>> Friday, March 25, 2011


Keluarga & Kesihatan | Hati hati selepas melawat orang meninggal
Oleh speedganu

Assalamualaikum... Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah... Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang.... please take note of this for our on good.... org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya). Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. "

Read more...

>> Friday, March 18, 2011


Agama & Cara Hidup | Tujuh perkara ganjil
Agama & Cara HidupOleh Ustaz Kita

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

" Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Read more...

Wanita | Pesanan Muhammad Ali buat wanita
WanitaKiriman trail_hehe

writes "Ramai orang tanya soalan kenapa perempuan muslim kena bertudung dengan purdah atau Hijab..

Dan ini adalah jawapan yang terbaik untuk memahami kepentingan hijab.

Ikuti nasihat Muhammad Ali berikut mengenai tentang kepentingannya...

Peninju Muhammad Ali menasihati anaknya

Kejadian berikut berlaku apabila puteri Muhammad Ali pulang ke rumah dengan berpakaian yang kurang sopan. Berikut adalah cerita yang diberitahu oleh salah seorang anaknya:

Apabila akhirnya kami sampai dirumah ayah dengan di bantu oleh pemandu menghantar saya dan adik bongsu saya Laila. Seperti kebiasaan ayah akan bersembunyi di belakang pintu untuk mengejutkan kami. Kami akan berpelukan dan menukar-nukar ciuman dengan ayah semesranya seakan kami tidak berpeluang lagi.

Ayah memandang kami dengan penuh makna. Kemudian ia menyuruhku duduk di pangkuannya dan berkata sesuatu yang tidak pernah kulupakan. Ayah memandang mata kami dengan penuh pergertian dan berkata:

“Hana, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Dimana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Kamu kena berkerja keras untuk mendapatkanya.”

Ayah merenung tajam ke arah mata kami dengan berkata serius.
“Tubuh kamu adalah suci. Kamu adalah lebih berharga daripada emas mahupun permata oleh itu kamu juga perlu bertudung.”

Petikan dari buku : More Than A hero : Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes.

P/S : Penulis sendiri tak pasti sama ada Hana Ali ini bertudung atau tidak tetapi kebenaran kata-katanya membuatkan penulis terfikir bahawasanya ciptaan Allah Maha Sempurna.

sumber : www.cayrul.com

Read more...

Agama & Cara Hidup | Kisah aneh semasa menguruskan jenazah

Agama & Cara HidupIni adalah kisah benar, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput.

Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini :

Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan 'istimewa' sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah.

Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.

Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.

Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT.

Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus "fardu kifayah" atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.

Tetapi selama memandikan mayat itu,kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.

Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?

Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.

Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.

Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya,kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.

Saya katakan kepada mereka,"Inilah ujian Allah terhadap kita". Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.

Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah. Ketika semua anak almarhum masuk,saya nasihati mereka.

Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka,bukan menguruskan semuanya,tanggung jawab ada pada ahli warisnya.

Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu,bukan hanya iman,hanya bilal,atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.

Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut,tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.

Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.

Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.

Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.

Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang.Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.

Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah "Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini."

Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil ambulance.

Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.

Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.

Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:

"Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya."

Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya,tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.

Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu,muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.

Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar,dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.

Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah,cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan.

Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.

Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.

Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.

Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na'udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa'at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.

Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.

Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.

Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.

Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.

Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.

Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.

1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?
2. Mendapat harta secara merampas,menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?

Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.

Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini.

Kepada kita semua pembaca setia renungan Media Informasi ini, tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita ?

Renungkanlah...
Pada akhirnya setelah semalam merenungkan artikel ini dalam hati terbit do'a: "Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu. Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari akhlaq yang menjadikan peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu."

Wassalamu'alaikum.

Untuk saudara-saudaraku yang kucintai kerana Allah...kirimkan berita ini kepada saudara-saudara kita yang lain untuk mengingatkan diri kita semua untuk selalu memperbaiki semua amalan dalam diri kita dan kita adalah mahluk yang lemah dimana apapun yang Allah inginkan tiada yang dapat menghalangiNya.

Sumber:
- Peristiwa aneh dari sebuah jenazah oleh Sugeng Marjoko (LOC II)
- majalah.hidayatullah.com/Tulahan
Posted on Saturday, March 19 @ 00:00:38 MYT by tok_aji

Read more...

>> Tuesday, March 15, 2011

PAS Selangor akan serah memo kepada SPR Putrajaya

SAIDAH HAIRAN

SHAH ALAM: PAS Selangor di bawah unit Jabatan Pilihan raya negeri akan menghantar memorandum kepada SPR Putrajaya berhubung isu daftar pemilih dan pemberian kad pengenalan (Mykad) secara berleluasa kepada pendatang tanpa izin (Pati).

Perkara itu ditegaskan Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Mohamad Khairudin Othman yang terkilan dengan sikap Pengarah SPR negeri Selangor, Haji Dzulkifli Ab. Rahman yang enggan mengadakan pendengaran secara awam ketika bantahan daftar pemilih yang berlaku di empat DUN milik PAS.

Bantahan yang dikemukakan itu kata beliau, merupakan gerak kerja Jabatan Pilihan raya Selangor termasuk memantau pergerakan pemberian Mykad di peringkat DUN.

Malangnya, tambah beliau, proses bantahan yang dijalankan SPR tidak menepati sebagaimana peraturan pendaftaran pemilih 2002, antaranya bantahan patut dijalankan secara awam tetapi kali ini dibuat secara tertutup.

Beliau yang juga Peguam terkilan dengan sikap pegawai SPR yang menghubungi semua pembantah dengan menawarkan perkara itu untuk diselesaikan luar daripada hari bantahan.

"Tarikh Pegawai SPR menghubungi semua pembantah pada 11 Mac jam 4.30 petang, supaya menarik diri daripada proses bantahan," katanya.

Dengan panggilan itu, kata beliau, SPR prejudis dan tidak sepatutnya mereka menganggu hak yang memang tertera dalam perundangan.

Beliau turut membantah terdapat buku-buku yang mempamerkan gambar pimpinan BN termasuk Khir Toyo dengan logo Umno, seolah-olah pejabat SPR sebagai tempat propaganda dan kempen Umno-BN.

"Ini menambahkan lagi sya wasangka dan keraguan kita kepada ketelusan SPR," katanya.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua PAS Serdang yang juga Peguam, Mazuan Johan kesal dengan sikap pihak SPR yang tidak mengeluarkan resit bayaran daripada pembantah (jentera PAS) kepada orang yang dibantah.

Katanya, dalam peruntukan daftar pemilih memang dinyatakan jika bantahan ditolak kerana tidak ada alasan munasabah maka pengadu perlu membayar ganti rugi iaitu kos perjalanan kepada orang yang dibantah.

Bagaimanapun, beliau berkata, tidak ada sebarang resit dikeluarkan oleh pihak SPR kepada pembantah atas sebab apa bayaran itu dibuat.

"Ini sangat longgar dan tidak boleh dibuat begini, ini siasatan awam tentu ada rekod," katanya.

Menurut beliau, ini suatu perkara yang begitu malang berlaku dalam negara kerana para pegawai SPR tidak menggunakan budi bicara dalam memutuskan suatu perkara.

Sebaliknya tambah beliau, pegawai SPR Selangor hanya mengikut arahan daripada pihak atasan, apa yang pihak atasan arah itu yang dilakukan.

Ini dilihat katanya, ketika permintaan bantahan itu perlu dilakukan secara terbuka tetapi disebabkan arahan pihak atasan, maka Pengarah SPR tidak berani melakukan pendengaran secara awam.

Read more...


SPR terlibat komplot rampas Selangor?

SAIDAH HAIRAN

SHAH ALAM: Sikap dolak dalih SPR ketika dikemukakan bantahan daftar pemilih yang tidak lengkap alamat menunjukkan badan bebas itu seolah-olah bersekongkol dengan BN bagi memastikan rampasan kuasa di Selangor dapat ditunaikan pada pilihan raya umum ke13 nanti.

Pengarah SPR negeri Selangor itu juga didapati tidak langsung menerima bantahan yang dibuat oleh jentera pilihan raya dari empat DUN dan satu Parlimen milik PAS.

Sebaliknya apa yang berlaku, Pengarahnya, Haji Dzulkifli Ab. Rahman menyalahkan jentera pilihan raya DUN (pembantah) yang tidak datang awal untuk mengadakan perbincangan.

Bantahan dibuat kerana terdapat nama-nama pengundi yang tidak tinggal di alamat yang dicatatkan dalam borang tersebut. Ini melibatkan kerusi PAS bertanding di DUN Paya Jaras; Chempaka; Sungai Burong; Bangi dan Parlimen Shah Alam.

Dalam borang daftar pemilih yang ditemui di DUN Paya Jaras, di ruang alamat tidak ditulis alamat pengundi tetapi hanya ditulis nombor telefon.

Ketika Setiausaha MTD Paya Jaras, Mohd Fisan Mohd Yusuf mengajukan pertanyaan itu kepada Dzulkifli, beliau tidak memberikan sebarang jawapan.

Kes yang berlaku di kampung Baru Tambahan, kampung Pandan pula, jentara pilihan raya mendapati alamat pengundi yang diisi dalam borang daftar pemilih merupakan tempat kilang dan tiada orang tinggal di kawasan itu.

Bagaimanapun, Dzulkifli memberikan alasan bahawa pihaknya hanya mengikut alamat dari JPN dan tidak mengambil kira alamat tersebut merupakan kawasan kilang.

Manakala jawapan bagi nombor telefon pula, beliau mengatakan, ruang untuk menulis alamat tidak mencukupi.

Bagi DUN Bangi pula bantahan dilakukan kerana alamat tidak lengkap dan hanya ditulis lokaliti.

Sekali lagi Dzulkifli menegaskan, peraturan atau undang-undang yang tercatat dalam SPR tidak memerlukan alamat yang lengkap dan perkara itu berlaku disebabkan masalah teknikal.

Setelah empat wakil DUN PAS membuat bantahan, Dzulkifli memutuskan semua bantahan itu tidak diterima kerana ia berhubung dengan masalah alamat.

Katanya, bantahan hanya akan diterima jika jentera DUN membuat bantahan berkenaan individu seperti kod atau nombor kad pengenalan bukan alamat yang tidak lengkap.

Sehari sebelum bantahan dilakukan, (14 Mac), seorang Pegawai SPR telah menghubungi semua pembantah (jentera DUN PAS) supaya menarik bantahan dan menawarkan perkara itu untuk diselesaikan luar daripada hari bantahan (15 Mac).

Read more...

>> Tuesday, March 8, 2011

Suara Peduli Palestin
Zionis jadikan halam masjid Ibrahimi tempat maksiat
leave a comment

11
Share

Selasa , 08/03/2011 - Sekelompok penduduk Zionis-Israel akan mengadakan pesta besar-besaran. Pesta yang akan disertai dengan bunga api dan hiburan yang melampau. Dijangkakan halaman masjid itu akan digunakan untuk kawasan mereka berjoget.

Sebelum ini, majlis yang sama telah diadakan oleh Zionis-Israel. Mereka telah merosakkan perumahan rakyat Palestin berhampiran. Mereka juga memaki dan menghina rakyat Palestin yang ada di sekitar itu. Kenderaan milik rakyat Palestin turut dirosakkan oleh Zionis-Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Read more...

Tindakan drastik PAS wajar ubah landskap politik negara

>> Monday, March 7, 2011

SAIDAH HAIRAN

PAS kalah lagi. Lima kali pilihan raya kecil berturut-turut PAS mengalami kekalahan. Apakah PAS wajar menjadikan alasan berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan, menyukarkan PAS untuk menang?

BN pula terus bersorak dan seronok. Lapan kali menang daripada 16 pilihan raya kecil. Bermula pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang, BN memperolehi kemenangan dengan majoriti besar.

Paling gembira BN dapat merampas kerusi Dun Galas (Gua Musang) yang dimilik PAS.

Setiap kali PRK banyak laporan polis dilakukan oleh PAS. Namun, laporan tinggal laporan. BN tetap angkuh dan terus angkuh. Mulut dan kuasa rakyat ditutup dengan longgokan duit dan projek segera. Beginilah setiap kali berlaku pilihan raya kecil.

PAS tahu penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan BN. Pendedahan demi pendedahan dilakukan, sehingga ke tahap saman menyaman.

Persoalannya, apakah dengan pendedahan dan saman itu boleh menakutkan BN supaya melakukan pilihan raya dengan telus dan bersih?

Dua pilihan raya kecil yang berjalan serentak iaitu di Merlimau (Melaka) dan Kerdau (Pahang), memperlihatkan banyak penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dilakukan BN.

Anggota keselamatan Rela, FRU, Polis dan Trafik berada di semua tempat dan dikerahkan menjaga keamanan. Ditambah dengan pemantauan melalui helikopter PDRM.

Begitu juga dengan meriam air (water canon), apa tujuan berada di hari penamaan calon sehingga hari membuang undi. Apakah pengundi, penyokong, ahli dan pimpinan PAS terdiri daripada golongan pengganas? Sehingga terpaksa mengerahkan FRU dengan water canon berada di sepanjang hari kempen?

SPR pula terus dipergunakan. Sebagai contoh, PRK Dun Tenang; Bagan Pinang, Merlimau dan Kerdau SPR telah mengadakan penamaan calon dan pembuangan undi pada hari cuti (Sabtu dan Ahad).

Perkara ini tidak berlaku ketika PRK Dun Galas. Penamaan calon pada 26 Oktober (Selasa) dan tarikh pengundian pula 4 November (Khamis). Ini merupakan salah satu bukti ketidakadilan SPR terhadap PAS.

Penggunaan media arus perdana terutama media elektronik RTM dan TV3 terus disalahgunakan. Sepanjang hari BN berkempen melalui RTM dan TV3 dengan menampilkan calon dan pimpinan-pimpinan BN yang kononnya `mesra rakyat'.

Ini merupakan serangan amat berkesan untuk merosakkan kepercayaan dan keyakinan masyarakat Melayu di kampung dan kawasan pedalaman.

PAS tidak mendapat tempat langsung untuk berkempen di TV atau radio. TV hanya dikhaskan kepada BN untuk berkempen. Ini satu lagi bukti menunjukkan penyalahgunaan kuasa. Seolah-olah PRK hanya melakukan pertandingan satu penjuru.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Ahmad Maslan melantik 200 petugas khas untuk memantau kawasan Felda di Dun Kerdau.

Menurutnya, 200 petugas itu dibayar gaji sebulan RM3,000 serta elaun RM2,000 sempena PRK untuk memantau pergerakan pengundi di kawasan Felda serta tindakan lain yang menakutkan pengundi.

Beliau berkata, setiap rumah dipantau oleh seorang Pegawai Felda dengan mengemaskini culaan undi setiap dua jam sekali.

Jika perkara ini dibiarkan, tidak mustahil BN akan terus melakukan penipuan dan penyelewengan pada Pilihan raya umum nanti.

Apakah PAS akan terus berdiam tanpa membuat sebarang tindakan drastik? Mengapa Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) lambat digerakkan.
Apakah tuntuan Bersih pada himpunan 100,000 rakyat dahulu berkenaan isu dakwat, kebebasan media, daftar pemilih dan undi pos telah ditunaikan oleh SPR.

Satu lagi perkara yang mungkin sudah dilupakan oleh jentera PAS, bagaimana dengan kehadiran pengundi hantu. Apakah PRK Dun Merlimau; Tenang dan Kerdau tidak wujud pengundi hantu lagi?

Di Dun Kerdau banyak bas-bas pelancong tersadai di UPU-UPU kawasan Felda.

Masa depan PAS untuk menggantikan Umno cukup cerah. Namun, jentera dan pimpinan PAS perlu bekerja keras untuk menggantikan Umno mentadbir negara. Pimpinan PAS perlu `mesra rakyat' bukan mesra ketika kempen pilihan raya.

Jentera PAS mesti terus mendekati rakyat. Kempen dari rumah ke rumah itu lebih mendatangkan kesan dibandingkan dengan kempen ceramah. Janji Allah itu pasti benar dan kemenangan itu pasti akan dikecapi.

Nemun, yang bulat itu tidak akan datang bergolek, yang pipih pula tidak akan datang melayang...

Read more...


Farhana mesti bertaubat dan mohon maaf terbuka

SAIDAH HAIRAN

KUALA LUMPUR: Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin mesti bertaubat dan memohon maaf secara terbuka kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyamakan ulama tersebut dengan Pengasas ajaran sesat, Ayah Pin.

Taubat dan kemaafan itu perlu dilakukan segera dan secara terbuka kerana Farhana membuat tuduhan terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan secara terbuka.

Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, kenyataan Farhana yang menyamakan Abdul Aziz dengan Ayah Pin merupakan satu perbuatan dosa.

Menurut beliau, perbezaan antara Nikl Aziz dengan Ayah Pin amat ketara kerana Nik Aziz Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS manakala Ayah Pin merupakan seorang ketua ajaran sesat.

Tuduhan tersebut kata beliau, menunujukkan kebodohan Farhana yang sangat jelas terhadap tujuan Allah mencipta manusia termasuk dirinya.

Sebagai seorang Islam tambah beliau, Farhana mesti memahami tujuan Allah mencipta manusia iaitu antara lain untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Nuridah menjelaskan, matlamat penciptaan Allah boleh kita lihat dan hayati dalam surah Al-Baqarah ayat; 30 bermaksud: "Dan ingatlah ketika Tuhan mu berfirman kepada Malaikat, sesungguhnya Aku hendak menjadikah khalifah di bumi....

"Farhana dan kita semua wajib tahu sebagai seorang manusia dan hamba Allah, apakah makna khalifah dan tugasnya di muka bumi ini," tegasnya.

Menurut beliau, khalifah bermaksud makhluk yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengatur kehidupan manusia berdasarkan wahyu dan syariat Allah supaya kehidupan manusia teratur dan mempunyai tujuan yang murni untuk mencapai keredaan Allah.

Justeru, kata beliau, usaha yang dilakukan oleh Nik Aziz untuk menyedarkan manusia tentang kefahaman Islam dan tugas manusia terhadap Islam.

"Peringatan itu tidak bertentangan langsung dengan apa yagn telah ditetapkan oleh Allah, masalahnya Farhana dan ramai orang lain masih tidak memahami tanggungjawab diri terhadap Islam," tegasnya.

Beliau menegaskan, amat malang bagi umat Islam mendapati orang seperti Farhana yang akan bermaharajalela dalam penulisan dengan menuduh sewenang-wenangnya tanpa kefahaman Islam.

Sehubungan itu, Nuridah bersedia menemui Farhana untuk mengadakan perbincangan dengan cara baik supaya mana yang keliru dapat diperbetulkan.

"Saya berharap Farhana bersedia dan dapat meluangkan masa untuk pertemuan ini," katanya.

Read more...

Berita hampas....

Sudah lama saya tidak menonton tv khususnya Berita Utama RTM, TV3. Saya lebih suka menonton berita TV8. Walaupun saya tidak faham bahasa mandarin tetapi ada juga laporan berkenaan pimpinan Pakatan Rakyat.

Hendak harap RTM, TV3 hampas...jika ada laporan yang begitu negatif diulang tayang dan disekat pula. Media oh media...sampai bila hendak hidup di bawah telunjuk UBN?


Awani pun sama aja dengan RTM, TV3?

Posted on Sunday, March 06 @ 16:13:26 PST by paktam
Petikan FB Ahmad Lutfi Othman

Berita RTM dan TV3 semasa buat liputan PRK Kerdau dan Merlimau memang dah diketahui hampas dan sampahnya. Malam tadi, semasa menunggu keputusan rasmi dari Merlimau, wartawan wanita Astro Awani, antara lain melaporkan: "ada berita gembira ..... majoriti BN bertambah".

Awani pun dah terkena jangkitan penyakit media talibarut BN ka? Apa kena mengena kemenangan atau kekalahan seseorang calon atau sesebuah parti dengan "kegembiraan" penonton?

Jangan jadikan Awani satu lagi "bilik gerakan" kempen BN ...

Read more...

Macam ni la pimpinan berjiwa rakyat

>> Sunday, March 6, 2011


Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Hasan Tantawi terpaksa menggunakan tongkat untuk membantu berkempen di Dun Kerdau, Pahang. Beliau berada di Markas Pemuda PAS di Felda Jengka 23, Kerdau.

Beliau terpaksa menggunakan tongkat kerana kaki terseliuh ketika bermain bola pertandingan persahabatan dengan pemain veteran dalam Himpunan Pemuda PAS Malaysia, di Kedah.

Walaupun sukar untuk berjalan seperti biasa, ustaz Nasharuddin yang bersemangat tinggi dan berjiwa kental tetap hadir memberi sokongan kepada jentera Pemuda di Kerdau.

Macam inilah yang kita mahu, bertongkat pun sanggup turun padang. Seingat saya ketika membuat liputan di Sidang Dewan Rakyat, Parlimen sebelum pilihan raya umum ke12, Mahfuz Omar (ketika itu belum bergelar Dato') pernah bertongkat ke sidang Dewan Rakyat.

Ini kali kedua pimpinan PAS Pusat (Dewan Harian ) bertongkat dan sanggup turun padang membantu kempen bagi jentera Pemuda PAS.

Read more...

PRK macam suasana perang






Pelik setiap kali pilihan raya kecil tentu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) siap dengan water canon terlibat sama. Macam hendak perang...sedangkan pilihan raya kecil hanya menjalankan pertandingan satu lawan satu atau dua...calon parti.

Lihatlah betapa hebatnya Malaysia tanahair ku...

Read more...

BN menang kerana amal politik rimba?

Oleh SAIDAH HAIRAN

KEMENANGAN besar BN pada pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang, Negeri Sembilan akhir tahun 2009 telah memecahkan kebuntuan BN setelah tewas enam kali pilihan raya kecil sebelum itu. Kegembiraan itu berterusan apabila kemenangan demi kemenangan diperolehi BN.

Komponen parti itu turut merampas kerusi PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas (Gua Musang), serta mengekalkan kemenangan di Dun Tenang. Manakala di Dun Kerdau dan Merlimau Pakatan Rakyat sukar untuk menembusi kawasan tradisi BN.

Selepas pilihan raya umum 2008, PRK berlaku di Kuala Terengganu diikuti Permatang Pauh; Bukit Selambau; Bukit Gantang; Sibu dan Manek Urai. Semua Dun dan Parlimen itu dimenangi PAS, DAP dan KeADILan kecuali Batang Ail, Sarawak dimenangi BN.

Dalam pilihan raya umum 2008, BN kehilangan Kelantan; Perak; Kedah; Pulau Pinang dan Selangor. Kekecewaan BN terus bertambah apabila enam pilihan raya kecil dalam tahun 2009 disapu bersih oleh Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, kekecewaan BN terubat apabila memperolehi kemenangan besar di Dun Bagan Pinang sebanyak 8,013 undi menewaskan PAS. BN menang di semua lapan UPU termasuk tiga UPU yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum 2008.

Ekoran kemenangan besar itu banyak pihak mengatakan, pengundi dimulai dengan mereka yang berada di Bagan Pinang sudah boleh menerima konsep 1-Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Ditambah kemenangan Dun Galas; Tenang serta mengambil kira PRK Dun Kerdau dan Merlimau; Najib dikatakan berjaya mengembalikan kepercayaan dan sokongan rakyat semua kaum terhadap BN.

Persoalannya, sejauh manakah kebenaran tanggapan tersebut. Apakah benar rakyat sudah mula memberi sokongan kepada BN atau rakyat terpaksa menyokong mereka disebabkan ugutan dan sogokan pada setiap kali berlaku pilihan raya kecil?

Mengulas tanggapan itu, AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman tidak menolak dakwaan tersebut kerana BN terlalu banyak menggunakan jentera kerajaan dalam setiap siri kempen PRK.

Kata beliau, seolah-olah Pakatan Rakyat bertanding dengan jentera kerajaan yang digunakan sepenuhnya bagi memenangkan calon BN.

“Apa yang dilakukan oleh BN walaupun ternyata bercanggah dengan undangundang langsung tidak dipedulikan oleh SPR dan pihak polis,” tegasnya.

Beliau berkata, contohnya, jentera BN mengganggu ceramah PAS sebagaimana yang dilakukan di Dun Tenang; Bagan Pinang; Kerdau dan Merlimau dan tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak polis.

Menurut beliau, di PRK Kerdau, PAS membuat laporan polis apabila BN telah menaikkan banner berunsur provokatif bersifat perkauman tetapi pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan.

“Saya dapati PRK semakin tidak adil dan tidak demokratik. BN sewenangwenangnya menyogok pengundi dengan projek mi segera dan wang seolaholah mereka tidak terikat dengan sebarang undangundang,” tegasnya.

Jika begitu suasana PRK tambah beliau, BN meraih kemenangan palsu sebagaimana bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang menang apabila mendapat sokongan 98 peratus daripada rakyat tetapi dalam beberapa bulan digulingkan oleh rakyat yang sama.

Walaupun PM Najib mengatakan Mesir tidak sama dengan Malaysia, perlu diingat ketika Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali digulingkan, Hosni Mubarak mengatakan Mesir tidak sama dengan Tunisia, katanya.

Kemenangan BN di setiap kali PRK bermula di Dun Bagan Pinang katanya, bukan satu ukuran sebenar kerana ia tidak dilaksanakan di padang yang sama rata, ibarat pertarungan di hutan rimba (politik rimba).

“Saya yakin usaha yang dibuat Pakatan Rakyat untuk memperolehi satu bentuk pilihan raya adil dan jika pilihan raya umum ke-13 diadakan secara demokratik, pengundi akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

Justeru, tambah beliau, Presiden PAS mengumumkan satu himpunan Bersih perlu diadakan kerana ia sangat penting bagi memastikan pilihan raya umum dapat diadakan secara telus dan demokrasi.

Himpunan Bersih itu penting katanya bagi menjamin mana-mana parti yang bertanding mendapat hak yang sama rata.

Beliau menegaskan kejayaan BN di pilihan raya kecil kebelakangan ini bukan kerana mendapat sokongan rakyat tetapi disebabkan sogokan wang serta projek dan ugutan menakutkan pengundi.

Menurut beliau bukan sahaja agensi kerajaan melakukan ugutan terhadap pengundi bahkan Felda di Dun Kerdau di setiap blok dijaga oleh seorang Pengurus Felda dengan agensi lain.

Katanya, setiap rumah dipantau oleh seorang pegawai Felda dengan mengemaskini culaan undi setiap dua jam sekali.

Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut mendedahkan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Maslan melantik 200 petugas khas untuk memantau kawasan Felda.

Kata beliau, 200 petugas itu dibayar gaji sebulan RM3,000 serta elaun RM2,000 sempena PRK untuk memantau pergerakan pengundi di kawasan Felda serta tindakan lain yang menakutkan pengundi

Read more...

Agama & Cara Hidup | Kelebihan Syaitan Berbanding Maanusia
Agama & Cara Hidup
Kita semua tahu syaitan adalah musuh manusia, mereka berjanji dengan Allah untuk menyesatkan manusia dari zaman Nabi Adam A.S sehingga hari Kiamat.

Syaitan tidak mempunyai kuasa apa-apa malah makhluk yang lebih lemah dari insan itu sendiri tetapi lihatlah sekeliling kita betapa ramai manusia yang membuat kejahatan bak kata orang tua ‘perangai mengalahkan syaitan.

Sebagai umat Islam, kita disunatkan membaca:
Taa"wun dan Basmalah untuk mengelakkan dari tipu daya syaitan. Namun begitu syaitan mempunyai atitude-atitude yang kita tidak sedari yang mereka amalkan menyebabkan manusia sering kecundang dek hasutan syaitan iaitu:

1. Pantang menyerah

Syaitan tidak mudah menyerah selagi keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh.

2. Selalu Berusaha

Syaitan akan mencari apa cara pun untuk menggoda manusia dan agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia suka rilek, ramai yang malas. Sebab tu ada pepatah di kalangan student “belajar biar ciput, result biar ribut”

3. Konsisten

Syaitan dari diciptakan tetap konsisten pada pekerjaanya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia banyak yang mengeluh dan tidak berpuas hati dengan pekerjaannya, padahal banyak manusia lain yang mengaggur.

4. Sepakat

Syaitan tidak pernah saling menyakiti, saling menjatuhkan, bahkan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, suka menjatuhkan,kedekut ilmu, busuk hati , tidak peduli sesama sendiri malah sering berbunuhan sesama sendiri.

5. Genius

Syaitan itu paling pintar mencari jalan supaya manusia tergoda. Sedangkan manusia ramai yang tidak kreatif, bahkan ramai yang jadi peniru dan plagiat.

6. Tidak berkira.

Syaitan bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan imbuhan apapun. Sedangkan manusia apapun harus dibayar.

7. Suka berteman

Syaitan adalah mahluk yang selalu ingin berteman, berteman agar ramai kawannya di neraka kelak. Sedangkan manusia memilih kawan, tengok status, mementingkan diri sendiri dan ego.

Read more...

Mayat Isteri Zina Diserang Ribuan Lintah

>> Tuesday, March 1, 2011

Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!”

Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.

Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.

“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.

Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.

Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.

Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.

Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.

Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.

Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.

Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.

Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.

Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.

Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.

Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.

Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.

Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.

Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.

Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.

Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.

Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.

p/s: Tak tau lah sejauh mana kebenaranya…sekadar untuk dijadikan tauladan kepada kita semua./B104

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP