Halangan BN bukan alasan kejayaan Pakatan Rakyat

>> Tuesday, November 30, 2010


Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersyukur dengan kejayaan Menteri Besar dan Ketua Menteri serta para exco yang dapat mempertahankan empat kerajaan Pakatan Rakyat hampir satu penggal.

Dalam menghadapi cabaran dan halangan daripada kerajaan BN katanya Pakatan Rakyat di empat buah negeri itu dapat memimpin sebuah kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab.

"Tiada satu kesalahan yang dapat dibuktikan oleh BN dalam setiap isu yang ditimbulkan oleh media arus perdana," katanya dalam ucapan penggulungan sidang kemuncak Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, kerajaan Pakatan Rakyat berhadapan dengan demokrasi yang tidak tulen dan salah sehingga terpaksa berdepan dengan amalan kronisme yang tidak mengikut perlembagaan.

Beliau bangga dengan pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat walaupun berhadapan dengan serangan dan penindasan kerajaan Pusat sehingga semua perbuatan diperhalusi dan dibesarkan oleh media di bawah kuasa BN.

Dalam masa yang sama, kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa berhadapan dengan kakitangan kerajaan yang tidak profesional mereka menjadi `duri dalam daging' dan masalan itu tidak melancarkan sistem kerajaan.

Beliau mengingatkan negeri Pakatan Rakyat perlu bermuhasabah bagi membetulkan kesilapan dan menambah keyakinan rakyat negeri lain terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.

Katanya, usaha meneruskan kesinambungan kejayaan mentadbir negeri dengan baik amat penting supaya menjadi kekuatan untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Beliau turut menyentuh tentang kerakusan BN dalam setiap kali pilihan raya umum dan kecil dan perkara itu perlu dibetulkan.

Manakala pandangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengenai pilihan raya umum ke-13 kemenangan tidak dapat dikekalkan di Selangor katanya, PAS akan mengkaji perkara tersebut.

Read more...

Kerajaan Pusat bersengkoko dengan Syabas?


SAIDAH HAIRAN

KUALA LUMPUR: PAS Selangor mengutuk tindakan kerajaan Pusat yang cuba mempengaruhi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk menaikan kadar tarif air sebanyak 37 peratus dengan tujuan menindas rakyat Selangor.

Menurut Setiausahanya, Mohd Khairudin Osman apabila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi air percuma kepada pengguna 20 meter padu, kerajaan Pusat rasa tergugat.

Justeru, kata beliau salah satu cara untuk menyusahkan kehidupan rakyat Selangor dan menarik keyakinan serta kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat melalui kenaikan air di Selangor.

Khairudin menegaskan, pimpinan kerajaan BN mahu rakyat Selangor hidup dalam kesusahan sebagaimana yang dilakukan kepada rakyat di Kelantan dan Terengganu dengan menarik royalti minyak.

"Saya yakin kenaikan tarif air ini merupakan strategi kerajaan Pusat (BN) dengan tujuan untuk menimbulkan kemarahan rakyat," katanya.

Tuntuan Syabas untuk menaikan tarif air yang disokong Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato' Shaziman Abu Mansor merupakan penganiayaan terhadap rakyat.

Menurut Khairudin, PAS Selangor kesal jika Shaziman bersubahat dengan Syabas untuk menaikan kadar tarif air jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri air kepada Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan.

Sehubungan itu, PAS Selangor mewajibkan seluruh ahlinya seramai 72,000 orang menyertai himpunan aman membantah tuntutan kenaikan tarif air Syabas sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun depan.

Beliau berkata, himpunan itu bermula di masjid Negara jam 2 petang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengetuai penyerahan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia DiPertuan Agung di Istana Negara, 5 disember nanti.

"Penyertaan ahli PAS di semua peringkat penting sebagai tanda penentangan terhadap kebiadapan kerajaan Pusat yang cuba menindas rakyat Selangor," tegasnya.

Dalam masalah air kata beliau, kerajaan Pusat mempunyai kuasa tersendiri begitu juga dengan kerajaan negeri ada kuasa tertentu yang boleh diputuskannya.

Menurut beliau, himpunan itu menandakan bahawa rakyat tidak mahu tarif air atau penswastaan itu berlaku dan hak rakyat iaitu air perlu dikembalikan kepada mereka.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood menegaskan masalah air itu boleh diselesaikan dengan cara baik jika kerajaan Pusat bersetuju dengan langkah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Masalah sekarang ini kata beliau, kerajaan Pusat mahu mempertahankan tuntutan Syabas walaupun Syabas sudah mengaut keuntungan yang begitu tinggi.

Beliau berkata, tindakan yang diambil oleh kerajaan Pusat hanya mahu membela Syabas.

"Kita hairan kenapa kerajaan Pusat berkeras tidak mahu menerima tawaran daripada kerajaan Selangor sedangkan ia akan menguntungkan rakyat," tegas beliau.

Sedangkan tambahnya, gantirugi yagn ditawarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kepada Syabas dan semua konsensi untung dan lebih mencukupi.

Beliau mempersoalkan kenapa perlu kerajaan Pusat mempertahankan konsesi air sedangkan rakyat yang terpaksa menanggung kenaikan kadar tarif air.

Menurut beliau, pada tahun 1996 di bawah pentadbiran kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad air telah diswastakan apabila mengalami kerugian kerajaan ambil semula.

Tambahnya, apabila memperolehi keuntungan ia diswastakan semula inilah dasar kerajaan Pusat menswastakan yang untung dan ambil balik yang rugi akhirnya rakyat yang terbeban.

Beliau kesal kerana masalah air di Selangor menjadi satu perniagaan sedangkan sepatutnya air itu hak asasi yang tidak perlu diswastakan.

Sehubungan itu, Mariah mendesak rakyat Selangor yang prihatin dengan masa depan anak-anak perlu turun mohon campur tangan Yang Dipertuan Agung supaya rakyat tidak teraniya.

Kerajaan negeri merupakan entiti terbaik untuk mengambil alih industri air di Selangor yang menghadapi pelbagai masalah disebabkan syarikat konsesi mengutamakan keuntungan besar berbanding hak 5 juta rakyat Selangor.

Read more...

Musafir di Mindanao bersama Yayasan Amal Malaysia

>> Sunday, November 21, 2010









Yayasan Amal Malaysia diketuai Naib Presiden, Dr Rani Osman telah menjalankan program Kurban dan aqiqah di Selatan Mindanao, Filipina.

Degelasi diurukan oleh Pengerusi Yayasan Amal Terengganu, Dr Suhazeli Abdullah berada di Mindanao selama empat hari, bermula Aidil Adha pertama iaitu hari Selasa.

Penerbangan kami dari LCCT jam 1 pagi Selasa dan sampai ke lapangan terbang Manila jam 5 pagi. Kami disambut oleh wakil NGO Islam dan dibawa menunaikan solat Aidil Adha di masjid serta menyaksikan program kurban.

Seterusnya kami di bawa ke restoren Islam. Jam 3 petang kami meneruskan penerbangan ke Mindanao. Program kurban yang dianjurkan Yayasan Amal telah dilakukan di kampung yang penduduknya majoriti Islam berhampiran dengan Zamboanga (barat Mindanao)

Perjalanan kami selama di Mindanao dikawal oleh polis. Mereka sentiasa menjaga keselamatan kami. Yayasan Amal turut melakukan program kesihatan percuma di kampung Islam.

Read more...

Siapa Khasim?

>> Tuesday, November 9, 2010




Kontraktor dan usahawan, Khasim Abdul Aziz yang kini menjadi wakil rakyat Dun Lembah Jaya, Ampang masih mengekalkan sikap sederhana walaupun sudah dua tahun setengah bergelar `Yang Berhormat'.

Sekali pandang agak serius orangnya. Apabila sudah duduk semeja dan bersembang, Khasim merupakan pimpinan PAS yang wajar dikagumi.

Kagum kerana beliau sanggup mengeluarkan wang daripada poket sendiri untuk membantu menyelesaikan masalah kemiskinan masyarakat di Dun Lembah Jaya.
Selain itu, beliau antara Adun yang masih mengekalkan sikap sederhana dan merendah diri walaupun sudah dipanggil `YB'.

Menjawab pertanyaan tentang masalah masyarakat di Dun Lembah Jaya, dengan raut wajah yang sedih dan nada suara yang agak perlahan; beliau mengatakan masyarakat di Lembah Jaya ramai yang miskin.

Katanya, sehingga ke satu tahap mereka tidak mampu membayar bil letrik dan air. Ada dikalangan mereka rumah hampir dilelong.

"Inilah masalah yang saya hadapi. Mereka perlu bantuan. Peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM500,000 tidak cukup untuk menyelesaikan segala masalah rakyat di Dun Lembah Jaya," katanya.

Sebab itu baru-baru ini, beliau sanggup mengeluarkan duit daripada poket sendiri sebanyak RM42,000 untuk menyelesaikan masalah kemiskinan di DUN Lembah Jaya.

Anak kelahiran Kulim, Kedah berusia 48 tahun dikurniakan seorang isteri serta lapan cahaya mata. Beliau tinggal di kampung Ampang Indah, Lembah Jaya dan menjadi kontraktor semenjak tahun 1990.

Selepas diamanahkan sebagai wakil rakyat, beliau berjaya mengembalikan tanah tapak sekolah agama rakyat (SAR) seluas tiga ekar.

Ketika DUN Lembah Jaya ditadbir oleh wakil rakyat Umno, tapak sekolah agama itu dijual kepada pemaju untuk pembangunan.

Selepas enam bulan menjadi wakil rakyat, beliau mengadakan perbincangan dengan pemaju dan akhirnya tanah tersebut diserahkan kepada sekolah agama rakyat.

Beliau turut menyelesaikan masalah tanah kubur yang dituntut oleh penduduk Islam semenjak zaman pentadbiran kerajaan Umno. Ini menjadi kerisauan penduduk kerana mereka berfikir di mana jenazah mereka akan disemadikan.

Atas kapastiti wakil rakyat, Khasim mengadakan semakan di pejabat Daerah dan MPAJ. Beliau mendapati masih ada tanah yang boleh dijadikan kubur untuk masyarakat Ampang Jaya.

Akhirnya masyarakat Islam di DUNnya mendapat dua ekar tanah kubur dan diberi nama Tanah Perkuburan Kosas. Tidak berakhir di situ sahaja, beliau berusaha untuk mendapatkan tapak tanah kubur bagi penduduk di Taman Teratai.

Lembah Jaya antara kawasan yang sering dilanda banjir semenjak puluhan tahun. Walaupun begitu, kepimpinan Umno tidak pernah serius menyelesaikan masalah banjir.

Daripada pemantuan dan kajiannya, beliau mendapati masalah banjir disebabkan tiada usaha bersepadu dan kerjasam di antara tiga jabatan terlibat. Justeru, beliau mencari penyelesaian dengan mengadakan pertemuan tiga jabatan terbabit.

"Saya menemukan tiga jabatan terlibat. Pada awalnya memang saling menunding jari tapi akhirnya, Alhamdulillah ada penyelesaian setelah saya mempengerusikan pertemuan tersebut," katanya.

Menurut beliau, sekarang dalam proses `open tender' untuk melakukan projek menangani masalah banjir di Sungai Seputeh dan Lembah Jaya.

Prinsip ubah sebelum parah menjadikan beliau wakil rakyat yang paling mudah didampingi. Apabila ada satu masalah walaupun kecil, beliau tidak mengambil masa lama untuk menyelesaikannya.

Beliau mengumpamakan masalah dengan kerosakan sebuah kereta. Jika ada kerosakan kecil pada kereta perlu dibaiki segera jika tidak kerosakan itu akan merebak di tempat lain.

Begitu juga dengan masalah jika dibiarkan masalah yang kecil itu akan menjadi besar dan susah untuk diselesaikan, tegasnya.

Panggilan `YB' tidak menjadikan beliau untuk sering dihormati dan diutamakan. Ketika mendapatkan rawatan pemeriksaan kesihatan, beliau hanya mengunjungi klinik atau hospital kerajaan.

Jika rakyat boleh bersabar menunggu nombor giliran untuk bertemu doktor, beliau juga mampu berada dalam situasi begitu walaupun dalam tempoh dua jam.

Dengan cara menunggu begitu, beliau berpeluang mendekati rakyat dan merasai kepayahan, kesukaran untuk mendapatkan rawatan doktor.

"Secara tidak langsung di klinik atau hospital boleh jadi pusat khidmat Dun kedua saya. Cara ini juga sebenarnya lebih mudah untuk mengetahui permasalahan rakyat," jelasnya diiringi senyuman.

Walaupun wakil rakyat diberi kelas pertama tetapi beliau tidak menggunakan peluang itu, sebaliknya ruang bersama rakyat diutamakan.

Sebelum menjadi `YB' beliau gemar menaiki motor dan minum di gerai kopi atau cendol di bawah pokok. Sikap itu tidak pernah dibuang bahkan terus dilakukan sehingga dikagumi oleh ahli dan pimpinan Umno Kawasannya.

"Orang Umno terkejut apabila melihat saya boleh minum cendol di bawah pokok dan bermotor, seorang diri. Saya memang suka begitu.

Saya tidak mahu masyarakat meletakkan jurang perbezaan antara wakil rakyat dengan masyarakat. Orang Umno atau sesiapa sahaja boleh berjumpa saya tanpa tapisan terlebih dahulu," jelasnya.

Khasim antara wakil rakyat PAS negeri Selangor yang berjaya memecahkan tembok pemisah rakyat dengan `Yang Berhormat'.

Pen dan buku nota sentiasa ada dalam poket bajunya bagi memudahkan beliau mencatat apa sahaja permasalahan rakyat yang ditemui.

Bekas bilal surau An-Nur kampung Ampang Indah menjadi ahli PAS semenjak berusia 15 tahun. Bermula daripada itu, bakat pimpinan yang ada pada dirinya semakin bersinar.

Pada tahun 1998 hingga 2003 beliau diamanahkan sebagai Ketua Pemuda PAS Kawasan Ampang. Selepas itu ahli PAS Kawasan menaruh kepercayaan dan keyakinan sehingga beliau diamanahkan sebagai Naib yang Dipertua PAS Kawasan Ampang.

Bermula tahun 2007 beliau terus menjadi Yang Dipertua PAS sehingga sekarang.

Selain mempunyai hobi menembak beliau juga gemar memasak. Hidangan istemewa yang menjadi kegemaran anak-anak masakan kari Kedah, negeri kelahirannya.

Read more...

Galas kemenangan Ku Li bukan BN


AMPANG: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yakin kemenangan Umno-BN di DUN Galas merupakan kejayaan ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan bukan sokongan pengundi kepada BN.

Menurut beliau, kemenangan yang dicapai oleh Umno-BN di Galas dan Parlimen Batu Sapi hanya sementara kerana dalam setiap kali pilihan raya kecil PAS berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan dan BN.

Bagaimanapun beliau menegaskan PAS akur dengan keputusan rakyat namun tetap mempertikai kelemahan pengurusan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR).

Ini kerana katanya, ramai pengundi terutama golongan veteran termasuk isteri calon mendapat kertas undi yang hanya ada lambang BN saja.

Begitu juga kata beliau, orang Asli diberi t'shirt warna merah dan lambang satu Malaysia sedangkan SPR tidak membenarkan lambang digunakan oleh parti politik ketika pilihan raya.

Walaupun BN menang di Dun Galas katanya namun mereka tidak boleh membuat sebarang pembangunan kerana Kelantan berada di bawah pentadbiran kerajaan PAS.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Hi Tea anjuran Pusat Khidmat Dun Lembah Jaya, Ampang di dewan orang ramai.

Menurut beliau, PAS akan menganalisa keputusan PRK disamping latihan yang baik sebagai persiapan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya umun nanti.

"Ini merupakan satu ruang dan peluang untuk semua jentera dan pimpinan PAS bermuhasabah terhadap kelemahan selama ini," tegasnya.

Menurut beliau, keputusan pilihan raya di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi menunjukkan pilihan raya umum semakin hampir kerana BN menjadikan kemenangan itu sebagai kayu pengukur ditambah dengan pembentangan Bajet 2011.

Walaupun kata beliau, pembentangan Bajet 2011 tidak berpihak kepada rakyat namun rakyat sekali lagi terpedaya dengan sogokan duit dalam bentuk tertentu daripada BN.

Justeru, beliau memberi jaminan pimpinan PAS akan meneruskan usaha untuk memberi penerangan kepada rakyat terhadap usaha dan kejayaan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sehingga pilihan raya umum ke13.

Read more...

Muslimat bantu mangsa banjir

>> Monday, November 8, 2010














































SAIDAH HAIRAN









KUALA LUMPUR: Bagi meringankan bebanan yang dihadapi mangsa banjir di Kedah dan Perlis Muslimat PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Pusat mengadakan lawatan serta bantuan kewangan dan makanan terus kepada mangsa.

Bantuan serta lawatan Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama AJKnya, Khadijah Mahmood dan Noriah menafikan dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pimpinan PAS tidak bertanggungjawab.

Nuridah diiringi Ketua Muslimat PAS Perak, Latifah Mat serta AJKnya mengharungi air paras lutut bagi menyampaikan makanan dan tuala bayi kepada mangsa yang tidak berpindah.

Semua mangsa yang berada di rumah di kampung Tambun Tulang, Sanglang, Perlis bersyukur mendapat bantuan makanan dan kunjungan daripada pimpinan Muslimat PAS Pusat.

Nuridah serta AJKnya turut melawat penempatan mangsa banjir di sekolah rendah Syed Nahar, Kota Seputeh yang menempatkan 500 mangsa banjir.

Di sekolah kebangsaan Kodiang pula menempatkan 2100 mangsa banjir manakala di sekolah menengah Megat Belia pula menempatkan 600 mangsa.

Di hari yang sama kerajaan negeri Selangor melalui exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemodalan Insan, Dr Halimah Ali telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada kerajaan Kedah bagi membantu mangsa banjir.

Sementara itu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Selangor turut menyampaikan sumbangan wang; beras; sardin serta barang-barang keperluan asas.

Pengerusinya, Ustazah Maryam Abd Rashid bersama 10 orang AJKnya dengan kerjasama PAS Kedah akan menghantar sendiri bantuan ke kampung Naga Kepala Batas; kampung Suka Menanti, Kuala Kedah; kampung Alor Mengkudu dan Tanjong Bendahara.

Menurut beliau, lajnah Kebajikan sedang mengatur jadual turun ke kawasan untuk tugas membersihkan rumah mangsa terutama rumah warga emas.

Read more...

>> Tuesday, November 2, 2010

Petai, Untuk Wanita Yang Datang Bulan
Keluarga & Kesihatan Ramai daripada kita menghindari petai dengan alasan baunya. Tapi jangan langsung menghindari ulaman yang satu ini kerana ianya banyak khasiat luar biasa.

Ketika makan petai, salah satu jenis biji-bijian ini sudah pasti mengeluarkan gas sulfur yang menimbulkan aroma tak sedap di mulut. Namun demikian, sayang… jika anda memutuskan untuk “alergi” terhadap petai.

Petai sebenarnya mengandung zat antioksidan yang bagus serta asam amino triptofan. Asam amino triptofan ini membentuk serotonin di dalam tubuh dan membuat tubuh lebih rileks, tidur lebih nyenyak dan menjaga kestabilan mood.

Ketika haid, juga disarankan sebagai waktu yang tepat untuk makan petai. Ini kerana di masa “datang bulan” mood sering kacau, dan dapat ditenangkan dengan petai. Sama juga ketika anda mengalami stres, serotonin yang dihasilkan dapat membuat saraf-saraf tegang mengendur.

Di samping itu, petai yang kaya serat ini merupakan antioksidan yang baik, kerana mengandung vitamin B6 untuk mengatur kadar gula darah serta membantu relaksasi. Zat besi yang terkandung di dalamnya mampu mencegah anemia.-/best1of4

Posted on Tuesday, November 02 @ 10:42:01 MYT by aya

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP