>> Sunday, December 18, 2011

Thursday, December 15, 2011
Mahfuz pulak melampau

SEJAUH mana kita berbincang dengan Hasan Ali dalam soal pendapat yang bertentangan. Kenapa kita membelakangkan berpendapat dalam PAS.

Sejauh mana masalah perselisihan dan berpendapat dibincang sehingga masak dan dapat merumuskan kepada jalan yang lebih baik. Apakah sudah ada perdebatan?

Tetapi kenapa celupar sangat pemimpin Pas sehingga mencabar ahli Pas lain keluar dan sertai Umno. Apakah Pas hak dia?

Pas berusaha menarik pemimpin dan ahli serta golongan yang tidak berparti sama ada professional atau aliran mana sekali pun sertai Pas tetapi tiba-tiba Mahfuz seolah cabar orang Pas keluar parti dan suruh sertai Umno.

Ingat jangan sampai sejarah lama berulang. Sejarah Datuk Asri keluar Pas dan sertai Umno…

Mahfuz: Hasan Ali boleh keluar PAS sertai Umno jika mahu

December 15, 2011

KUALA LUMPUR, 15 Dis — Bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini termasuk berhubung desas-desus kemungkinan digugurkan daripada menjadi calon, boleh keluar parti Islam itu dan menyertai Umno jika mahu, kata Datuk Mahfuz Omar.

“Itu terserah kepada beliau (jika mahu meninggalkan parti). Bagi saya, ini negara demokrasi, setiap orang ada hak untuk memihak parti yang mereka pilih,” kata Naib Presiden PAS ini kepada pemberita pada sidang media hari ini.

“Tetapi sama ada beliau benar-benar berkata (mahu meninggal PAS), (saya) tidak tahu,” kata beliau lagi.

Hasan (gambar), yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

“PAS tidak pernah membantah (jika ada mana-mana ahli mahu meninggalkan parti). Ia satu demokrasi. Itu hak mereka,” kata Mahfuz lagi.

“Hasan Ali bersedia untuk memberi sokongan beliau kepada parti yang berjuang bagi hak orang Melayu. Tindakan beliau mahu memperjuangkan Islam adalah baik, PAS juga memperjuangkan Islam,” katanya lagi.

Ditanya sama ada partinya akan merasakan satu kehilangan jika Hasan keluar, Mahfuz berkata, “PAS pernah melalui banyak kehilangan dalam kepimpinan (sebelum ini), tetapi PAS terus bergerak.”

“Kami tidak mengejar orang, kami mempelawa mereka,” katanya lagi sambil menambah, “saya tidak meminta sesiapa meninggalkan parti.”

“Kami meminta mereka bersatu dan membangunkan parti. Tetapi jika mereka mahu meninggalkan parti, saya tidak akan menahan mereka,” katanya lagi.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP