukan 'Real genuine transformation'

Read more...

Mahyuddin Di Sisih,Rosmah Pemangku PM ?
Posted on Monday, November 01 @ 08:17:07 PDT by paktam
Artikel

Oleh Angkasanuri

1Malaysia dah tahu, PM tak sihat. Katanya kena tanda-tanda awal demam campak. Sebagai rakyat Malaysia, saya doakan PM cepat sembuh. Apabila PM tak sihat dan bercuti maka secara auotomatik TPM akan jalan tugas.

Kalau bukan TPM maka mereka yang sewaktu dengannya mengikut hieraki kuasa dalam kerajaan. Kalau susah sangat, suruh je setiausaha PM tolong gantikan tempat PM.

Isteri PM sepatutnya berada di sisi PM, lebih-lebih lagi bila PM sakit ! Tanya budak sekolah menengah pun tahu. Tetapi kat Malaysia amalan ini nampak pelik dan terbalik. Ketika PM tak sihat atau bercuti yang ganti ialah isteri PM.

Misalnya dalam majlis rasmi di Brickfields semalam, isteri PM Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.

Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini. Bahagian protokol di JPM kena jelaskan apakah selepas ini isteri PM akan terus jalankan tugas PM ?

http://angkasanuri.blogspot.com/

Read more...

Lantang Dr Lo'Lo' untuk angkat Muslimat


Ahli Parlimen Titiwangsa, DR LO'LO' DATUK MOHAMAD GHAZALI merupakan AJK PAS Pusat yang dipilih perwakilan. Tentu ada suatu yang istemewa dalam dirinya. Wakil Harakah SAIDAH HAIRAN menemui beliau di rumahnya, Taman Datuk Keramat.

HARAKAH: Dr merupakan muslimat pertama yang dilantik menjadi AJK PAS Pusat. Selepas itu, Dr sering menjadi pilihan perwakilan dalam Muktamar Tahunan PAS untuk duduk sebaris dengan pimpinan muslimin. Apakah Dr merasakan ini suatu kelebihan?

Saya meletakkan diri sebagai pemimpin keseluruhan bukan di kalangan muslimat sahaja. Tahun 1999 saya dilantik AJK PAS Pusat oleh Presiden PAS ketika itu, Dato' Seri Fadzil Noor setelah disokong Ketua DMPP ketika itu, Ustazah Jamilah Ibrahim.

Saya agak terkejut dan gerun maklumlah bersama dengan ulama. Saya profesional, baru dalam politik. Saya menghargai pelantikan itu dan melakukan yang terbaik.

Penggal pertama saya banyak memerhati, mendengar, mencari maklumat, membaca, dan bertanya. Saya rasa selepas itu saya perlu memberikan pandangan. Malah saya pernah menegur, walaupun ketika itu budaya muslimat tidak banyak bercakap.

Ketika itu seolah-olah pandangan muslimat tidak diambil serius. Muslimin apabila mendengar pandangan muslimat seolah-olah mendengar pandangan isterinya.

Suatu hari saya mengatakan; "Kami ini pimpinan muslimat tolong ambil serius pandangan kami kerana kami mewakili seluruh muslimat PAS." Semua pimpinan senyap ketika itu.

Saya tidak merancang untuk cakap begitu, kerana saya kerdil, baru dan tidak berapa cerdik dalam politik serta tiada pengalaman. Setiap kali mesyuarat PAS, saya berdoa kepada Allah supaya membantu saya untuk bercakap dan mengeluarkan pandangan yang elok dapat memberi manfaat kepada semua orang.

Selepas itu, ada sedikit perubahan dan nampak lebih serius pimpinan Muslimin mendengar muslimat bercakap. Selepas PAS menang di Terengganu ada yang mencadangkan supaya Muslimat bertanding AJK PAS Pusat. Saya cuba dan akhirnya dipilih.

Alhamdulillah, mungkin perubahan itu bukan kerana kelebihan saya. Saya ingat ketika itu PAS secara umumnya mula berubah dan bermula golongan profesional masuk PAS.

Saya antara pimpinan Muslimat yang berceramah. Ini merupakan satu perubahan yang agak ketara. Sebelum itu muslimat tidak berceramah umum kecuali program sesama mereka.

Alhamdulillah saya pernah berceramah dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan lain. Mereka memberi sokongan dan tidak memperlekehkan saya.

Ada kawasan berkata, inilah kali pertama dalam sejarah kawasannya menerima muslimat untuk berceramah.

Apabila pimpinan muslimat berceramah orang perempuan sanggup datang ke depan pentas. Mereka hendak tengok pimpinan mereka berceramah.

Ini memberi motivasi dan mungkin daripada situ saya dikenali. Mungkin dengan nama saya yang agak unik. Alhamdulillah daripada situ bermula perubahan secara menyeluruh dalam PAS tetapi bukan kerana diri saya.

Saya kebetulan salah satu unsur yang masuk pada masa perubahan hendak berlaku dalam PAS.

Ramai orang kata Dr berani mengkritik pimpinan PAS. Ini tidak berlaku kepada pimpinan PAS lain?

Mungkin kerana arwah bapa saya seorang Mufti dan imam besar masjid negara yang pertama. Saya banyak terdedah dengan ramai orang dan dapat pengalaman baru. Saya kenal dengan orang yang akhirnya menjadi pemimpin.

Saya sering ikut bapa jika ada peluang dan cuti. Rumah saya sentiasa ada kelas pengajian untuk kaum ibu. Perkara itu melatih saya menjadi berani. Semasa di Kolej Islam saya bukan pembahas terbaik hanya simpanan sebab darah gemuruh. Alhamdulillah, sekarang hilang dan boleh diatasi.

Ketika Muktamar di stadium Terengganu, saya mempersoalkan mengapa AJK Muslimat Pusat tidak duduk sebaris dengan AJK lain.

Kenapa ada double standard terhadap pimpinan Muslimat. Ketika itu, Barisan Alternatif, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail duduk sepentas dengan pimpinan PAS.

Saya tidak puashati dulu mesyuarat PAS cawangan, muslimat duduk di dapur atau belakang tabir. Muslimat hanya bancuh air dan sediakan makanan.

Saya bagi pandangan, jika muslimat mahu menjadi pemimpin bukan sahaja dalam jemaah bahkan dalam kerajaan muslimat kena kehadapan.

Memang betul, selepas itu ada negeri yang PAS tawan. Jika ketika itu muslimat masih dudul di belakang tabir, bagaimana kita hendak meletakkan muslimat sebagai exco.

Jika kita hendak masuk ke dalam masyarakat kita tidak boleh berada dalam ketakutan. Terlalu jauh antara muslimat PAS dengan wanita di luar. Ketika mesyuarat Agung di Terengganu bermula pelantikan muslimat menjadi AJK Kawasan dan selepas itu berturut-turut menjadi perwakilan di setiap kawasan.

Alhamdulillah selepas itu banyak perubahan. Saya fikir sudah tiba masanya muslimat diletakkan di tempat begitu. Sekarang ini muslimat perlu bersiap sedia untuk menjadi exco, Menteri dan Timbalan Menteri.

Dr setuju muslimat dipilih sebagai Naib Presiden?

Muktamar lepas saya mencadangkan daripada peringkat kawasan supaya ditambah kerusi untuk Naib Presiden muslimat. Mungkin muslimat ketika itu tidak menghayati tujuan jadi ditolak.

Apabila kita bertanding di kerusi yang sedia ada, kita telah mengancam kedudukan muslimin. Kita tahu orang lelaki tidak suka. Kita rasa muslimin ramai yang berkelayakan untuk tiga jawatan teratas.

Dulu ketika dicadangkan Dr Siti Mariah Mahmood sebagai calon Naib Presiden, saya tidak setuju. Ini kerana muslimin dan muslimat ketika itu masih belum bersedia menerima kepimpinan muslimat.

Penglibatan muslimat perlu ditambah untuk membuat keputusan. Jika tidak bagaimana hendak melatih muslimat supaya berani untuk berhadapan dengan muslimin di luar. Ini tujuan saya hendak mengangkat muslimat.

Dr berpuashati dengan sumbangan dan penampilan Dewan Muslimat?

Saya tidak berpuashati. Banyak lagi muslimat perlu buat. Sekarang ini muslimat tidak dilihat sebagai satu badan yang dikenali oleh seluruh masyarakat, khususnya di kalangan wanita dengan menjuarai isu-isu wanita atau isu negara.

Di peringkat Kawasan misalnya, adakah Ketua Muslimat PAS dikenali atau tidak. Berbanding dengan Ketua Wanita Umno Bahagian. Kita tidak duduk dalam masyarakat. Penyakit orang PAS selama ini hanya bergerak dalam parti sendiri.

Jika ada persatuan penduduk, orang Umno yang pegang. Saya jadi ahli Parlimen tapi persatuan penduduk orang Umno yang pegang. Jika orang PAS pegang, ada yang letak jawatan kerana menyampah berhadapan dengan orang Umno. Kita tidak ada keberanian, jika kita jadi kerajaan macam mana kita hendak selesaikan masalah bangsa lain.

Saya rasa kena ubah sistem bukan sahaja dikalangan muslimat tetapi di muslimin. Muslimat kena berada dalam masyarakat. Kita kena buat secara terancang dan masuk dalam persatuan penduduk.

Sekarang kita bandingkan jawatan Ketua Umno cawangan dengan Ketua cawangan PAS jauh beza. Ketua Cawangan PAS boleh dikatakan langsung tidak dikenali.

Pengalaman Dr berhadapan dengan orang Umno?

Saya ingat ketika berkempen di Titiwangsa di pangsapuri Bukit Baru iaitu kubu Umno. Dulu kita tidak pernah masuk dan tidak boleh masuk.

Saya berkempen dan membawa ramai doktor. Apabila sampai di situ, seorang lelaki menaham kami untuk berkempen. Saya tanya kenapa tidak boleh berkempen, dia jawab, ini tempat orang Umno.

Saya jawab semula, saya tidak kira ini waktu kempen pilihan raya. Dia kata nak kempen kena ada permit. Saya kata, kempen mana ada permit. Dia perkenalkan diri sebagai Ketua Cawangan Umno, saya jawab...saya AJK PAS Pusat Majlis Tertinggi PAS dan calon Titiwangsa. Saya kata, "saya tidak heran Ketua Cawangan Umno."

Saya telefon polis dan dia lari dan pasang bendera Umno, penuh satu flat. Kita buat juga program dan Alhamdullah PAS dapat menembusi pangsapuri itu.

Saya rasa orang Umno bukan berani sangat. Kadang-kadang Muslimat kena lebih berani daripada muslimin. Sebab Muslimat tidak ada kepentingan sangat, tidak popular pun tidak apa.

Tidak pegang jawatan pun tidak apa asal pegang kebenaran. Itu prinisp saya. Tahun depan kalau saya tidak dipilih sebagai AJK PAS pun tidak apa.

Sebab saya duduk di AJK PAS Pusat kerana kelayakan, kalau saya sudah tidak layak tidak apa, sebab ini amanah. Ada orang yang lebih layak pilihlah mereka.

Adakah Dr sudah berpuashati dengan khidmat kepada masyarakat selama ini?

Mana ada orang yang berpuashati. Banyak perkara yang kita kena buat. Di Wilayah Persekutuan, PAS merupakan pembangkang. Tidak ada peruntukan dan mengharapkan Kawasan. Macam titiwangsa kita masuk DBKL walaupun kita pembangkang dan bersama-sama dengan institusi kerajaan.

Rakyat tahu saya ini wakil rakyat dan hendak mereka perlu khidmat saya. Jadi saya kena bertindak cepat dan kadang-kadang seolah-olah macam membelakngkan kawasan.

Saya amat menghargai PAS Kawasan Titiwangsa kerana bekerja kuat. Di awal kemenangan kita belum betul-betul bersedia. Sebab itu di awal pemerintahan ada sedikit pergeseran tapi akhirnya Alhamdulilah keadaan dapat diperbetulkan.

Jika Pakatan Rakyat mentadbir negara, posisi mana yang Dr inginkan dalam kerajaan?

Sebenarnya saya tidak pernah memikirkan posisi mana. Saya tidak mahu menghadkan hanya menjaga hal ehwal wanita, saya lebih suka posisi yang lebih umum.

Saya tidak tahu panjang umur atau tidak. Saya tidak mengharapkan itu. Saya harap jika panjang umur, Pakatan Rakyat menjadi kerajaan, saya duduk di tepi pun tidak apa. InsyAllah jika ada muslimat yang berkemampuan untuk menerajui silakan.

Bagaimanapun, jika ada muslimat hendak kehadapan muslimat itu mesti bersedia daripada sekarang. Kita tidak mahu muslimat tidak tahu hendak berkomunikasi dengan Pegawai Tinggi kerajaan dan Ketua Jabatan. Sehingga muslimat tidak ada kemampuan mengatur rancangan dan membuat posisi.

Dulu mungkin kita tidak bersedia menang. Sekarang kita sudah bersedia. Kita tidak mahu muslimat kaku, sumbang dan tidak mampu mengendalikan mesyuarat dengan pegawai kerajaan.

Sekarang kita tidak ada masalah sebab berhubung dengan jemaah sendiri. Tetapi bagaimana dengan masyarakat Cina, India dan sebagainya.

Kita ada Kelab Penyokong PAS tetapi berapa ramai muslimat PAS yang betul-betul berkawan dengan mereka. Melawat ketika mereka sakit, rasa payah muslimat hendak buat.

Muslimat mesti ada usaha kearah itu. Jika kita hendak menjadi kerajaan, kita kena selesaikan masalah semua masyarakat seperti orang Cina dan India.

Apa prinsip Dr?

Saya apabila pegang suatu jawatan atau amanah saya melakukan secara bersungguh-sungguh. Ini kerana kita kena menjawab di hadapan Allah.

Sebagai pemimpin kita kena menjadi agen perubahan. Kita kena ada satu cita-cita. Sekarang berlaku masalah pembuangan bayi, gejala sosial. Bagaimana kita hendak menjana tenaga muslimat untuk memperbetulkan masalah ini. Kita nak harap siapa, wanita Umno tidak akan buat.

Saya tidak pegang jawatan dengan menyambung jawatan daripada generasi lalu. Kalau boleh ada anjakan paradigma baru ada perubahan. Kita ada ilmu, kita mesti melakukan perubahan.

Tidak ada sebab muslimat malu kehadapan kerana sudah menutup aurat. Jika di pejabat boleh menjadi Ketua Jabatan tetapi dalam PAS mengapa mahu disekat.

Jika muslimat malu ke depan macam mana hendak terjun dalam masyarakat. Siapa hendak berhadapan dengan Sister's in Islam. Ketika itu saya dengan Dr Siti Mariah Mahmod sering dikutik kerana tidak berwibawa untuk berhadapan dengan mereka.

Kita tidak ada pilihan sebab tidak ada siapa yang hendak berhadapan dengan mereka. Muslimat yang ada kelulusan agama tetapi tidak ada kemampuan untuk berhadapan dengan mereka.

Sebab itu muslimat yang belajar di Timur Tengah mesti dilatih untuk menjadi pemimpin masyarakat. Jangan marah dengan Sister's In Islam kerana mereka berani bercakap, menulis, buat forum dan bersuara. Tapi muslimat PAS tidak ada kemampuan begitu.

Cukuplah dengan retorik. Kita mesti menyedari peranan kita cukup banyak. Alhamdulillah program kita ramai sambutan. Macam Ijtimak Pemuda PAS memang ramai 5,000 orang.

Adakah pemuda di luar menganggap Ketua Pemuda PAS itu ketua mereka. Begitu juga apakah wanita di luar itu menganggap Ketua Muslimat PAS ketua mereka.

Ramai orang kata Dr berani mengkritik pimpinan tertinggi PAS. Ini tidak berlaku kepada pimpinan PAS lain?

Mungkin kerana arwah bapa saya seorang Mufti dan imam besar masjid negara yang pertama. Saya banyak terdedah dengan ramai orang dan dapat pengalaman baru. Saya kenal dengan orang yang akhirnya menjadi pemimpin antaranya ustaz Taib Azzammuddin.

Saya sering ikut bapa jika ada peluang dan cuti. Rumah saya sentiasa ada kelas pengajian untuk kaum ibu. Perkara itu melatih saya menjadi berani. Semasa di Kolej Islam saya bukan pembahas terbaik hanya simpanan sebab darah gemuruh. Alhamdulillah, sekarang hilang dan boleh diatasi.

Read more...

Petrol naik senyap Umno takut pengundi lari



KUALA LUMPUR: Timbalan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof


mengingatkan seluruh rakyat khususnya pengundi di DUN Galas dan Parlimen


Batu Sapi supaya menolak terus kepimpinan Umno-BN kerana terbukti menipu rakyat.



Ini kerana kata beliau, kenaikan harga petrol RON 97 pada tengahmalam 2
november tanpa sebarang pengumuman dibuat oleh pihak kerajaan BN membuktikan pengkhianatan Umno-BN terhadap rakyat kerana mereka takut kehilangan sokongan.



"Mereka takut sekiranya kenaikan itu diumumkan ia akan menjejaskan pengundi tidak memberi sokongan kepada calon Umno-BN di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi," tegasnya.



Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, tindakan itu bukti kejahatan atau sikap pimpinan Umno yang tidak menghormati suara rakyat "Kita terkejut dengan kenaikan RON 97 sebab dalam sidang Dewan Rakyat tidak dikemukakan begitu juga dalam Bajet 2011 yang dibentangkan oleh PM," tegasnya.



Kerajaan Umno-BN tambah beliau memang tidak menghormati sidang Dewan Rakyat kerana ahli Parlimen khususnya Pakatan Rakyat tidak diberi maklumat tentang kenaikan tersebut.



"Saya menyeru kepada semua rakyat khususnya pengundi di DUN Galas dan Batu Sapi menolak kepimpinan Umno-BN yang sengaja menyembunyikan perkara yang berkaitan dengan kepentingan rakyat," tegasnya.



Walaupun kata beliau kenaikan itu 5 sen namun kesan kenaikan itu amat besar terutama bagi pengangkutan dan harga barang-barang lain.



Beliau menegaskan kerajaan Umno-BN memang menipu rakyat kerana sanggup menaikan petrol dalam keadaan ekonomi yang menekan kehidupan rakyat.

Ini satu pembohongan yang jelas katanya kerana bertentangan dengan slogan `Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP