Kerajaan Pusat bersengkoko dengan Syabas?
Musafir di Mindanao bersama Yayasan Amal Malaysia
>> Sunday, November 21, 2010
Yayasan Amal Malaysia diketuai Naib Presiden, Dr Rani Osman telah menjalankan program Kurban dan aqiqah di Selatan Mindanao, Filipina.
Degelasi diurukan oleh Pengerusi Yayasan Amal Terengganu, Dr Suhazeli Abdullah berada di Mindanao selama empat hari, bermula Aidil Adha pertama iaitu hari Selasa.
Penerbangan kami dari LCCT jam 1 pagi Selasa dan sampai ke lapangan terbang Manila jam 5 pagi. Kami disambut oleh wakil NGO Islam dan dibawa menunaikan solat Aidil Adha di masjid serta menyaksikan program kurban.
Seterusnya kami di bawa ke restoren Islam. Jam 3 petang kami meneruskan penerbangan ke Mindanao. Program kurban yang dianjurkan Yayasan Amal telah dilakukan di kampung yang penduduknya majoriti Islam berhampiran dengan Zamboanga (barat Mindanao)
Perjalanan kami selama di Mindanao dikawal oleh polis. Mereka sentiasa menjaga keselamatan kami. Yayasan Amal turut melakukan program kesihatan percuma di kampung Islam.
Siapa Khasim?
>> Tuesday, November 9, 2010
Sebelum menjadi `YB' beliau gemar menaiki motor dan minum di gerai kopi atau cendol di bawah pokok. Sikap itu tidak pernah dibuang bahkan terus dilakukan sehingga dikagumi oleh ahli dan pimpinan Umno Kawasannya.
Galas kemenangan Ku Li bukan BN
Muslimat bantu mangsa banjir
>> Monday, November 8, 2010
>> Tuesday, November 2, 2010
Petai, Untuk Wanita Yang Datang Bulan | ![]() |
|
Umno terdesak beli undi pengundi DUN Galas
>> Monday, November 1, 2010
Remaja umur 12 tahun mati kerana menjalin hubungan seks dengan 3 remaja lelaki
30/10/2010 Share

Oleh Dr Lo' Lo' Ghazali
Tergamam dan tidak tahu mana nak mula, sudut mana nak dikupas, bab mana nak dianalisa.
Buang bayi dari atas flat, pelajar campak bayi dari kolej kediaman, tiba2 semalam dikejutkan dengan berita yang lebih buruk.
REMAJA 12 TAHUN SANGGUP PANJAT BUMBUNG FLAT KEDIAMAN UNTUK BERASMARA DANA DENGAN 3 REMAJA LELAKI.
Mereka bukan remaja bodoh tapi bermaklumat sebab dijumpai juga beberapa keping kondom yang tentulah bermaksud 'for safe sex'. Safe from STD, HIV, AIDS. Safe from unwanted pregnancy.
Guna kondom untuk 'seks yang selamat'. Selamat dari penyakit yang disebarkan melalui seks rambang, selamat dari HIV dan AIDS. Paling penting selamat dari termengandung.
Namun ketentuan Allah mengatasi segala2nya. Remaja perempuan remaja sunti 12 tahun ini tidak selamat apabila jatuh dari balkoni lalu MAUT ketika cuba melarikan diri setelah menyedari aktiviti mereka telah dikesan oleh orang-orang dewasa kediaman tersebut.
Astaghfirullah, apa lagi perkataan yang paling sesuai digunakan untuk menerangkan tragisnya peristiwa ini. Apakah cukup kita ni setakat menggeleng2 kepala.
Hai bapa2, ibu2, guru2, penjaga kepada remaja. JANGAN PERCAYA remaja kita 100%. Saya sangat cemburu anak2 remaja saya. Semasa mereka menginjak umur remaja yang penuh perasaan ingin tahu, rasa cinta dan nafsu yang membuak2 ditambah dengan pendedahan kepada dunia IT tanpa sempadan,saya sentiasa pantau secara lagsung.
Kalau hantar tuisyen, kadang2 datang balik 1/2 jam kemudian untuk pastikan anak ada dalam kelas. Bila ada peluang, buka hanfon untuk semak sms yang dihantar dan diterima, nombor2 panggilan dan sekarang kena cek gambar2 (dulu2 zaman remaja anak2 saya hanfon belum canggih sangat).
Remaja saya tidak saya lepaskan hatta ke KLCC yang hanya sejarak 2 stesyen jauhnya dari rumah saya. Kalau nak pergi untuk tujuan apa dan sudah tentu diiringi Mama atau dan Babah.. Mereka kadang2 malu, sebab kawan2 kata macam orang dolu2, kolot.
Tidak kira anak lelaki atau perempuan, sama sahaja cara saya mendidik dan membesarkan mereka walaupun sudah tentu ada perbezaan dari sudut biologi dan perbezaan jantina.
Sehinggalah mereka berumur 20 tahun keatas, dan setelah kami suami isteri meyakini kebolehan, kematangan dan kedewasaan mereka untuk menjaga diri, barulah mereka diberi lebih kebebasan untuk mengendalikan urusan kehidupan mereka sendiri.
Banyak sebenarnya yang kami suami isteri lalui bersama dalam mendidik dan membesarkan anak2. Kami melabur dalam pendidikan mereka sehingga kami tidak pernah hidup mewah walau pun dua2 Doktor Perubatan.
Sedaya upaya kami ikut sepenuhnya ajaran Alquran dan AsSunnah sebab kami yakin dan sewajarnya semua ibubapa Islam wajib yakin didik anak cara Islam itulah yang selamat untuk mereka menghadapi dunia dan akhirat.
Berbalik kepada cerita sedih tadi, taaziah kepada keluarga remaja perempuan yang terbunuh. Moga Allah ampunkan dosa dia kerana mungkin terlalu muda untuk sempat membezakan buruk baik, ibu bapanya saya percaya sudah cuba mengikut kemampuan mereka.
Apa nak dikata, kejahilan merata2. Kalau sampai isteri pemimpin tinggi negara pun tidak tahu membezakan Islamic dengan nonIslamic situation yang membawa kepada penghinaan kepada Islam, apa lagi pilihan kita ada.
Rakyat mesti berani buat perubahan, jika Najib ajak Ahli UMNO pertahan PutraJaya walau bercerai daging dari tulang, kita rakyat yang cintakan syariat Islam, keadilan dan Kerajaan yang Bersih mesti kerja kuat, kerja smart, kerja sungguh2 untuk beri kesedaran kepada rakyat untuk beri peluang kepada PR untuk menerajui pemerintahan negara dan melakukan 'Real genuine transformation'
Mahyuddin Di Sisih,Rosmah Pemangku PM ?![]() |
Posted on Monday, November 01 @ 08:17:07 PDT by paktam ![]() Oleh Angkasanuri 1Malaysia dah tahu, PM tak sihat. Katanya kena tanda-tanda awal demam ca Kalau bukan TPM maka mereka yang sewaktu dengannya mengikut hieraki kuasa dalam kerajaan. Kalau susah sangat, suruh je setiausaha PM tolong gantikan tempat PM. Isteri PM sepatutnya berada di sisi PM, lebih-lebih lagi bila PM sakit ! Tanya budak sekolah menengah pun tahu. Tetapi kat Malaysia amalan ini nampak pelik dan terbalik. Ketika PM tak sihat atau bercuti yang ganti ialah isteri PM. Misalnya dalam majlis rasmi di Brickfields semalam, isteri PM Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield. Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini. Bahagian protokol di JPM kena jelaskan apakah selepas ini isteri PM akan terus jalankan tugas PM ? |
Lantang Dr Lo'Lo' untuk angkat Muslimat
Petrol naik senyap Umno takut pengundi lari
KUALA LUMPUR: Timbalan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof
mengingatkan seluruh rakyat khususnya pengundi di DUN Galas dan Parlimen
Batu Sapi supaya menolak terus kepimpinan Umno-BN kerana terbukti menipu rakyat.
Ini kerana kata beliau, kenaikan harga petrol RON 97 pada tengahmalam 2
november tanpa sebarang pengumuman dibuat oleh pihak kerajaan BN membuktikan pengkhianatan Umno-BN terhadap rakyat kerana mereka takut kehilangan sokongan.
"Mereka takut sekiranya kenaikan itu diumumkan ia akan menjejaskan pengundi tidak memberi sokongan kepada calon Umno-BN di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi," tegasnya.
Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, tindakan itu bukti kejahatan atau sikap pimpinan Umno yang tidak menghormati suara rakyat "Kita terkejut dengan kenaikan RON 97 sebab dalam sidang Dewan Rakyat tidak dikemukakan begitu juga dalam Bajet 2011 yang dibentangkan oleh PM," tegasnya.
Kerajaan Umno-BN tambah beliau memang tidak menghormati sidang Dewan Rakyat kerana ahli Parlimen khususnya Pakatan Rakyat tidak diberi maklumat tentang kenaikan tersebut.
"Saya menyeru kepada semua rakyat khususnya pengundi di DUN Galas dan Batu Sapi menolak kepimpinan Umno-BN yang sengaja menyembunyikan perkara yang berkaitan dengan kepentingan rakyat," tegasnya.
Walaupun kata beliau kenaikan itu 5 sen namun kesan kenaikan itu amat besar terutama bagi pengangkutan dan harga barang-barang lain.
Beliau menegaskan kerajaan Umno-BN memang menipu rakyat kerana sanggup menaikan petrol dalam keadaan ekonomi yang menekan kehidupan rakyat.
Ini satu pembohongan yang jelas katanya kerana bertentangan dengan slogan `Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'. Read more...