>> Saturday, April 30, 2011


YB yang ku kenali...

Foto dan teks: SAIDAH HAIRAN

KEHEBATAN pimpinan PAS sanggup bertugas di mana-mana tanpa memikirkan `status' sebagai `Yang Berhormat' atau wakil rakyat yang perlu disanjungi. Gelaran `Yang Berhormat' tidak menjadikan jarak antara mereka dengan rakyat. Jauh sekali mendabik dada.

Nun jauh di bumi Kenyalang (Sarawak), penulis berkesempatan mengekori tiga pimpinan PAS yang bergelar `Yang Berhormat'. Namun, gelaran Yang Berhormat itu tidak menjadikan mereka `berlagak dan sombong'.

Dr Mohd Hayati Othman menjadi ahli Parlimen Pendang, Kedah dari tahun 2004 sehingga sekarang. Sekali pandang agak pendiam orangnya. Ketika ditemui di kampung Sembogan, DUN Subuyau, beliau sedang memanggang daging ayam bersama penduduk kampung.

Walaupun pernah berjawatan doktor dan kini dipanggil YB, Hayati tidak pernah berasa `besar diri' sehingga lupa dengan kerja-kerja kampung.

Ketika melihat penduduk kampung membawa dua tandan pisang tanduk daripada sampan, beliau terus membantu mengangkat pisang tanpa disuruh. Beliau tidak kekok mendampingi orang kampung di DUN Subuyau.

Pangkat dan status sebagai YB tidak membezakan beliau dengan orang kampung. Beliau sanggup tidur bersama jentera PAS dan tidak meminta untuk tinggal di apartment atau hotel. Apa yang dimakan dan kesusahan yang dirasai oleh jentera PAS, Hayati akan memikulnya bersama.

Sikap ramah dan mudah mesra dengan penduduk menyebabkan beliau disenangi. Walaupun baru berada di Subuyau, anak-anak muda serta kanak-kanak amat menyenanginya.

Bagi Adun Kubang Rotan (Kedah), YB Nasir Mustafa slogan `Saya bersama anda' bukan hanya untuk rakyat Kedah tetapi untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Kehadiran beliau untuk sama berkempen dengan jentera PAS Kedah memeriahkan lagi suasana untuk terus berdamping dengan masyarakat DUN Subuyau.

Warga tua dihormati, golongan muda dikasihi manakala anak-anak disayangi. Wajah manis dan mudah tersenyum itu menyebabkan sesiapa sahaja yang menemuinya akan berasa senang.

Nasir mula melibatkan diri dalam perjuangan PAS pada tahun 1995. Sebelum bergelar YB, beliau belektronik dan eletrik. Mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan serta seorang isteri yang bekerjaya.

Harapannya amat tinggi bukan sahaja untuk melihat masyarakat Kubang Rotan hidup senang tetapi rakyat di Sarawak dapat menikmati segala kemewahan negeri itu.

"Saya mahu melihat semua masalah yang selama ini menjadi masalah kepada masyarakat dapat diselesaikan, saya berusaha untuk bersama-sama dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.

Seorang lagi Adun yang cukup merendah diri, YB Khasim Abdul Aziz, wakil rakyat Lembah Jaya (Ampang, Selangor). Dengan gaya yang `sempoi' berselipar pergi dari rumah ke rumah bersama jentera PAS Selangor meraih undi di DUN Sadong Jaya, Sarawak.

Walaupun sudah bergelar Yang Berhormat namun hatinya tetap bersama rakyat. Keutamaan rakyat mesti didahulukan. Baginya, tanpa rakyat siapa lah `Khasim'.

Beliau berkampung di Sadong Jaya bermula malam mengumumkan calon sehingga menjelang hari mengundi. Khasim tidak pernah meninggi diri, tutur kata tetap dijaga supaya tidak menguriskan perasaan orang lain.

Inilah keistemewaan wakil rakyat dan pimpinan PAS di mata rakyat.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP