Dasar Islam Boleh Selamatkan Selangor

>> Thursday, July 29, 2010


Ditulis oleh admin
Khamis, 29 Julai 2010 06:01

SHAH ALAM, 29 Julai - Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohamed Ali menegaskan bahawa dasar yang diperjuangkan oleh PAS iaitu Islam sahaja yang boleh menyelamatkan rakyat dan negeri Selangor.

Sementara itu, beliau juga tidak menafikan dasar merakyatkan ekonomi yang dilancarkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor terbukti lebih baik berbanding dasar-dasar yang pernah dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Penegasan itu juga menempelak usaha UMNO Selangor yang menubuhkan sebuah gerak khas yang dinamakan "Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE)" baru-baru ini untuk menyelamatkan UMNO yang hampir karam di negeri itu.

Menurut Hasan, keadaan UMNO lebih parah apabila krisis kepimpinan terus melanda parti itu. Petembungan antara Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Dato' Seri Noh Omar dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Mohd Toyo begitu ketara dan ia turut mengheret bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor dalam kemelut perpecahan tersebut.

Dalam kenyataan yang disiarkan kepada media, beliau yakin PAS Selangor tidak akan tergugat dengan Kempen Selamatkan Selangor dan tidak gentar dengan percaturan politik yang dibuat oleh mereka walaupun Ezam turut terlibat dalam agenda tersebut.

"Mana mungkin kapal yang hampir karam boleh menyelamatkan orang ramai, biar sesiapapun yang mengemudinya," jelas Hasan lagi.

ADUN Gombak Setia itu juga percaya bahawa rakyat di negeri Selangor bijak dalam menilai perkembangan politik yang berlaku di negeri Selangor akhir-akhir ini.

Malah, rakyat sudah lama terseksa dibawah pemerintahan Barisan Nasional selama 52 tahun dan terpaksa menanggung segala derita akibat penyelewengan, skandal dan korupsi yang diamalkan oleh mereka selama ini.
"Mungkin lebih baik menukarkan kempen Selamatkan Selangor kepada kempen Selamatkan Poket Pemimpin UMNO," sinis beliau lagi. -ANN

Read more...

Gandingan mantap PAS, DAP, KeADILan pasti tumbangkan kempen Umno

>> Wednesday, July 28, 2010


SAIDAH HAIRAN

KUALA LUMPUR: SHAH ALAM: PAS Selangor amat yakin gandingan mantap bersama DAP dan KeADILan dalam menguruskan pentadbiran negeri Selangor dapat mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang serta bersedia mendepani apa sahaja tektik kotor Umno-BN.

Pesuruhjaya PAS, Dato' Dr Hasan Mohamed Ali menegaskan kempen `Selamatkan Selangor' yang mula dilancarkan oleh Umno tidak akan menggugat kestabilan dan kemantapan kerajaan Pakatan Rakyat selama dua tahun setengah mentadbir Selangor.

Katanya, Selangor memang menjadi tumpuan dan igauan Umno-BN untuk ditawan semula dan Umno telah melancarkan gerakan untuk membersihkan Selangor daripada cengkaman Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, Umno telah mengadakan program itu sebanyak dua kali tetapi tiada sambutan daripada rakyat.
"Ini menunjukkan bawaha rakyat hendak mendengar cerita baru dan rakyat hendak corak pentadbiran baru. Rakyat sudah tidak mahu mendengar cerita rasuah, skandal dan penyelewengan," katanya ketika merasmikan Munaqasah Ucapan Dasar Presiden PAS, di MBSA, Sabtu lalu.

Beliau menegaskan hanya Pakatan Rakyat sahaja yang boleh mendepani permasalahan rakyat dengan lebih baik.

Menurut beliau, tiga parti PAS, DAP dan KeADILan akan terus mempertahankan kemenangan yang telah dikecapi dalam pilihan raya lalu dengan kerjasama seluruh jentera parti.

Hasan yang juga exco kanan kerajaan Selangor menegaskan hubungan PAS, DAP dan KeADILan Selangor antara hubungan paling mantap kerana setiap dua minggu sekali ada majlis bersama diantara ketua pimpinan


Pakatan Rakyat bagi membincangkan apa sahaja masalah yang perlu diselesaikan.
Pada masa yang sama katanya, PAS telah mengambil insiatif mengadakan perbincangan meja budar diantara komponen mengikut parti serta rundingan dengan DAP sebagai tiga kali.

"Alhamdulillah kita ada tiga orang exco PAS yang akan memainkan peranan sebagai exco. Kita akan bersungguh-sungguh bagi memastikan bendar PAS yang kita bawa disambungkan dengan KeADILan dan DAP dan kita akan tunjukkan kepada seluruh rakyat," katanya.

Beliau menjelaskan dalam tempoh dua tahun setengah PAS telah menjadi rakan setia kepada Pakatan Rakyat dan insyAllah PAS akan bersama-sama dengan KeADILan dan DAP untuk terus berusaha menyelamatkan negeri Selangor.

Menurut beliau, Munaqasah kali ini amat penting kerana ia persiapan bagi menghadapi pilihan raya ke13 di mana seluruh jentera parti termasuk Kelab Penyokong PAS memikul tugas dan peranan masing-masing untuk memperkukuhkan parti.

Read more...

Pertemuan dengan pimpinan Umno tidak masalah

>> Tuesday, July 27, 2010


Rupa-rupanya sebelum ini ada pimpinan PAS yang juga AJK PAS Pusat berjumpa dengan pimpinan Umno. Maknanya, cerita Dato Hasan Ali bertemu dengan Tan Sri Harussani bukan cerita baru.

Pimpinan tersebut beruntung kerana pertemuan dengan pimpinan Umno tidak diperbesarkan. Tiada pula pimpinan PAS lain yang mencadangkan kepada Salahuddin supaya dipecat. Berbeza dengan Dato Hasan Ali.

Saya tidak berhajat untuk mengulas perkara ini.

Hanya Perjumpaan Biasa - Salahuddin
KOTA BHARU 25 Julai - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengakui pernah mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin UMNO bermula 2006 sehingga 2008 seperti yang didedahkan oleh laman blog Kickdefella dan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad.

Jelasnya, pertemuan itu diadakan bagi membincangkan beberapa isu semasa ketika itu yang melibatkan kepentingan agama Islam seperti Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dan masalah murtad serta isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Bagaimanapun, tegasnya, pertemuan tersebut bukan dalam konteks yang dipaparkan oleh blog tersebut dan kenyataan Md. Alwi kerana ia hanya perjumpaan biasa bagi membincangkan isu-isu semasa.

"Betul (pertemuan itu) tetapi ia bukan satu pertemuan yang khusus untuk membincangkan isu seperti mana yang didakwa sebagai satu permulaan kepada menyatukan Pas dan UMNO.

"Sebagai contoh, beberapa hari lalu saya berjumpa dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk membincangkan isu kepentingan rakyat seperti royalti minyak dan Felda, begitu juga kita di Parlimen, berterusan bersembang-sembang di antara wakil rakyat Pas dan UMNO.

"Pendedahan itu bukan dalam konteks yang dimaksudkan, bukan bererti saya keras kepala, dulu boleh, sekarang tidak boleh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dan Md. Alwi baru-baru ini mendedahkan usaha untuk menyatupadukan Pas dan UMNO telah bermula ketika parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu masih kuat bermula pada 2006 sehingga 2008.

Syed Azidi dan Md. Ali mendakwa, beberapa siri pertemuan melibatkan Salahuddin yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat; Naib Presiden Pas, Datuk Mafuz Omar; Bendahari Pas, Dr. Mohd. Hatta Ramli dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dikatakan mengikuti dengan serius perkembangan positif tersebut demi kepentingan umat Melayu dan agama Islam di negara ini.

Siri pertemuan itu dipercayai berterusan sehinggalah Pilihan Raya Umum 2008.

Md. Alwi yang juga bekas Setiausaha Politik Abdullah dan terlibat dalam perjumpaan tersebut turut dilaporkan menyelar Salahudin kerana tidak jujur dalam memberikan kenyataan berhubung isu kerjasama Pas dengan UMNO.

Ini kerana, katanya, Salahuddin yang menjadi individu bertanggungjawab memulakan penyatuan itu telah mempertikaikan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyeru kepada perpaduan umat Islam baru-baru ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mengakui ada titik persamaan di antara UMNO dan Pas dalam isu-isu membabitkan survival umat Islam tetapi kedua-dua parti tidak boleh bergabung.

Read more...

Contohilah Tuan Ibrahim Tuan Man

>> Monday, July 26, 2010


Posted on Monday, July 26 @ 21:33:32 PDT by abu_uwais

Oleh Mohd Sayuti Omar

PENGERUSI Jawatankuasa Disiplin Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) semalam dipetik meminta semua pihak menghentikan menimbulkan isu pertemuan Hasan Ali dengan Harussani Zakaria kerana pertemuan itu tidak mendatangkan apa-apa keburukan seperti mana disangka.

Beliau juga meminta tindakan meminta Hassan Ali melepaskan jawatan juga dihentikan segera.Menurutnya juga Hassan tidak akan akan dipanggil untuk memberi penjelasan apa lagi untuk dikenakan tindakan disipilin.

Naib Presiden Pas itu dilaporkan bersetuju kritikan terhadap Hassan itu sesuatu yang amat teruk kerana ia seolah-olah Pas jumud sehinggakan tidak boleh berjumpa dengan pihak Umno.

Dalam pada itu Tuan Ibrahim mengakui beliau sendiri didatangi pemimpin Pas dan Umno berhubung perpaduan Melayu. Anihnya kenapa tidak ada kritikan dan kegelisahan bila keadaan yang berlaku ke atas Hassan Ali itu menimpa dirinya?

Jelasnya Pas tidak menghalang ahlinya untuk berjumpa sesiapa saja untuk kebaikan.Padangan Tuan Ibrahim itu lebih lunak dan menggambarkan peribadi Pas yang sebenarnya. Seharusnya pemimpin Pas lain terutamanya dua Naib Presiden lain bersikap terbuka dan rasional seperrti Tuan Ibrahim.

Sikap takut kepada bayang-bayang kemudian mengeluarkan kenyataan bersikap dendam dan membenci seseorang boleh membunuh diri kedua pemimpin itu sendiri.

Selama ini saya tidak memberi perhatian kepada Tuan Ibrahim dan melihat beliau sebagai orang baik yang jarang bercakap. Kerana itu pemikiran ataupun corak beliau bertindak tidak menyerlahkan kemampuan beliau yang sebenarnya.

Tetapi setelah beliau mengemukakan pandangan menampaknya bahawa beliau ternyata lebih mampu dan cemerlang serta memilik idea politik bernas berbanding dari dua Naib Presiden lain.

Tugas dan tanggungjawabnya selaku pengerusi Jawatankuasa Disiplin juga dilaksanakan dengan baik walaupun ada kritikan dari anak buahnya sendiri. Kritikan itu lebih kepada sikap 'assobiyah' di kalangan tertentu yang merasa terhina atas tindakan diambil Tuan Ibrahim dalam menjalankan tugasnya.

Patutlah dalam muktamar dua tahun lalu beliau memperolehi undi tertinggi untuk jawatan Naib Presiden. Pemilihan Tuan Ibrahim ternyata bukan satu kesilapan. Adalah diharap Tuan Ibrahim terus memainkan peranan dan bersikap lunak seperti mana yang diamalkan kini.

Dan eloklah juga kalau dua Naib Presiden bersama beberapa pemimpin kecil lain yang jumud dengan siasah Islam mengunjungi Tuan Ibrahim untuk belajar kitab mengenai siasah Islam dan juga ciri-citi ketinggian akhlak seorang muslim. [wm.kl. 11:00 am 27/07/10]

Read more...

Tiada isu pertemuan Hasan - Harussani


SAIDAH HAIRAN

SHAH ALAM: PAS Selangor menegaskan kontroversi yang melanda Pesuruhjaya PAS, Dato' Dr Hasan Mohd Ali dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah selesai dan tidak menjadi isu bagi PAS dan Pakatan Rakyat negeri itu.

Menurut Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir, penjelasan Dr Hasan mengenai tujuan pertemuan dengan Harussani yang didakwa membincangkan isu kerjasama PAS dan Umno dengan sendirinya telah membersihkan nama beliau.

Berikutan itu, beliau berpendapat pihaknya tidak perlu menyaman Harussani yang mendakwa pertemuan bersama Hasan telah membincangkan isu kerjasama PAS dan Umno.

"Kontroversi pertemuan Dato' Hasan dengan Harussani tidak pernah menjadi isu bagi PAS dan pihak kami tidak akan mengambil tindakan undang-undang," katanya ketika dihubungi Harakah.

Sabtu lalu dalam program Munaqasah ucapan dasar Presiden, Hasan diminta mengambil tindakan undang-undang terhadap Harussani ekoran dakwaannya bahawa pimpinan PAS telah menemuninya untuk membincangkan kerjasama PAS -Umno.

Bagaimanapun, Hasan enggan mengulas lebih lanjut kerana sebelum itu ketika merasmikan Munaqasah beliau telah menjelaskan kedudukan sebenar tentang pertemuan tersebut.

Beliau yang juga exco kerajaan negeri Selangor mengesahkan pertemuan tersebut yang dilakukan dua bulan lalu tetapi tidak mempunyai agenda sulit.

Katanya, pertemuan tersebut diadakan secara terbuka dan ditempat yang terbuka bagi pihak kerajaan negeri Selangor atas kedudukannya sebagai exco yang menjaga hal ehwal Islam dan adat Melayu.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya semua pemimpin dan ahli PAS khasnya tidak berprasangka jahat terhadapnya sebaliknya perlu menumpukan kerja menghadapi pilihan raya ke 13.

"Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu dan pertemuan itu tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu," katanya.

Read more...

Terharu dengan penjelasan Dato' Hasan

>> Sunday, July 25, 2010


Pengakuan terbuka Dato' Dr Hasan Mohd Ali tentang pertemuan beliau dengan Dato' Seri Harussani menimbulkan keinsafan dalam diri saya bahawa untuk istiqamah dalam perjuangan Islam ia memerlukan keikhlasan dan ketaqwaan.

Saya secara peribadi melihat beliau sebagai seorang ayah. Sebagai seorang pemimpin di negeri Selangor, beliau sangat menggunakan kebijaksanaan untuk mendekati seseorang. Beliau tidak melatah ketika diajukan soalan-soalan panas dalam sesi sidang media. Saya amat menghormatinya.

Beliau sekali lagi dibabitkan dalam isu perbincangan `Perpaduan PAS-Umno'. Isu itu panas ketika beliau berada di UK bersama exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Dr Halimah Ali atas urusan kerajaan negeri Selangor.

Tanpa merisik dan mengenal pasti beberapa pimpinan PAS negeri dan Pusat cepat melatah dan terus membuat kenyataan. Walaupun dalam kenyataan pimpinan tersebut tidak menyebut nama Dato' tetapi kenyataan itu berbunyi keras. Sehingga membawa pada cadangan untuk dipecat.

Perkara begini bukan baru pertama kali berlaku kepada Dato' Hasan. Dulu pernah berlaku. Pimpinan yang sama juga cepat melatah. Buat kenyataan di media. Pantang wartawan telefon terus membuat kenyataan tanpa merisik terlebih dahulu.

Fikir dulu sebelum bercakap. Sekarang ini kita sedang menuju keera peperangan. Perang dengan Umno. Sudah tentu Umno akan memasang pelbagai agenda dan stategi untuk mengucar kacirkan ahli dan pimpinan PAS.

Jadi, mengapa pimpinan PAS cepat sangat berprasangka buruk terhadap dato Hasan Ali. Saya tidak ada apa-apa kepentingan dengan Dato' Hasan. Saya tidak pernah mendapat apa-apa projek daripadanya. Walaupun saya wartawan yang diamanahkan di Selangor. Saya menjalankan tanggungjawab atas amanah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Ketika merasmikan Munaqasah Ucapan Presiden PAS, di dewan MBSA Shah Alam, petang tadi, beliau sekali lagi menjelaskan tujuan pertemuan sebenar dengan Harussani. Cuba kita bayangkan diri kita berada di tempatnya Dato' Hasan.

Sebagai Pesuruhjaya PAS, exco Kanan negeri Selangor, pakar motivasi tetapi beliau mampu membuat penjelasan terbuka di hadapan ahli, di hadapan Setiausaha, Ketua Penerangan Selangor dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Saya rasa terharu dengan ketabahan dan kesabaran beliau menjelaskan pertemuan sebenar dengan Harussani.

Lebih mengharukan...selepas tamat Munaqasah beliau bertemu dan menegur saya; "Saidah...macam mana? Saya jawab dua kali...`Saya ok Dato'...sangat-sangat ok'...dihadapan isterinya, Datin Salbiah dan Timbalan Muslimat Negeri Selangor, Noraini Hussin.

Harapnya selepas ini tiada lagi dakwaan atau fitnah yang hendak dilemparkan kepada beliau. Cukuplah. Kita hendak berperang dengan Umno bukan sesama kita. Sepatutnya kita menutup kelemahan sesama kita bukan semakin membukanya dan mendedahkan kepada pihak media.

Fikir-fikirkan lah jika perkara itu berlaku kepada diri kita!

KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN BIN MOHAMED ALIAHLI EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka. Pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme ahli-ahli Exco berkenaan.

Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan. Pertemuan saya dengan Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada “engagement” sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.

Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Saya dimaklumkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Mufti dan sebelum itu menjawat jawatan sebagai Kadhi Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Ilmu dan pengalaman yang begitu luas yang beliau miliki sudah tentu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dan umat Islam seluruhnya.

Saya ingin menegaskan bahawa:

1. Pertemuan tersebut adalah pertemuan di antara saya selaku ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan;

2. Pertemuan diatur bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat;

3. Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka.

4. Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;

5. Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu;

6. Pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut.

Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut.

Kepada sesiapa yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadap saya dalam hal ini, saya menyeru supaya mereka dapat merenung semula dan bermuhasabah diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti yang sama-sama kita cintai dan umat seluruhnya.

Marilah kita bersama-sama menumpukan tenaga dan pemikiran bagi menghadapi cabaran Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka akan berlaku tidak berapa lama lagi.

Sekian terima kasih.24 Julai 2010

YB Dato’ Dr Hasan Bin Mohamed Ali

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri SelangorPengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Malayu, Infrastruktur dan Kemudahan AwamTingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Read more...

Ekoran pendedahan Harussani

Posted on Sunday, July 25 @ 02:29:17 PDT by abu_uwais
Oleh Mohd Sayuti Omar

Penjelasan Sallahudin dan Hassan AliTENGAH hari tadi Naib Presiden Pas, Sallahudin Ayub menghubungi saya untuk memberi sedikit penjelasan berhubung tindakan beliau bersabung mulut dengan Mufti Perak, Harussani. Beliau membuat penjelasan itu setelah membawa posting saya di bawah tajuk “Haram dekati Harussani!”.

Mungkin Sallahudin terasa saya silap faham berhubung tindakannya membalas rembak dengan Harussani. Atau pun beliau terasa dengan tulisan itu di mana saya menyatakan kurang senang dengan sesetengah orang Pas yang membambu Mufti Perak, Harussani Zakaria.

Kata Sallahudin beliau menjawab kenyataan ditimbulkan oleh Harussani mengenai Mutfi itu berjumpa dengan seorang pemimpin Pas. Menurut Sallahudin beliau ‘menyerang’ Harussaani kerana kenyataan (pendedahan) itu boleh menimbulkan masalah kepada Pas sebab Harussani tidak menyebutnya secara terang.

“Kita sudah aman sebelum ini. Isu UG – Unity Gorvenment telah selesai, tapi bila Harussani keluarkan kenyatana itu kita bermasalah semula,” ujar Sallahudin. Menurutnya, sebagai Mufti beliau tidak patut bermain teka-teki begitu.

Saya faham maksud Sallahudin. Dia mempunyai tujuan baik apabila bersabung mulut dengan Harussani. Semuanya dilakukan untuk mententeramkan keadaan dalam Pas. Dia alert kepada masalah yang timbul dalam Pas.

Dengan kenyataan samar-samar Harussani itu menyebabkan Pas akan dan boleh berpecah dan ahli menjadi keliru. Sedangkan katanya antara perkara penting dibincang dalam retreat Pas di Port Dickson baru-baru ini ialah untuk menyelesaikan masalah hubungan Pas dengan Umno.Saya akur dengan apa yang dinyatakan Sallahudin.
Soalanya apakah begitu naif orang Pas untuk memberi reaksi kepada Harussani. Tidak cukupkan bidasan dan celaan kepada Mufti itu sebelum ini. Sepatutnya Sallahudin atau sesiapa saja tidak bimbang dengan kenyataan Harussani itu.

Justeru itu bila ada pemimpin Pas bersabung mulut, menuntut Harussani menjelaskan ia seolah mahu memerangkap orang tertentu saja yang mungkin berjumpa dan mungkin tidak dengan Harussani.Dan rasanya isu siapa yang jumpa Harussani yang menjadi teka teki itu telah selesai apabila lewat petang ini, Dr Hassan Mohamad Ali telah menjelaskan bahawa beliau ada berjumpa dengan Harussani dua bulan lalu.

Kata Hassan beliau berjumpa atas kapasitinya sebagai Exco kerajaan negeri Selangor. Perjumpaan itu dalam rangka persiapan untuk beliau menghadiri satu mesyuarat yang turut sama dihadiri Mufti berkenaan.Berikut kenyataan penuh Hassan Mohamad Ali:

“Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka. Pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme ahli-ahli Exco berkenaan. Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan.

Pertemuan saya dengan Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada “engagement” sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.

Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Saya dimaklumkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Mufti dan sebelum itu menjawat jawatan sebagai Kadhi Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Ilmu dan pengalaman yang begitu luas yang beliau miliki sudah tentu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dan umat Islam seluruhnya.Saya ingin menegaskan bahawa:

1. Pertemuan tersebut adalah pertemuan di antara saya selaku ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan;

2. Pertemuan diatur bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat;

3. Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka.

4. Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;

5. Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu;

6. Pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut.

Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut.
Kepada sesiapa yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadap saya dalam hal ini, saya menyeru supaya mereka dapat merenung semula dan bermuhasabah diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti yang sama-sama kita cintai dan umat seluruhnya.

Marilah kita bersama-sama menumpukan tenaga dan pemikiran bagi menghadapi cabaran Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka akan berlaku tidak berapa lama lagi.”Penjelasan Hassan ini nyata dan jelas ianya tidak ada kaitan dengan kebimbangan yang dimaksukan oleh sesetengah pemimpin termasuk Sallahudin itu.

Apakah salah bagi Hassan berbuat begitu? Perjumpaan itu bukan tertutup tetapi tersembunyi. Kenapa ditimbulkan kononnya ada rakaman video dan ada individu lain dalam pertemuan itu. Kalau menurut Hassan bukan seorang individu tetapi ramai.

Kalau perbuatan Hassan Ali itu salah, maka salah jugalah pertemuan pemimpin Pas dengan beberapa pemimpin Umno sebelum ini. Rasanya hampir semua pemimpin Pas berjumpa dengan pemimpin Umno baik atasa urusan peribadi, negara ataupun berkebetulan menghadiri mesyuarat bersama. Kalau tidak bersalah pun hanya seorang saja iaitu ketua Pas di sebuah kawasan di Selangor sebab beliau telah mengharamkan dirinya berjumpa dengan pemimpin Umno!

Apakah pertemuan-pertemuan yang tidak dengan membawa niat untuk merangka plan politik itu salah dan menjadi dosa besar? Kalau begitu semua pemimpin bersalah. Salahlah juga pemimpin Pas yang berbesan dengan pemimpin Umno ataupun yang berkahwin dengan anak saudara pemimpin Umno. Salahlah pemimpin Pas yang berjumpa dengan kontraktor Umno. Maka salah juga pemimpin Pas yang berjumpa dengan pemimpin Umno yang abangnya wakil rakyat Umno.

Pemimpin Pas hendaklah rasional dalam soal ini. Janganlah terlalu prejudis atas apa yang berlaku. Jangan eksploitasikan semua keadaan yang akhirnya boleh memburukkan keadaan dalam parti. Kalau pun kita ada niat hendak menjatuh seseorang lawanlah secara gentleman dan menurut peraturan-peraturan atau kaedah dibenarkan parti menurut syariat Islam.

Tidak salah menjatuhkan pemimpin yang lemah dan tidak mampu memimpin tetapi menjatuhkannya secara tidak beradat apa lagi dengan fitnah adalah satu kesalahan. [wm.kl.9:00 pm 24/07/10]

Read more...

Umno-BN sepatutnya sedia dikritik oleh Suara Keadilan, Harakah dan Roket

>> Friday, July 23, 2010


Posted on Friday, July 23 @ 01:42:57 PDT by tokdalang

Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub berpendapat Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 memainkan peranan yang cukup besar dalam menyekat suara parti-parti pembangkang yang tidak mempunyai paltform lain kecuali media cetak yang dimiliki organ parti.

Beliau menegaskan penggunaan akta tersebut masih dianggap penting kepada kerajaan kerana media elektronik berada sepenuhnya di bawah kawalan kerajaan Umno-BN dan tidak membuka ruang langsung kepada parti yang tidak berpihak kepada kerajaan.

"Malaysia sebuah negara yang mendakwa sebagai negara demokrasi. Tetapi amat memalukan kerana negara lain seperti United Kingdom yang mana sebahagian sistem negara ini diambil dari negara tersebut, tetapi media di negara itu memberi kebebasan kepada semua parti menyuarakan pandangan.

"Dalam konteks Malaysia kebebasan tersebut tidak berlaku. Ditambah pula dengan penarikan permit penerbitan bagi akahbar yang merupakan sebahagian darida organ parti, ini menambahkan lagi kemuduran serta sikap kuasa hegemoni yang ada pada BN sebagai pemerintah," tegas.

Mustafa sewaktu dihubungi Harakah turut menegaskan Umno-BN seharusnya tidak melihat parti-parti bukan BN sebagai parti bawah tanah atau gerakan subversif dengan menyekat permit penerbitan akhbar kelolaan mereka.

Parti-parti dalam Pakatan Rakyat katanya merupakan parti yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan serta merupakan penyumbang kepada proses demokrasi yang sihat di Malaysia.

"Pada masa yang sama mereka boleh menegur parti-parti Pakatan Rakyat melalui media mereka. Seharusnya Perdana Menteri sebagai pemerintah mempunyai sikap yang lebih matang dalam iklim demokrasi di Malaysia."

Kita mahu tanpa sebarang sekatan akan membuahkan kecerdikan politik di kalangan rakyat. Asas kepada demokrasi adalah seorang rakyat satu undi. Ini menunjukkan rakyat perlu dicelikkan politik mereka sebelum mereka membuat keputusan politik yang matang melalui proses pengundian," tegasnya.

Justeru katanya, perlu ada kesediaan pada pemerintah untuk ditegur melalui media kerana jika satu pihak sahaja mengeluarkan pandangan dan pihak mereka, manakala parti bukan BN hanya dianggap pengganas, ia merupakan pengkhianatan terhadap proses demokrasi.

Read more...

Ha..naik lagi minyak...tunggu Muslimat berdemo


Demo jika Menteri enggan layan memo Muslimat PAS
SAIDAH HAIRAN

KUALA LUMPUR: Muslimat PAS Selangor memberi tempoh dua minggu kepada Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran jika memorandum membantah kenaikan lima harga barang keperluan asas tidak dijawab dalam tempoh dua minggu.

Jika memo tersebut tidak dijawab dalam tempoh dua minggu dari tarikh diserahkan pada 21 Julai, Muslimat PAS yang mewakili pengguna dan wanita seluruh negara akan turun ke Putrajaya mendesak kerajaan untuk menurunkan lima harga barangan tersebut.

Perkara tersebut ditegaskan dalam perbincangan antara Ketua Muslimat Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan dengan Setiausaha Sulit, Mohd Zul Ikhsan Ahmad ketika menyerahkan memo di ruang tamu, tingkat 13, Putrajaya, Rabu lalu.
Turut serta dalam penyerahan memo Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh serta Setiausahanya, Kartini Ahmad.

Dalam perbincangan itu, Nuridah kesal kerana pihak Menteri tidak membuka ruang untuk bertemu dengan Muslimat PAS Selangor bagi menjelaskan alasan kenaikan harga llima barang asas.

"Jika Menteri tidak dapat pada hari ini, sebaik-baiknya pihak Menteri menentukan hari yang beliau boleh hadir, kami membawa rintihan rakyat," katanya.

Kata beliau, ini malang bagi rakyat yang sepatutnya mendapat layanan utama tetapi menteri seolah-olah tidak berani hendak berjumpa dengan Muslimat PAS.

Jika desakan itu tidak mendapat layanan daripada Menteri beliau yakin kerajaan Umno-BN akan menerima hukuman daripada rakyat dalam pilihan raya ke13.

Sementera itu, Wan Hasrina menegaskan seluruh wanita di 14 buah negeri akan turun ke Putrajaya jika memorandum itu tidak dilayan oleh pihak Menteri.

Kata beliau, kenaikan lima harga barangan asas itu membuktikan bahawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak bersikap hipokrit dengan slogan `Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.'

Ini ternyata tambah beliau, sebelum ini harga gula telah dinaikan sebanyak RM1.65 dan dalam tempoh enam bulan naik 25 sen dan harga sekarang RM1.90sen.

Beliau menyelar tindakan kerajaan Umno-BN yang menarik subsidi dengan alasan negara menuju ke era muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung pada pinjaman.

"Adakah wajar kami sebagai rakyat dijadikan mangsa kerajaan Umno-BN yang ternyata pincang sedangkan rasuah dan pemborosan terus berlaku," soalnya.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor selama dua tahun empat bulan berjaya melaksanakan 16 program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Antaranya kata beliau, Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas); hadiah 1000 kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS dan pemberian air percuma.

Negeri Selangor langsung tidak menarik subsidi kepada rakyat tetapi berusaha supaya semua rakyat Selangor dapat mengecapi hasil bumi negeri tersebut.

Beliau mengulangi demo akan dilakukan jika kerajaan tidak melayani desakan daripada Muslimat PAS Selangor.

Read more...

Tamadun hancur jika tidak kembali kepada sistem Islam


Tamadun manusia boleh hilang seperti mana kehancuran kaum Lut apabila dimurkai Allah jika semua pihak tidak yakin dengan hukum Allah bagi menyelesaikan masalah gejala sosial yang bertambah kritikal.

Inilah yang menjadi masalah kepada umat Islam apabila mereka hilang keyakinan dan kepercayaan kepada hukum Allah untuk menyelesaikan suatu masalah.
Bagaimana boleh berlaku dikalangan umat Islam yang mengaku beragama Islam, tetapi tidak yakin dengan hukum Allah.

Jika mereka tidak yakin dengan hukum Allah sudah pasti mereka juga tidak yakin kepada Rasulullah s.a.w dan apa ertinya mereka mengaku sebagai seorang Islam.

Bagi mencari jalan dan cuba menyelesaikan masalah gejala sosial yang bertambah kritikal Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama Ketua Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan sepakat menegaskan umat Islam perlu kembali kepada ajaran Allah SWT.

Bercakap dalam forum menangani gejala sosial `suci dalam debu' di dewan orang ramai Ampang Jaya, Nuridah berkata, kegawatan gejala sosial itu berpunca daripada sikap umat Islam yang mengabaikan ajaran Islam yang syumul.

Katanya, kerajaan yang memerintah selama 52 tahun tidak berusaha untuk melaksanakan undang-undang Allah sebaliknya terus patuh dengan undang-undang zaman penjajah. Selain itu kata beliau, ibu bapa turut berperanan mengawal anak-anak dan sering bertanya dengan siapa mereka keluar dan mengenali kawan-kawan mereka.

Disebabkan kesibukan ibu bapa memenuhi tuntutan mencari nafkah katanya, mereka sibuk setiap masa sehingga tidak menyediakan ruang mendekati dan mengetahui masalah anak-anak. Sepatutnya kata beliau, ibu bapa perlu menyuburkan budaya berbincang bersama anak-anak dan mengambil berat tentang perlajaran mereka.

"Pendidikan bermula sejak daripada mencari pasangan hidup bukan selepas anak itu dilahirkan dan membesar," tegasnya.

Sementera itu, Wan Hasrina menegaskan sistem pendidikan yang ada pada hari ini bukan saja perlu digubal tetapi orang yang membuat sistem tersebut juga perlu digubal.

Ini kerana kata beliau, jika fikiran atau diri pihak atau menteri yang mengubah sistem pendidikan tidak berubah, bagaimana sistem tersebut boleh menyelesaikan masalah gejala sosial.

"Kita lihat sistem pendidikan sekolah agama yang telah ditarik bantuan perkapita, ini menunjukkan bahawa pimpinan kerajaan telah menghalang perkembangan sekolah agama," tegas beliau.

Beliau menegaskan sistem pendidikan yang dilaksanakan sekarang sebenarnya tidak akan dapat menurunkan kadar gejala sosial sebaliknya menjadi lebih kritikal.

Read more...

Program sekadar di pinggiran tiak memadai jamin kemenangan


SAIDAH HAIRAN

Siapa sangka tsunami politik tahun 2008 menjalar ke Johor negeri kubu Umno yang memberi kemenangan kepada calon PAS di DUN Maharani dan Sungai Abong, Muar. Sebelum itu kemenangan percuma kepada calon PAS, Dr Ramli Kari di DUN Rengit, Batu Pahat pada pilihan raya 2004.

Kemenangan itu membuatkan pimpinan Umno Johor tercari-cari apa keistemewaan calon PAS sehingga mampu meraih sokongan pengundi di Muar, Johor. Apa yang pasti, PAS merupakan parti yang istemewa kerana boleh mengatur strategi terus dengan Allah.

Ini berbanding dengan Umno-BN yang hanya bijak mengatur strategi menawan rakyat dengan lambakan wang dan materialistik. DUN Maharani dalam parlimen Muar, calon PAS, Dr Mohamad Taslim menewaskan Dato' Mohd Ismail Mohd Shah, Ketua Bahagian Umno dengan majoriti 158 undi.

Manakala Dr Sheikh Ibrahim Salleh menang di DUN Sungai Abong, Muar.Senario politik hari ini, pengundi sudah terbuka dan mereka mahu calon yang mesra rakyat dan boleh menganggap wakil rakyat yang dipilihnya sebagai kawan.

Pendekatan mesra rakyat tidak akan berlaku jika kerja-kerja mendekati mereka dilakukan secara bermusim. PAS perlu melakukan kerja mesra rakyat setiap masa dan bukan menunggu kempen pilihan raya. Siapa hendak sokong calon yang baru nampak `batang hidung' apabila tiba pilihan raya.

Kecuali mereka mendapat habuan besar terpaksalah merelakan diri memangkah calon yang sekejap ada sekejap tiada. Rakyat dapat merasakan sentuhan kemesraan, dipedulikan dan diperhatikan jika pimpinan PAS terus menerus mendekati mereka.

Jika mereka sudah kenal siapa itu PAS, tidak mustahil dalam pilihan raya mereka akan memberi undi kepada calon parti. Menyedari hakikat itu, Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh diiringi Setiausahanya, Kartini Ahmad turun padang menemui masyarakat di DUN Rengit, Parlimen Sri Gading dan Air Hitam.

Nuridah dengan kerjasama Ketua Muslimat PAS Johor, Atiah Ahmad, Muslimat Pemuda dan PAS Kawasan Rengit mendekati masyarakat miskin, ibu tunggal dan orang susah di kampung Sri Merling, Rengit sambil menyampaikan bantuan kewangan dan makanan.
Lima buah rumah yang dikunjungi dalam masa setengah hari itu menampakkan bahawa Umno Johor sememangnya tidak mempedulikan kebanyakan nasib rakyatnya.

Walaupun mereka tinggal di negeri Johor yang menjadi kubu Umno tetapi masih terdapat rakyatnya yang masih terbelenggu dengan kemiskinan. Ibu-ibu tunggal yang tiada pekerjaan tetap hanya menanti bantuan JKM dengan kadar RM250 sebulan.

Agus Salamon, 57, terpaksa duduk di atas kerusi roda kerana diserang angin ahmar sejak tiga bulan lalu. Bagi meneruskan hidup dan membesarkan tiga orang anak beliau menyerahkan tugas mencari nafkah kepada isterinya, Jariah Jasimo, 45.

Agus yang duduk di atas kerusi roda terharu dan mengalir air mata ketika menerima sumbangan wang dan makanan yang disampikan Nuridah bersama Atiah dan Muslimat PAS Kawasan Rengit. Perkara yang sama turut berlaku kepada ibu tunggal, Saodah Mohamad, 62 yang sudah setahun lebih diserang angin ahmar.

Program turun padang diteruskan dengan aktiviti menemui ibu bapa pelajar Pasti An-Nur, Taman Karang, Rengit. Tiga buah kelas dengan jumlah pelajar seramai 100 orang dan majoriti ibu bapa Umno tidak menghalang Nuridah untuk bermesra dan berkenalan dengan mereka. Pertemuan yang tidak dirancang mengejutkan ibu bapa yang sedang menunggu anak mereka.

Nuridah bersama AJK PAS Kawasan Rengit menyebarkan risalah berkenaan judi dan Harakah kepada mereka.PAS pernah menang percuma di DUN Senggarang pada pilihan raya 2004. Namun, ada lagi penduduk di DUN Rengit yang hampir dengan Senggarang masih tidak mengenali apa itu PAS.Adakah disebabkan penduduk tersebut tidak mendapat maklumat?

Jika benar mereka tidak mendapat maklumat, siapa yang harus dipersalahkan, penduduk tersebut atau jentera PAS?Nuridah turut menyampaikan kuliah maghrib di markas PAS Kawasan Sri Gading. Dalam kuliah tersebut beliau mengingatkan supaya ahli dan pimpinan PAS menjadikan solat Tahajud sebagai suatu yang wajib atau amalan bagi menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum ke13.

Selain itu jentera PAS perlu bekerja kuat mendekati masyarakat Melayu, Cina dan India tanpa menanti Perdana Menteri membubarkan Parlimen. "Sekarang ini kita dalam musim perang, bila-bila masa saja Perdana Menteri akan umumkan perang (pilihan raya). Kita raih kemenangan dengan Allah, kemenangan itu menunjukkan bahawa kita terlalu rapat dengan Allah, " katanya.

Program ceramah turut diadakan di markas PAS Sungai Buloh, Rengit bersama bekas Adun Senggarang, Dr Ramli Kari. Kempen dari rumah ke rumah serta program memperkenalkan PAS perlu dilakukan setiap masa. Menunggu hari berkempen baru mendekati masyarakat merupakan suatu perkara yang sukar untuk menjamin kemenangan.

Nuridah bersama Kartini meneruskan program turun padang di pekan Air Hitam dengan menemui para peniaga. Turut serta dalam program tersebut Yang Dipertua PAS Air Hitam, Hussin Sujak; Ketua Penerangan, Elias Abu Bakar; Ketua Muslimat, Roslah Ahmad serta AJK PAS Kawasan Sri Gading.

Edaran risalah membantah judi diterima baik oleh para peniaga dan pembeli di sepanjang pekan Air Hitam. Bagaimanapun, tidak kurang juga yang tidak mahu menerima risalah tersebut dengan mengatakan nama risalah itu sudah menunjukkan `salah'.

Begitu juga apabila disebut PAS, ada yang mengatakan hijau itu warna alam dan manusia yang suka warna hijau itu tidak semestinya baik. Sindiran itu tidak mematahkan semangat Muslimat PAS untuk meneruskan kempen menyebar risalah dan memperkenalkan Muslimat PAS Pusat, Air Hitam serta Sri Gading.

Pendekatan mesra yang ditunjukkan oleh Nuridah, Kartini, Roslah dan Elias disambut mesra oleh sebilangan besar para peniaga gerai buah serta mereka yang sedang minum di warung. Kerja yang dilakukan selama dua hari dengan mengunjungi orang sakit, ibu tunggal dan mendekati para peniaga serta pembeli menyakinkan bahawa pilihan raya hampir tiba.

Ketika ditanya tentang potensi PAS Johor, beliau yakin Johor akan jatuh ke tangan PAS degan syarat jentera parti terus berusaha, bekerja secara berpasukan dan bersatu hati disamping bertawakal dengan menjadikan solat Tahajud sebagai amalan.

Selain itu beliau mencadangkan supaya pimpinan PAS Johor yang kini berada di peringkat tertinggi Pusat perlu turun membantu jenteri PAS Johor untuk meraih kemenangan.

"Tiada yang mustahil untuk mencapai kemenangan, janji bekerja kuat, bersatu hati dan paling penting eratkan hubungan dengan Allah," tegasnya.

Program turun padang selama dua hari bermula Khamis hingga Jumaat lalu, tidak memadai kerana masyarakat Johor yang fanatik dengan Umno tidak mudah dilenturkan jika pimpinan PAS melakukan aktiviti sekadar di pinggiran.

Sehubungan itu, jentera PAS Johor khususnya di DUN dan Parlimen yang ada potensi untuk menang, kerja kuat perlu dilakukan dari semasa ke semasa.

Manakala dua DUN yang sudah menang perlu dikekalkan. Jadikan kemahiran dan kebijaksanaan Dato' Bentara Murysidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memerintah Kelantan selama 20 tahun sebagai contoh yang perlu diikuti.

Ketakwaan dan kecerdikan beliau menawan hati semua bangsa hanya pimpinan Umno saja yang cuba menafikannya.

Read more...

Kuota 30 peratus perlu bermula di peringkat cawangan

>> Monday, July 12, 2010

Kuota 30 peratus perlu bermula peringkat cawangan

SAIDAH HAIRAN

JARANG melihat atau mendengar seorang wakil rakyat bergelar exco gemar menaiki bas dari Kelantan ke Kuala Lumpur atas urusan parti dan kerajaan. Hakikatnya, exco lebih selesa menaiki kapal terbang atau kereta yang berlambang exco.

Mempunyai pemandu yang bukan saja memandu tetapi turut membuka pintu untuk exco tersebut masuk dan keluar kereta.

Bagi exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan; Wan Ubaidah Omar pangkat bukan satu peluang untuk mengecapi segala kemewahan dan kesenangan tetapi ia merupakan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan secara jujur.

Adun Kijang yang menang tanpa bertanding itu memilih menaiki kapalterbang jika urusan tersebut perlu disegerakan. Bagaimanapun, katanya bas menjadi pilihan utama sejak menjadi Senator.

Sembang santai bersama beliau selama empat puluh lima minit di pejabat Dewan Muslimat PAS Pusat, Jalan Raja Laut dilakukan secara kebetulan, tanpa ada temujanji terlebih dahulu.

Inilah mudahnya berurusan dengan Adun Kijang yang menang tanpa bertanding dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Bercakap dalam isu tuntutan Muslimat 30 peratus di peringkat tertinggi dan penggubal dasar katanya, Muslimat perlu bersedia dan memikirkan adakah mereka mempunyai calon yang layak untuk mengisi jawatan tersebut.

Dalam masa yang sama tambah beliau, PAS perlu memberi ruang atau peluang kepada muslimat kerana muslimat memang terkenal dengan sifat `low profile', pemalu dan bakat mereka perlu dicungkil.

Beliau yang juga Bendahari Muslimat PAS Pusat menegaskan kuota 30 peratus itu tidak semestinya terus di peringkat tinggi tetapi perlu dimulakan di peringkat cawangan.

Perlu ada 30 peratus di peringkat Majlis Tindakan Dun (MTD) barulah bakat-bakat Muslimat ini dapat dilahirkan, jika terus hendak minta 30 peratus di peringkat penggubal dasar, beliau beranggapan Muslimat masih belum bersedia.

"Saya harap PAS mulakan di peringkat cawangan dan MTD, insyAllah apabila ada ruang di peringkat bawah maka akan ada calon-calon di peringkat atasan khususnya di peringkat pembuat keputusan," katanya.

Sebenarnya dalam perkara itu kata beliau, tidak semua Muslimat bersedia kerana tidak ada pendedahan, jika ada pendedahan Muslimat akan lebih memahami.

Ini kerana katanya, politik itu tidak seperti bekerja di sebuah organisasi tetapi politik itu banyak seni dan pertimbangan tertentu, jadi seni itulah yang perlu pada pengalaman dan pendedahan.

Sebagai AJK PAS Pusat yang dilantik beliau mencadangkan mana-mana Muslimat yang sudah bersedia masuk PAS tidak boleh terus diletakkan sebagai calon kerana ia akan menimbulkan masalah.

Muslimat tersebut perlu diberi pendedahan di peringkat parti sekurang-kurangnya di peringkat cawangan dan kawasan, jika ada pengalaman lebih baik sebab mereka akan memperlihatkan perjalanan parti dan gerakan politik.

Beliau berusaha mahu mengengahkan Muslimat yang berkemampuan bukan kerana mereka wanita tetapi kerana mereka mempunyai kemahiran dan kemampuan. Sebab itu, daripada semua sudut mesti ada wakil
Muslimat kerana muslimin tidak dapat memikirkan keperluan wanita.

"Jika ada muslimin dan muslimat yang sama berkemampuan, mengapa tidak diambil muslimat untuk berada di peringkat atasan," soalnya.

InsyAllah ramai Muslimat yang berkemampuan contohnya di Kelantan, YB Rohani Ibrahim (Tanjong Mas) wakil rakyat yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedekasi dan kemungkinan besar muslimin tidak mampu untuk sampai ke tahap itu.

Beliau mengingatkan apa yang penting jika ada muslimat dan muslimin yang sama berkemampuan jangan meletakkan muslimin disebabkan telah banyak pengalaman dan mempunyai hubungan baik tetapi perlu dinilai atas kemampuan.

Muslimat memang terkenal dengan sifat `low profile' tidak suka menonjol berbanding muslimin yang sentiasa hendak kedepan. Sebab itu Muslimat minta kuota di peringkat cawangan dan MTD.

Jika sudah ada kuota tersebut penampilan mereka lebih dilihat dan dari situlah permintaan untuk ke peringkat lebih tinggi sebagai calon dan sebagainya.

Ibu tunggal yang mempunyai tujuh orang anak itu amat menghormati Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Seri Bentara Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada sudut ilmu dan cara menangani masalah rakyat dan ahli parti.

Kegigihan pejuang Muslimat, Zainab Al-Ghazali yang tidak meninggalkan perjuangan walaupun berada dalam penjara amat menyuntik semangat beliau untuk terus berada dalam jemaah PAS.

Begitu juga dengan pengorbanan isteri Rasulullah, Siti Khadijah yang tidak sayang dengan harta bendanya untuk dikorbankan kepada perjuangan Islam. Manakala keilmuan yang ada pada Siti Aisyah turut mendorong semangat beliau untuk terus menimba ilmu dunia dan akhirat.

Dalam melayari kehidupan katanya, "Jika hendak tahu rasa kita susah atau tidak, kita kena melihat orang yang lebih susah daripada kita."

Tugas sebagai exco dan Adun Kijang bukan satu perkara yang mudah tetapi disebabkan amanah rakyat dan kerajaan, beliau cuba berusaha menjalankan tugas sebaik mungkin.

Sebagai exco beliau sentiasa memikirkan dasar-dasar dan program untuk membangunkan wanita yang banyak menyentuh dan memberi manfaat kepada rakyat.

"Saya ada dua kerja adun dan exco. Sebenarnya berat kerja exco Wanita dan Keluarga yang merangkumi seluruh wanita negeri Kelantan. Saya lebih suka buat kerja yang saya boleh buat," katanya.

Beliau mula memegang jawatan sebagai Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pekan (Kuantan) tahun 1984. Selepas itu beliau menjadi AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengkalan Chepa (Kelantan) dan kini sebagai Timbalan Ketua Muslimat PAS Kelantan.

Tugas sebagai Adun, exco, timbalan Ketua Muslimat Kelantan serta Bendahari Muslimat PAS Pusat memerlukan masa, tenaga serta pengorbanan daripada keluarga.

Menyedari hakikat itu beliau bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang faham dan tidak pernah memberontak jika program keluarga terpaksa dibatalkan semata-mata memenuhi tuntutan jemaah atau kerajaan.

"Kefahaman keluarga sangat penting, sejak Almarhum suami saya ada anak-anak memang sudah kenal dengan program parti (PAS). Jadi sekarang saya tidak payah untuk berkempen kerana mereka sudah bersama dalam perjuangan," katanya.

Read more...

Tunggu apa lagi....jom demo

Demo Akta Mesin Cetak mesti jadi macam demo Bersih! (Kata Ahmad Lutfi Othman)

Posted on Monday, July 12 @ 11:17:07 PDT by alibukhari

Baru malam ini, terima panggilan telefon daripada Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman malam ini. Antara katanya, "Akta Mesin Cetak lebih gawat berbanding ISA.""Why? Pur que? Pur que? Kenapa?" saya bertanya lagi, galak sungguh bertanya dengan menggunakan bahasa Venezuela.

"ISA boleh cakap lagi, kalau salah cakap baru depa tangkap," tambah beliau. Dan banyak lagi yang dia khutbahkan tadi.

Kali terakhir saya bertemu beliau, 18kg sudah menyusut dari tubuhnya gara-gara tidak lalu makan sejurus selepas pembedahan pintasan jantung. Kini, dia baru boleh bercakap dengan agak stabil sedikit.

Antara lain, dia berkata, Paksi perlu diajak bersama untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap isu Akta Mesin Cetak ini.

"Mana boleh, dengan akta ini, menteri boleh tamatkan permit ikut suka hati dia saja, tanpa dia perlu memberikan alasan menutup akhbar itu.

"Harakah dan Suara Keadilan ni akhbar dua parti terbesar ni syeikh. Kita pun kenalah support Suara Keadilan ni," katanya lagi."Abih tu, enta rasa kita nak kena buat macam mana ni kalau rakyat masih tak sedar?" saya bertanya kebodoh-bodohan.

Mesti demo di jalanan seperti Bersih, GMP, GMJ, GMI

"Depa ni kena buat suatu jawatankuasa macam GMI, GMP, Bersih," katanya dengan agak mendidih semangatnya, "Lepas tu berdemo macam Bersih, GMP dok buat tu.

"Ya, betul juga. Saya pernah terdengar kekecewaan ALO kerana rakyat di negara ini belum lagi sampai ke tahap nak buat demonstrasi kalau akhbar pembangkang kena ganggu.

ALO kerap membuat kesimpulan kepada saya, bahawa beliau inginkan demonstrasi macam yang terjadi di Indonesia kalau ada akhbar, majalah digugat pemerintah!

"Enta tengok syeikh," katanya pada suatu malam ketika saya bertemu di rumahnya di Ampang. "Kalau Kompas, Tempo kena 'ban' di Indonesia dulu, rakyat terus berdemo.

"Soalnya sekarang, katanya, kalau di Indonesia mereka boleh aturkan aksi, kenapakah kita tidak boleh melaksanakan hal yang sama!?

Saya terdiam... sekali lagi, saya ingin bertanya kepada saudara-saudara, kenapakah kita masih boleh berdiam sedangkan Harakah dan Suara Keadilan adalah lidah rakyat dan lidah rasmi parti yang memperjuang hak-hak rakyat selama ini.Kenapa rakyat tergamak berdiam diri?

Kenapa? Why? Kalau tak faham bahasa Melayu kita boleh tanya dalam bahasa Venezuela; 'Pur Que'? (maksudnya, kenapa la juga...)

Read more...

Tidak pernah guna rotan mendidik anak


Oleh Saidah Hairan

Raut wajah yang muda dengan nada suara lembut menyukarkan ramai orang untuk mempercayai beliau mempunyai 10 orang anak. Namun, itulah hakikat bagi Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh. Baginya, anak merupakan permata hati yang sukar digalang ganti.

Kesibukan sebagai ahli politik, NGO dan pendakwah tidak menghalang beliau untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap 10 orang anak. Gelagat dan karenah anak-anak terutama di bawah usia sembilan tahun meredakan tekanan dan keresahan yang dialami dalam politik.

Dalam usia muda 24 tahun beliau melangsungkan perkahwinan dengan jejaka idaman, Mohd Azmi Azman Suhari. Pasangan bahagia ini dikurniakan anak lima lelaki dan lima perempuan.

Anak sulong, Mohd Abdul Fattah 22, Siti Nur Khadijah, 20, Mohd Abdul Mu'min,19,Mohd Abdul Hakim, 17, Mohd Abd Rahman,15, Siti Nur Aisyah, 13, Siti Nur Hafsah,11, Mohd Abdul Aziz, 9, Siti Fatimah Zahrah, 7 dan Sumaiyah Soffiyah,5.

Ramai menganggap Ketua Muslimat yang sentiasa sibuk dengan urusan politik tidak sempat menguruskan hal anak-anak; tetapi itu tidak berlaku kepada Nuridah. Sebaliknya 10 anak dijaga dengan penuh kasih sayang tanpa pembantu rumah kecuali kerjasama daripada suami.

Curahan kasih sayang itu terbukti apabila semua anaknya dapat menjalani ibadah puasa tanpa ponteng sehari. Sukar dipercayai tetapi itulah realiti. Anak-anak beliau dilatih berpuasa sejak usia lima tahun kecuali Mohd Abdul Fattah, enam tahun.

"Anak-anak kak Nuri terutama Abdul Aziz dan Fatimah Zahrah tidak berasa janggal untuk berpuasa. Sebab mereka selalu tengok umi dan ayahnya puasa sunat. Sumaiyah pernah ikut kak Nuri dan ayahnya puasa sunat, tapi setengah hari je.

"Insya-Allah ramadan ini Sumaiyah akan berpuasa sebulan. Selama ini kakak dan abangnya tidak banyak karenah apabila berpuasa," katanya.

Biasa di awal ramadan beliau melayan karenah anaknya yang baru belajar puasa bagaikan `Menatang minyak yang penuh'. Apa saja keinginan anak akan dipenuhi tetapi hanya minggu pertama puasa. Tujuan beliau untuk menarik minat anak-anak supaya tidak bosan berpuasa.

Mendidik anak untuk berpuasa memang menguji kesabarannya. Tanpa jemu beliau akan memujuk anak berumur tujuh dan lima tahun supaya bangun bersahur. Kejut anak, angkat dan pujuk supaya bersahur sudah biasa dilakukan sejak 16 tahun lalu.

"Memang kena sabar nak latih anak berpuasa. Hendak suruh mereka makan sendiri memang tidak berjaya. Kak Nuri memang suap. Kadang dia orang makan sambil pejam mata. Kak Nuri tak kisah janji anak makan.

"Kurma merupakan makanan utama anak-anak kak Nuri. Kalau bulan puasa kak Nuri beli kurma ikut pilihan anak. Hari biasa kak Nuri beli kurma biasa. Sebulan puasa kak Nuri sediakan satu kotak besar kurma," jelasnya.

Kurma seolah-olah sudah menjadi makanan rutin bagi anak-anak beliau. Jika orang lain menjadikan kurma sebagai syarat waktu berbuka, tetapi bagi anak- anaknya kurma ibarat coklat yang menjadi kegemaran anak-anak.

Bukan mudah melatih anak di bawah usia lima tahun supaya berpuasa. Jika mereka merenggek boleh melunturkan ketegasan seorang ibu. Silap hari bulan nasi disuap ke mulut anak.

Bagi kak Nuri, seorang ibu perlu kuat semangat adakalanya memang kasihan tengok anak terpaksa berlapar dan letih. Sebab itu ibu kena kreatif menghadapi anak yang baru berlatih puasa; supaya anak tidak fikir sangat tentang makan.

Apa yang dilakukan setiap minggu pertama ramadan, beliau akan membawa anak yang baru dilatih puasa berjalan dan lambat balik ke rumah. Apabila sudah biasa berpuasa biasanya selepas balik sekolah tengahari mereka tidur, petang bermain dan tonton tv.

"Mula-mula memang la susah tapi lama-lama senang," kata Siti Fatimah Zahrah bercakap dengan adiknya, Sumaiyah Sofiyah.

Fatimah berkata, umi bagi duit dengan belikan baju kalau dapat puasa sebulan.

Ketika ditanya suka berpuasa, Fatimah dan Sumaiyah menjawab pantas. `Suka'.

Keriangan dan keceriaan wajah tiga orang anaknya yang berada di sisi menunjukkan kak Nuri seorang umi yang penyayang. Walaupun mempunyai 10 orang anak tetapi beliau tidak pernah mengeluh untuk melatih dan mendidik mereka.

`Dik Yang' panggilan untuk semua anaknya. Kelembutan beliau melayan karenah anak menyebabkan anak-anaknya turut membalas dengan lembut dan penuh kasih sayang.

Tersentuh hati penulis melihat kelembutan anak-anak dan curahan kasih sayang seorang umi yang cukup terjerat dengan masa.

"Kak Nuri mendidik anak tidak susah. Kak Nuri tidak menggunakan rotan, tetapi kak Nuri amalkan ayat akhir dalam surah Al-Imran. Kak Nuri amal sejak anak yang sulong hingga sekarang. Insya-Allah mujarab ayat ini," katanya.

Read more...

Ulul Amri- siapa dia?


Negara menjadi huru hara disebabkan sikap rakus manusia yang bergelar pemimpin. Jawatan sebagai pemimpin tidak lagi dianggap sebagai satu amanah dan amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, sebaliknya hanya mengejar `glamour dan populariti'.

Hanya pemimpin yang benar-benar berkelayakan dan berdedikasi saja mampu memikul tanggungjawab tersebut. Sebaliknya, ramai pemimpin yang menganggap jawatan merupakan tiket untuk kepentingan sendiri.
Timbalan Pengarah Tarbiyah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menjelaskan maksud `Ulul Amri' ketika diwawancara oleh Saidah Hairan.
HARAKAH: Ramai orang boleh menjadi pemimpin tetapi tidak ramai yang berjaya memegang jawatan pemimpin. Boleh ustaz jelaskan perkara itu?

Ustaz Idris : Pertama apabila kita bercakap soal kepimpinan maka perkara yang perlu kita sedar ialah ia tidak apabila kita lahir terus menjadi pemimpin yang baik. Ia perlu pada satu bentuk latihan (tamrin) yang perlu kita lakukan, satu oleh parti kepada dia dan yang kedua dia sendiri bersedia untuk diprogramkan untuk menjadi pemimpin dan kita mempunyai piawai standard dan kalau tidak pun Nabi Muhamad s.a.w yang juga Khalifah Ar-Rasidin yang kita anggap sebagai satu lambang yang paling tinggi.

Begitu juga kepada yang sering diwar-warkan ialah berkenaan dengan pemerintahan Syadina Umar Abdul Aziz. Sekurang-kurangnya kita mesti menuju kearah itu.

Setakat hari ini kita melihat tidak ada lagi yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin agung dunia yang bukan dikalangan Nabi Muhamad s.a.w. Kita dapat buktikan bagaimana Baginda sendiri walaupun dunia itu berada di bawah tapak kakinya, tetapi Baginda masih dapat kekalkan sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Maka dengan itu sepatutnya kita berasa tercabar dan berasa malu dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng yang menjadikan Umar Abdul Aziz sebagai ikon. Sepatutnya kita sebagai pemimpin dan wakil rakyat PAS kena rasa tercabar dengan kenyataan ini dan berusaha lebih daripada Guang Eng.

Ini yang perlu kita lakukan supaya orang tidak akan nampak kita sebagai parti yang hanya tahu bercakap tetapi tidak sama dengan apa yang dilakukan.

Harakah: Apa yang menyebabkan sebahagian besar pimpinan atau wakil rakyat sukar untuk menunaikan janji dan mesra rakyat selepas meraih kemenangan?

Sebenarnya dalam soal ini, Islam telah memberikan satu formula yang mudah bagi kita. Satu dalam soal bab dunia kita kena melihat orang yang lebih bawah daripada kita.

Kita kena melihat penderitaan rakyat dan penderitaan penyokong tegar PAS. Mereka bertungkus lumus untuk kejayaan pemimpin. Mereka tidak mengharapkan wang malahan mereka mengorbankan segala-galanya.

Pengalaman saya bertanding dalam pilihan raya umum ke-12. Kadang-kadang saya hendak menitis air mata apabila melihat pengorbanan yang dilakukan oleh penyokong PAS di peringkat bawahan.

Malam penamaan calon di Batu 9 di pejabat Perhubungan PAS Kedah. Bagaimana seorang tua datang kepada saya. Saya tengok cara pakaian dan hidup memang dia seorang yang susah. Orang kampung tetapi dia bagi duit RM10 kepada saya.

"Ambil la ustaz, inilah yang saya boleh...( ketika menceritakan peristiwa itu ustaz terhenti seketika menahan sebak).

Inilah yang saya boleh sumbangkan untuk...(ustaz sebak dan terdiam) untuk perjuangan PAS. Saya tidak boleh bagi apa, ini saja yang saya boleh bagi. Saya tolak, saya kata saya tak nak...(kata-kata ustaz terhenti dan menangis...). Saya tak nak duit itu saya nak bagi balik duit itu. Lama-lama dia menghilang.

Itulah contoh yang dapat kita lihat bagaimana pengorbanan yang diberikan oleh orang bawahan kepada kita.
Sebab itu kita mesti meletakkan sikap pakcik itu sebagai satu contoh yang boleh mendidik diri. Ini dalam soal dunia.

Unit Amal merupakan ikon saya kerana boleh mendidik jiwa saya. Saya merasakan Unit Amal berkhidmat tidak ada benda yang mereka harapkan daripada parti. Mereka bertungkus lumus, berhujan panas dan mereka langsung tidak ada kepentingan dunia.
Sebab itu kita lihat Nabi Muhamad s.a.w dididik hatta dipelihara oleh Abu Talib. Abu Talib orang yang susah.

Sebab itu Nabi cukup prihatin terhadap orang susah. Banyak hadis yang menunjukkan tentang "Sesiapa yang tidak ambil tahu tentang urusan saudara kami yang lain maka dia bukan daripada kalangan aku."

Ini menunjukkan perlunya kita mengambil berat berkenaan masalah rakyat terutama mereka yang kurang bernasib baik.

Harakah: Tanggungjawab pemimpin itu berat tetapi mengapa senario sekarang ramai yang berebut-rebut untuk menjadi pemimpin?

Kita tengok Syaidina Umar Al-Khattab ketika dilantik menjadi pemimpin, sehingga dia memberitahu; `Kalau lah jalan yang dibuat itu walaupun manusia jarang lalu tapi oleh kerana yang lalu itu kalau ada binatang yang jatuh sebab rosak jalan itu Umar akan ditanya oleh Allah SWT'.

Ini menunjukkan Syadina Umar tahu betapa beratnya tanggungjawab seorang pemimpin. Kita sekarang bukan masalah binatang yang memerlukan bantuan tetapi manusia amat memerlukan kepada prihatin seorang pemimpin.

Syadina Umar pergi ziarah malam-malam tengok rakyatnya ini suatu perkara yang sukar untuk dilakukan oleh pemimpin. Ini perkara yang pernah ditunjukkan dalam sejarah Islam tentang tanggungjawab Syadina Umar terhadap rakyatnya.

Hadis Nabi bermaksud; "Tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah SWT antaranya ialah pemimpin yang adil akan duduk dekat dengan Nabi dan mendapat perlindungan Arsy nanti tetapi dalam masa yang sama ada dugaan .

Sebab itu Syaidin Umar Al-Khattab waktu anak dia hendak dicalonkan Abdullah bin Umar menjadi pemimpin penggantinya, Umar berkata; "cukuplah keluarga Umar tidak mampu menghadapi soalan dihadapan Allah SWT."

Sedangkan Umar cukup terkenal dan boleh digandingkan dengan dua Umar, satu Umar Al-Khattab dan Umar Al-Aziz yang cukup hebat. Itu pun mereka berasa gerun dengan soalan di akhirat.
Pemimpin yang bagaimana mendapat perlindungan daripada Allah SWT di akhirat kelak?

Tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah SWT ialah antaranya; Pemimpin yang adil akan dapat duduk dekat dengan Nabi Muhamad dan dapat perlindungan arsy. Lelaki yang sentiasa terikat dengan masjid, lelaki yang diajak seorang perempuan cantik untuk berzina tetapi lelaki itu berkata; Aku takut dengan Allah SWT; lelaki yang bersedekah tanpa diketahui oleh orang lain; Lelaki yang berzikir hingga mengalir air mata;
Bagaimana pandangan ustaz apabila pemimpin dalam parti itu terlalu diagungkan?

Islam tidak membenarkan manusia mengagungkan Nabi Muhamad s.a.w. melebihi Allah SWT. Hubungan Nabi Muhamad dengan manusia sebagai umat dengan Rasul. Kita berdoa dengan Allah bukan dengan Nabi Muhamad.

Baginda tidak membenarkan manusia terlalu mengagungkannya. Ini perlu dijadikan sebagai asas dalam kehidupan kita jika mahu menjadi pengikut kepada seorang pemimpin.

Kita perlu menjadi pengikut selagi pemimpin tidak menyuruh perkara yang bertentangan dengan agama Islam. Nabi Muhamad menyebut; "Tidak boleh taat kepada makhluk yang melakukan maksiat kepada Allah."

Sebab itu PAS tidak pernah mendewa-dewakan mana-mana pemimpin. Dalam sukatan Tarbiyah, PAS meletakkan akidah Islam sebagai utama. Ahli PAS menyertai perjuangan parti bukan kerana seorang pemimpin.

PAS tetap mempunyai dasar yang begitu dan ini suatu kejayaan. Dalam soal pengikut kita tidak taksub kepada mana-mana pemimpin.

PAS pernah kehilangan Yang DiPertua pertama, Tuan Guru Haji Md Fuad tetapi PAS terus bergerak dan dipimpin oleh Dr Abbas. PAS kehilangan Dato Asri Haji Muda tokoh yang hebat tetapi apabila beliau keluar parti PAS terus mara.

Begitu juga kita pernah kehilangan Setiausaha Agung PAS, Osman Abdullah; panglima jihad Ustaz Azhar Ali; bekas Menteri Besar Kelantan, Dato' Mohd Nasir dan bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Nakhaie Ahmad yang banyak membuat kertas kerja PAS serta membentang program tarbiyah tapi apabila masuk Umno ahli PAS tidak mengikut jejak beliau. Ini menunjukkan kita tidak taksub kepada mana-mana pemimpin.

Ahli PAS berjuang bukan kerana pemimpin tetapi dasar yang PAS pegang. Itu yang sepatutnya ahli PAS pegang. Dan itu juga yang Nabi ajar kepada umat-Nya.

Kita boleh jadikan seorang pemimpin itu sebagai ikon selagi dia berpegang dengan prinsip agama. Jika pemimpin tersebut menyimpang daripada prinsip agama kita tidak perlu taat kepadanya.

Read more...

Anak Luar nikah siap harus disalahkan?

>> Thursday, July 8, 2010


ANAK LUAR NIKAH SEMAKIN MENJADI-JADI

257000 anak luar nikah membimbangkan

Sejumlah 257,000 kelahiran tanpa bapa yang didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara tahun 2000 hingga Julai 2009 wajar membimbangkan semua pihak berwajib, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Ini kerana, menurut beliau, sebanyak 30,978 kelahiran yang terdaftar membabitkan bayi beragama Islam.

"Bagi saya, semua pihak perlu bertanggungjawab, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang yang lebih ketat, ibu bapa perlu ajar agama pada anak-anak," jelas beliau ketika mengulas pendedahan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berhubung perkara itu pada 1 Julai lalu.

Sedangkan, menurut beliau, perangkaan kelahiran tanpa bapa mengikut beberapa agama yang lain adalah 18,085 bayi beragama Hindu; 17,236 (Buddha); dan 3,395 (Kristian).

Melihat pada perangkaan rasmi JPN itu, beliau mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil langkah yang lebih dinamik sebagaimana yang diperkenalkan oleh Islam.

"Tak cukup dengan menyediakan khidmat kaunseling dan apa yang sedia ada selagi kementerian wanita tak laksanakan pendidikan Islam dan kempen-kempen yang dinamik supaya rakyat tinggalkan aktiviti penzinaan ini," tegas beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat.

Tambahnya, sistem pendidikan yang tidak melahirkan rasa takut kepada Allah menyebabkan mereka yang terbabit tidak gentar dengan undang-undang ciptaan manusia.

"Undang-undang yang ada memang tak menakutkan penzina-penzina ini, kerajaan wajar mengkaji dan jelaskan apakah keindahan dan hikmah di sebalik undang-undang Allah kepada semua rakyat untuk mereka membuat pertimbangan," tambah beliau sambil menyeru kerjaaan melihat inisiatif yang cuba dilaksanakan oleh PAS di Kelantan dan Terengganu sebelum ini.

Dari segi yang lain, beliau turut mengkritik amalan meletakkan mahar atau 'hantaran' yang agak tinggi sehingga menyukarkan pasangan yang mahu hidup secara beragama dengan berkahwin.

Lanjutan itu, beliau mencadangkan kementerian berusaha untuk mengubah budaya itu, selain meneruskan kempen hidup secara sihat yang sedia ada.

Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin pula menyalahkan Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kerana gagal membentangkan dasar pembangunan wanita yang lebih komprehensif untuk menangani gejala sosial seperti penzinaan ini.

"Sudah lama saya membangkitkan soal dasar wanita di Dewan Rakyat, tetapi menteri ini tidak layan," ujar beliau dalam nada yang kesal.

Akibatnya, insiden seperti gadis-gadis Penan yang dirogol oleh para peneroka balak seperti yang dibangkitkan di Dewan Rakyat sebelum ini terus berpanjangan.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan sikap sambil lewa menteri sebagai mengkhianati rakyat serta mengajak kaum wanita memilih kepemimpinan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Read more...

Parti perlu dihormati

>> Wednesday, July 7, 2010

"Saya perlu rujuk kepada parti saya"

Begitulah ungkapan Dato' Hasan Ali apabila ditanya di dalam mesyuarat Exco tentang cadangan satu polisi baru. Bukan sahaja Dato' Hasan tetapi juga Exco-Exco PAS lain, saya atau Dr. Halimah, apabila berhadapan dengan polisi-polisi baru atau perkara-perkara yang memerlukan penelitian yang lebih terperinci. Bukan sahaja di mesyuarat Exco tetapi di mesyuarat-mesyuarat lain seperti MTES atau Standco.

Kenapa begitu? Adakah kerana Exco-Exco PAS tidak boleh membuat keputusan? Bukan tidak boleh membuat keputusan tetapi Exco-Exco kita mewakili Parti bukan diri mereka sendiri. Parti perlu dirujuk. Begitu juga dengan Exco-Exco PKR dan DAP. Ada perkara-perkara yang mereka perlu merujuk kepada parti mereka dan tidak boleh membuat keputusan bersendirian.

Mungkin akan membingungkan ramai di antara kita. Kenapa Dato' Hasan seorang AJK PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan bekas PTD perlu merujuk kepada Parti? Inilah Parti menguasai kerajaan. Sehebat mana sekalipun mereka yang dilantik oleh Parti, mereka mesti akur kepada kehendak Parti.

Bukan sahaja yang dilantik oleh Parti mesti akur kepada Parti tetapi pada pendapat saya begitu juga mereka yang mendapat jawatan akibat pertukaran kerajaan. Parti telah memasuki pilihanraya untuk menukar kerajaan.

Contohnya, hanyalah dengan pertukaran kerajaan ramai yang dapat menjadi AJK masjid dan AJK surau. Dulu ADUN-ADUN Umno yang menentukannya dan hampir semua adalah Umno. Begitu juga dengan perlantikan JKKK. Dulu semuanya Umno.

(Blog Iskandar Abd Samad)

Oleh itu, tidak patutlah kalau Dato' Hasan pun terpaksa merujuk kepada Parti tetapi mereka yang lain pula membuat hal masing-masing.

Read more...

Pemuda PAS tetap bantah judi

>> Sunday, July 4, 2010


AMPANG: Dewan Pemuda PAS Pusat akan terus mendesak kerajaan BN supaya menghapuskan semua lesen judi disamping memberi kefahaman kepada rakyat tentang bahaya amalan judi.

Pengerusi Lajnah Sukan, Kebudayaan dan Reakrasi, Sani Hamzan menegaskan, walaupun lesen judi bola itu telah ditarik balik tetapi masih banyak lagi lesen judi yang dibenarkan.

Katanya, pengumunan penarikan lesen judi bola itu hanya segelintir sahaja daripada judi-judi yang masih berleluasa.

"Kita akan berterusan membantah tindakan kerajaan dan mendesak supaya semua lesen judi dimansuhkan. Kita akan buat bantahan sehingga negara benar-benar bersih daripada amalan judi," tegasnya.

Beliau merupakan Pengerusi yang mengajurkan perlawanan bola sepak persahabatan antara Dewan Pemuda PAS Pusat dengan wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad merupakan wakil kepada wakil rakyat yang turut bermain dalam perlawanan persahabatan tersebut.

Perlawanan persahabatan itu berpihak kepada Dewan Pemuda PAS Pusat dengan menewaskan kumpulan wakil rakyat 3 - 1.

Perlawanan bola sepak yang diadakan di padang awam Ampang Tambahan itu sempena menyambut kemenangan rakyat selepas Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak mengumumkan penarikan lesen judi bola.

Bagaimanapun kata beliau, Gerakan Membantah Judi (GMJ) tetap mengadakan himpunan di Masjid Negara pada petang Sabtu 3 Julai yang dinamakan himpunan Tak Nak Judi sebagai tanda bantahan rakyat pelbagai kaum terhadap segala jenis judi.

Negara harus diselamatkan daripada terus diancam dengan bahaya judi, tegas beliau.

Read more...

Ketua perlu berprinsip dan berani buat keputusan


SAIDAH HAIRAN

SIAPA tidak kenal dengan Ustazah Jamilah Ibrahim. Tokoh Ibu Mithali yang dianugerahkan oleh Dewan Muslimat PAS Pusat dalam Muktamar kali ke-50 sempena sambutan Jubli Perak, di dewan Putik, Kelantan.

Sekali pandang agak takut untuk mendekatinya. Apabila sudah mengenalinya, beliau seorang tokoh Muslimat yang gemar bercerita dan tidak kedekut mencurahkan ilmu serta pengalaman berpolitik.

Ustazah Jamilah merupakan pimpinan Muslimat yang paling lama menerajui kepimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat. Berprinsip ditambah dengan ketegasan ketika diberi amanah menyebabkan beliau diberi kepercayaan penuh oleh perwakilan untuk terus menerajui Muslimat selama sembilan penggal iaitu 18 tahun.

Melihat pada sokongan Melayu, Cina dan India kepada kerajaan Pakatan Rakyat, beliau mengingatkan DMPP sudah tidak ada masa untuk berehat.

Sebaliknya kata beliau pimpinan Muslimat mesti banyak melakukan program turun ke kawasan-kawasan Melayu.

Katanya Muslimat perlu mendekati pengundi Melayu dengan jalinan tenaga bersepadu DAP serta KeADILan untuk menembusi pengundi di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor supaya menyokong Pakatan Rakyat.

"Bagi negeri yang sudah menang, sikap mesra rakyat perlu ditingkatkan agar kita diyakini. Kerja-kerja kebajikan dan keadilan dalam membela hak rakyat dan membenteras kezaliman perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh," katanya dengan wajah tenang.

Walaupun sudah tidak menerajui kepimpinan Dewan Muslimat namun
beliau bersedia untuk turut memberi sumbangan, pandangan serta tenaga.

Kelantangan dan keberanian menyuarakan pandangan serta kritikan kepada pimpinan disamping membawa suara hati Muslimat, beliau terus diberi kepercayaan menjadi AJK tertinggi International Muslim Women Union (IMWU) cawangan Malaysia dari tahun 1997 hingga 2010.

NGO tersebut dikendalikan oleh isteri kepada Almarhum Dr Fathi Yakan, Dr Muna Al-Hadat.

Ustazah Jamilah lebih mesra dengan panggilan `Mak Lah' baru saja kembali dari Lubnan menghadiri persidangan IMWU yang dihadiri wakil dari 36 buah negara.

Menurut beliau, antara hala tuju IMWU membuat jalinan silaturahim dengan wanita Islam sedunia. Di samping melaksanakan kerja-kerja kebajikan serta membantu menyelesaikan masalah wanita dan ummah.

"IMWU meletakkan asas akidah, akhlak dan takwa kepada generasi muda sebagai pengganti. Ia juga menekankan peningkatan amal ibadah diri. Setiap tahun ada pertemuan dan tiga tahun sekali ada pemilihan jawatan," katanya.

Pertemuan selama dua jam di rumahnya, di Taman Melewar melihatkan beliau seorang ibu yang mesra, tidak sombong dan tidak menyimpan dendam.

Rasa diri terlalu kerdil untuk duduk menghadap tokoh Ibu Mithali serta pimpinan Muslimat yang disegani lawan dan rakan. Ketika bersalam dan memeluknya, terasa seolah-olah memeluk seorang ibu yang sudah lama tidak dikunjungi.

Berpengalaman sebagai seorang guru pendidikan Khas menengah dan guru agama menyebabkan beliau lebih terkenal dengan ketegasan ketika memimpin DMPP.

Justeru, beliau mengingatkan ahli PAS khususnya Muslimat Islam perlu orang yang cerdik, orang yang boleh merancang dan bukan melakukan kerja untuk mencari kepentingan diri.

Katanya, Islam perlu kerja berstrategi dan Islam perlu golongan cerdik pandai untuk memberi pandangan supaya Islam terus dihormati dan dimuliakan.

Keberanian beliau menyebabkan Dato' Seri Bentara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memilihnya untuk diangkat sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) dari tahun 1997 hingga 2003.

Walaupun beliau dilebelkan `garang' oleh sebilangan Muslimat namun beliau dapat memahami jiwa anak muda dan telah berjaya dibawa masuk dalam Muslimat.

Ketika Mak Lah menjadi Naib DMPP semasa Almarhumah ustazah Wan Asma' Wan Abdul Kadir menjadi Ketua, beliau diberi kepercayaan mendekati pelajar IPTA untuk menerangkan dasar perjuangan PAS.

"Mak Lah masuk ke kampus jumpa pelajar-pelajar IPTA. Di samping menjadi pendakwah bebas yang sentiasa bergerak di surau dan masjid sekitar Lembah Kelang dan guru agama bebas di Jabatan Kerajaan," katanya.

Beliau yang terkenal dengan ketegasan tidak suka Muslimat yang teragak-agak untuk berjuang. Beliau gemar mendekati generasi muda untuk dididik menjadi pelapis kepimpinan.

"Alhamdulillah, Mak Lah dapat melahirkan profesional, akademik dan golongan ilmuan yang ramai. Walaupun Mak Lah dah tinggalkan DMPP tapi puas hati sebab memimpin DMPP dalam jangka masa yang panjang," katanya.

Beliau menasihatkan Muslimat yang terlibat dengan politik perlu banyak membaca dan tidak boleh hanya fokus kepada parti saja. Muslimat perlu melihat perkembangan yang sedang bergolak dalam negara.

Muslimat tidak ada alasan untuk duduk sesama mereka saja kerana Muslimat merupakan suara dan lidah untuk membawa Islam diterima seluruh dunia.

Mak Lah yang banyak pengalaman itu mahu Muslimat yang menjadi pemimpin mesti ada hala tuju yang jauh dan jelas dan mempunyai karier boleh memimpin.

Ini kerana katanya, bukan semua orang boleh memimpin dan ahli serta pengikut akan melihat hala tuju seorang pemimpin.

"Menjadi Ketua kena ada prinsip, kena ambil semua pandangan dan mesti berani membuat keputusan. Pemimpin mesti berani mengarah exconya menjalankan tugas walaupun ia berhadapan dengan pelbagai risiko," tegasnya.

Di zaman kepimpinan beliau, Unit Amal Nisa' ketika itu dipengerusikan Normah Alwi lebih terserlah dan berani membuat program luaran.

Beliau mencetuskan idea untuk mewujudkan Nisa' berdasarkan keberanian Asma' Abu Bakar yang sanggup membawa makanan untuk ayahnya dan Rasulullah ke gua Thur di tengah-tengah ratusan askar.

Asma' juga katanya telah membelah dua tali pinggang, satu diikat pada makanan dan satu dipakai. Rasullah ketika menerima makanan daripada Asma' berkata, Ya Asma', engkau akan dipakaikan tali pinggang emas dalam syurga nanti disebabkan keberanian engkau menyampaikan makanan kepada kami'.

Rumusan daripada sejarah itu katanya, hala tuju Nisa' perlu melahirkan muslimat yang berani untuk bertemu masyarakat di semua peringkat. Peranan Nisa' bukan untuk melahirkan puteri yang lemah lembut tetapi perlu melihat pada situasi yang lebih mencabar.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP