Calon memainkan peranan penting di PRK Hulu Selangor

>> Sunday, April 11, 2010


SAIDAH HAIRAN
Sudah dijangka akan berlaku pertarungan sengit dan getir
antara BN dengan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Tiga DUN iaitu Batang Kali, Kuala Kubu Bharu dan Ulu Bernam dikuasai BN manakala Parlimen pula dimenangi Pakatan Rakyat atas kerusi KeADILan.

Bukan suatu perkara yang mudah bagi Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kemenangan di Parlimen Hulu Selangor. Dengan kerakusan BN yang menguasai media elektronik dan massa, serta menggunakan seluruh jentera kerajaan bagi melumpuhkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Majoriti yang kecil pada pilihan raya umum 2008 198menjadikan BN berasa selesa untuk merampas kerusi yang
dipinjamkan sementara kepada Pakatan Rakyat (merujukkenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najiib Razak).

Kemenangan yang diraih oleh Pakatan Rakyat agak unik kerana DUN kuat BN tetapi Parlimen berpihak kepada
Pakatan Rakyat. Sudah tentu ada sesuatu yang tidak kenadengan pengundi di Hulu Selangor.

Apakah kerana ketokohan Almarhum Dato' Zainal Abidin Ahmad menyebabkan pengundi BN berpaling tadah? Ataucalon BN ketika itu daripada MIC tidak disenangi oleh masyarakat Hulu Selangor terutama ahli Umno?
Jika benar, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat perlu memilih calon yang berwibawa setanding dengan Dato' Zainal.

Tanggungjawab Ahli Parlimen di Hulu Selangor juga berbeza di tempat lain. Ahli Parlimen perlu bertindak seperti Adun. DUN yang dikuasai BN sudah tentu tidak memberi sokongan dan kerjasama kepada Parlimen.
Sewajarnya Ahli Parlimen mesti sentiasa berada di kawasan supaya mudah ditemui masyarakat. Menyampaikan
pelaksanaan Pakatan Rakyat menjadi agenda utama supaya kemenangan dapat dikekalkan sekaligus merampas kerusi ditiga DUN.

Selangor merupakan negeri yang diimpikan BN untuk dirampas semula walau dengan apa cara. Sudah tentu BN
menjadikan Parlimen Hulu Selangor sebagai medan pertempuran pertama bagi membangkitkan sokongan orang
Melayu kepada BN.

Seharusnya Pakatan Rakyat mempunyai strategi untuk merampas tiga DUN di Hulu Selangor dengan mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen. Strategi itu bukan baru disusun menjelang kempen pilihan raya bermula 17 April nanti tetapi sepatutnya sudah bermula selepas 8 Mac 2008 lalu.

Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi berpendapat faktor calon memainkan peranan besar bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dikekalkan.

Walaupun berdepan dengan cabaran sengit katanya, dengan kuasa kerajaan Pusat yang berkempen keterlaluan sehingga melepasi norma demokratik dan berbaur rasuah.

Ini menunjukkan katanya bahawa Umno berada dalam keadaan terdesak dan sanggup buat apa saja bagi
memastikan 2/3 kerusi di Parlimen. Bagaimana pun, kata beliau, jika jentera Pakatan Rakyat dapat
menyampaikan maklumat yang dilakukan selama dua tahun sudah pasti pengundi Hulu Selangor tidak menolak calon Pakatan Rakyat.

"Saya harap jentera Pakatan Rakyat akan dikerahkan semaksimum mungkin kerana saingan amat getir dan sengit,"tegasnya.

Dalam masa yang sama beliau tidak memandang rendah keupayaan BN untuk merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor kerana menguasai media arus perdana serta penggunaan jentera kerajaan.

Ini berbeza dengan Pakatan Rakyat Selangor walaupun menguasai negeri namun katanya, Pakatan Rakyat tidak
menggunakan jentera kerajaan sebagaimana yang BN lakukan.

"Kita turun atas nama parti, kerja parti kena lawan parti, itu amanah kita. Kita tidak boleh guna dana kerajaan, itu integritikita," tegas beliau.

Beliau harap pengundi Hulu Selangor boleh menilai secara jujur dan membuat perbandingan dengan kerajaan di zaman BN apa yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam tempoh dua tahun.

Sementera itu, tokoh akademik, Profesor Ghazali Mahyuddin melihat sokongan dikalangan orang Melayu kepada PakatanRakyat tidak sehebat pada pilihan raya umum 2008.

Katanya, kecenderungan sebahagian orang Melayu telah mula kembali kepada BN dan suatu yang amat sukar untuk Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi Hulu Selangor.

Senario politik sekarang ini kata beliau, jika berpihak kepada Pakatan Rakyat mungkin kerana ada perpecahaan dikalangan BN iaitu jika calon yang diletakkan tidak disukai oleh pihak lain.

Manakala jika MIC menjadi calon beliau yakin sebahagian orang Umno tidak puashati begitu juga jika Umno menjadicalon, orang India pula tidak berpuashati.

Beliau yakin jika besar perbalahan itu maka ada harapan Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan.

Bagaimanapun katanya, dalam sejarah Umno/BN kadang kala berbalah untuk menentukan calon tetapi apabila sudahditetapkan calon mereka boleh bersatu semula.

Menurut beliau, ini suatu yang amat berat untuk Pakatan Rakyat hadapi tambahan pula Perdana Menteri, Dato' SeriNajib Razak telah membawa perubahan dalam politik negara.

Dibandingkan pentadbiran sebelum ini kata beliau, Najib dilihat lebih nampak menyerlah dan berwibawa.

Beliau berharap jentera Pakatan Rakyat perlu bekerja keras untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan pengundi khususnya orang Melayu di Hulu Selangor.

Katanya, dalam pilihan raya 2008 ramai ahli Parlimen BN pro pembangkang ketika itu siapa saja calon BN akan menerima padah walaupun calon Pakatan Rakyat tidak hebat daripada segi kepimpinan.

Sesetengahnya kata beliau ramai yang menjadi bidan terjun kerana sentimen ketika itu berpihak kepada Pakatan Rakyat tetapi sekarang lebih kepada BN.

Bagi meringankan persaingan itu kata beliau, meletakkan calon yang berwibawa dan disukai masyarakat memainkan peranan penting kerana mereka lebih hampir kepada rakyat.

"Saya kira sokongan orang bukan Melayu jika ada penurunan tidak begitu besar tetapi yang harus diperhatikan sokonga orang Melayu," katanya.

Penduduk di Hulu Selangor kata beliau majoriti tinggal luar bandar kemungkinan pemikiran mereka berbeza denganpenduduk di bandar.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP