Kenangan di Sarawak

>> Saturday, April 30, 2011


Read more...


YB yang ku kenali...

Foto dan teks: SAIDAH HAIRAN

KEHEBATAN pimpinan PAS sanggup bertugas di mana-mana tanpa memikirkan `status' sebagai `Yang Berhormat' atau wakil rakyat yang perlu disanjungi. Gelaran `Yang Berhormat' tidak menjadikan jarak antara mereka dengan rakyat. Jauh sekali mendabik dada.

Nun jauh di bumi Kenyalang (Sarawak), penulis berkesempatan mengekori tiga pimpinan PAS yang bergelar `Yang Berhormat'. Namun, gelaran Yang Berhormat itu tidak menjadikan mereka `berlagak dan sombong'.

Dr Mohd Hayati Othman menjadi ahli Parlimen Pendang, Kedah dari tahun 2004 sehingga sekarang. Sekali pandang agak pendiam orangnya. Ketika ditemui di kampung Sembogan, DUN Subuyau, beliau sedang memanggang daging ayam bersama penduduk kampung.

Walaupun pernah berjawatan doktor dan kini dipanggil YB, Hayati tidak pernah berasa `besar diri' sehingga lupa dengan kerja-kerja kampung.

Ketika melihat penduduk kampung membawa dua tandan pisang tanduk daripada sampan, beliau terus membantu mengangkat pisang tanpa disuruh. Beliau tidak kekok mendampingi orang kampung di DUN Subuyau.

Pangkat dan status sebagai YB tidak membezakan beliau dengan orang kampung. Beliau sanggup tidur bersama jentera PAS dan tidak meminta untuk tinggal di apartment atau hotel. Apa yang dimakan dan kesusahan yang dirasai oleh jentera PAS, Hayati akan memikulnya bersama.

Sikap ramah dan mudah mesra dengan penduduk menyebabkan beliau disenangi. Walaupun baru berada di Subuyau, anak-anak muda serta kanak-kanak amat menyenanginya.

Bagi Adun Kubang Rotan (Kedah), YB Nasir Mustafa slogan `Saya bersama anda' bukan hanya untuk rakyat Kedah tetapi untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Kehadiran beliau untuk sama berkempen dengan jentera PAS Kedah memeriahkan lagi suasana untuk terus berdamping dengan masyarakat DUN Subuyau.

Warga tua dihormati, golongan muda dikasihi manakala anak-anak disayangi. Wajah manis dan mudah tersenyum itu menyebabkan sesiapa sahaja yang menemuinya akan berasa senang.

Nasir mula melibatkan diri dalam perjuangan PAS pada tahun 1995. Sebelum bergelar YB, beliau belektronik dan eletrik. Mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan serta seorang isteri yang bekerjaya.

Harapannya amat tinggi bukan sahaja untuk melihat masyarakat Kubang Rotan hidup senang tetapi rakyat di Sarawak dapat menikmati segala kemewahan negeri itu.

"Saya mahu melihat semua masalah yang selama ini menjadi masalah kepada masyarakat dapat diselesaikan, saya berusaha untuk bersama-sama dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.

Seorang lagi Adun yang cukup merendah diri, YB Khasim Abdul Aziz, wakil rakyat Lembah Jaya (Ampang, Selangor). Dengan gaya yang `sempoi' berselipar pergi dari rumah ke rumah bersama jentera PAS Selangor meraih undi di DUN Sadong Jaya, Sarawak.

Walaupun sudah bergelar Yang Berhormat namun hatinya tetap bersama rakyat. Keutamaan rakyat mesti didahulukan. Baginya, tanpa rakyat siapa lah `Khasim'.

Beliau berkampung di Sadong Jaya bermula malam mengumumkan calon sehingga menjelang hari mengundi. Khasim tidak pernah meninggi diri, tutur kata tetap dijaga supaya tidak menguriskan perasaan orang lain.

Inilah keistemewaan wakil rakyat dan pimpinan PAS di mata rakyat.

Read more...

Eskay takes religious oath

Read more...

Betul ke orang Melayu suka merempat?

>> Sunday, April 24, 2011


Orang Melayu suka hidup merempat

SAIDAH HAIRAN

Selagi BN diberi kuasa maka selama itu orang Melayu akan terus hidup merempat. Sebilangan besar orang Melayu Sarawak dengan rela memberi kuasa kepada Taib Mahmod untuk meneruskan kekayaan merompak harta rakyat Sarawak.

Meminjam kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad `Melayu mudah Lupa' ada kebenarannya. Menjelang pilihan raya dengan pemberian wang RM20, Melayu mudah lupa dengan kezaliman yang dilakukan PBB-BN.

Inilah pendirian sikap sebilangan besar orang Melayu. Bukan sahaja berlaku di Sarawak bahkan di Semanjung. Kenapa perkara ini berlaku?

Melihat kedhaifan masyarakat Melayu di kampung Sembangan, DUN Subuyau amat memilukan. Sarawak mengecapi kemerdekaan selama 47 tahun. Taib Mahmod menjadi Ketua Menteri selama 30 tahun. Malangnya, masih ramai lagi orang Melayu Sarawak yang hidup merempat di tanah air sendiri.

Di kampung Sembangan, terdapat sebuah rumah yang terlalu dhaif. Dinding rumah menggunakan atap nipah manakala tingkap menggunakan plastik. Sukar untuk ditafsirkan kerana rumah tersebut ditampal bendera BN.

Kehidupan masyarakat Melayu di kampung tersebut tidak ubah seperti `kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.' Malang sekali mereka masih menyokong PBB-BN.

Tempoh kempen selama 10 hari tidak cukup untuk PAS melakukan lonjakan daripada masyarakat Melayu. Kecuali jentera PAS sudah mendekati mereka sebelum pilihan raya, dan tanggungjawab itu digalas oleh jentera PAS Sarawak.

Bagaimanapun perkara itu tidak berlaku kerana kurang kesedaran ditambah dengan masalah kewangan dan sebagainya.

PAS gagal mendapatkan sebarang kerusi dalam pilihan raya. Bagaimanapun, PAS berjaya mendapat sokongan dengan pertambahan ahli dan cawangan. Di DUN Sadong Jaya ada lapan cawangan dengan 341 orang ahli. Di DUN Muara Tuang PAS membuka enam cawangan. Inilah keistemewaan PAS.

PAS bertanding di kawasan majoriti Melayu. Jika di Semanjung PAS sukar mendapat kemenangan di kawasan majoriti Melayu inikan pula di Sarawak. Contoh PRK DUN Tenang (Johor); Merlimau (Melaka) dan Kerdau (Pahang) semua ini kawasan majoriti Melayu.

Mungkin PAS perlu melakukan perubahan bertanding di kawasan campuran Cina, India dan Melayu. Masyarakat Melayu memang sukar untuk membuat perubahan khususnya dalam politik.

Banyak isu tempatan yang boleh menyedarkan orang Melayu di DUN Subuyau, DUN Sadong Jaya, DUN Muara Tuang. Selama 47 tahun penduduk Sadong Jaya tidak dibekalkan dengan stesyen minyak petrol. Mereka terpaksa membeli petrol dengan harga lebih mahal daripada Semanjung.

Petrol di jual di tepi-tepi jalan. Satu liter petrol RON 95 RM2.30 manakala RON97 RM3.00. Namun, mereka mampu dan bertahan dengan kepayahan itu. Begitu juga dengan kepayahan mereka untuk ke bandar Kuching atau Muara Tuang.

Penduduk terpaksa menunggu giliran untuk menaiki feri ke Kota Samarahan dengan bayaran RM1. Jika air surut penduduk terpaksa menggunakan jalan darat melalui Asajaya dengan mengambil masa lebih 30 minit.

DUN Subuyau pula tidak disediakan masjid.Tapak yang dicadangkan untuk membuat masjid dijadikan kuari memproses pasir. Masyarakat Subuyau terpaksa menunaikan solat Jumaat di surau yang ada di kampung tersebut.

Lebih malang lagi, sekolah Menengah Kebangsaan Subuyau masih lagi menggunakan papan. Apakah ini yang dinamakan `Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'?

Namun, Melayu Sarawak tidak sedar. Mereka tidak mahu berubah walaupun kehidupan mereka sebenarnya tertekan. Di awal pertemuan, mereka mengaku mahu berubah tetapi di kertas undi lain pula yang dipangkah.

Jentera PAS dari Semanjung berkempen harus dipuji. Namun, ada kalanya mereka lupa diri. Mereka terlalu yakin meraih kemenangan sehingga lupa jentera BN menyelusuri pengundi secara senyap.

Mungkin ini kelemahan jentera PAS. Ramai beranggapan Umno tidak wujud di Sarawak. Tanpa disedari, Umno Semanjung bergerombolan datang ke Sarawak menjalankan kempen tanpa menggunakan lebel Umno. Mana mungkin Umno tidak membantu memenangkan BN di Sarawak?

Jentera PAS syok sendiri apabila ramai orang kampung datang ke program mereka. Program `karoake' dan khidmat kesihatan percuma memang ramai yang datang, tetapi kanak-kanak dan golongan muda yang belum mendaftar.

Kehadiran luar dugaan itu menyebabkan jentera PAS yakin akan menang. Golongan tua tidak didekati sedangkan golongan inilah yang paling utama untuk diubah pemikirannya.

Ceramah atau program PAS tidak melibatkan pimipinan DAP. Jika ada hanya di Sadong Jaya exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu. Di tempat lain hampir tidak ada pimpinan DAP. Logo atau lambang DAP gagal digunakan oleh PAS.

Kebersamaan dan penglibatan pimpinan DAP, PAS dan KeADILan amat penting bagi menjelaskan tohmahan BN selama ini. PAS bukan kuda tunggangan DAP. PAS juga tidak dipergunakan oleh KeADILan.

Tiga parti ini boleh bekerjasama dengan baik tanpa ada tikaman daripada belakang. Mungkin jentera PAS yang menjaga lima DUN ini lupa seketika.

16 kali pilihan raya telah dilalui PAS. Namun, sehingga kini masih belum menemui jalan untuk mendapatkan sokongan majoriti masyarakat Melayu. Di mana silapnya?

Read more...

Dah lama dah...

Kepada pengunjung blog mindakhalifah. Maaf dipinta sebab tidak kesempatan untuk mengisi ruangan ini. 13 hari berada di sarawak di DUN Muara Tuang, Subuyau dan DUN Sadong Jaya.

Penat juga keliling tiga DUN. Maklumlah antara DUN Muara Tuang ke DUN Sadong Jaya boleh tahan juga jauhnya. Terpaksa menaiki Feri. Satu malam tu saya terpaksa menggunakan jalan darat melalui Asajaya sebab feri tak jalan kerana air surut. Masa tu pukul 10 malam.

Bayangkan naik kereta kancil di tempat orang tanpa ada muslimin. Tawakal ja la saya dan Zaleha memandu kancil. Alhamdulillah sampai di Muara Tuang cuci kaki muka dan terus tidur...kepenatan.

Pergi ke DUN Subuyau terpaksa menaiki dua feri. Jauh...boleh tahan. Nak cari masjid adohai...tak dok masjid, nak solat asar terpaksa tebalkan muka jumpa pengawal sekolah menengah kebangsaan Subuyau nak guna surau.

teruk betul kerajaan PBB-BN. Apa nak jadi. Masjid di kampung pun tak ada. Alahai orang Melayu Subuyau macam tu pun sokong PBB-BN lagi. Nak jadi apalah koma...

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP