>> Thursday, January 5, 2012

Nasihat Mohd Sabu kepada Hasan Ali
Posted on Thursday, January 05 @ 16:27:17 PST by tokdalang

Berita KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menasihatkan seluruh ahli dan http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/06/mat-sabu.jpgkepimpinan PAS, khususnya AJK PAS Pusat, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali agar tidak mengkritik dasar mahupun keputusan parti terutama nya menggunakan medium musuh (Umno).

Sebaliknya sesiapa yang tidak berpuas hati dengan sebarang keputusan membabitkan perkara yang te lah ditetapkan melalui Muktamar PAS, mereka haruslah ‘beruzlah’ atau mendiamkan diri, katanya.

Menurut Mat Sabu, sejak dahulu lagi, kepimpinan mahupun ahli PAS yang tidak bersetuju dengan sebarang keputusan PAS mengamalkan sikap berdiam diri dan tidak mengkritik melalui medium musuh.

Dalam keputusan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) semasa zaman Dato’ Asri Muda, meskipun ada beberapa pimpinan dan ahli tidak berpuas hati dengan pendekatan PAS ketika itu, namun mereka berdiam diri sahaja, katanya.

Begitu juga semasa mengangkat keputusan bersama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dengan bekerjasama dengan Semangat 46, ada juga ahli yang tidak setuju, katanya.

Namun mereka berdiam diri dan mengambil tindakan untuk tidak aktif sebentar dengan parti, sebaliknya apabila keadaan reda, mereka kembali aktif, katanya.

Dalam perkembangan terbaharu pula, beliau menasihatkan pihak-pihak yang terbabit agar berdiam diri dan sebaiknya berbincang secara dalaman untuk menyampaikan pandangan.

“Nasihat Abang Mat, adalah lebih baik berdiam diri, ataupun sedia berbincang secara dalaman biarpun dengan suasana yang panas dan tegang, agar ia tidak menjadi bahan untuk musuh menyerang kita,” ujarnya.

Read more...


Dr Hasan dah angau

Kritikan

Oleh Adnan Ibrahim

AMAT meluat dengar steatment Dr Hasan Ali bila beliau sudah tidak faqeh, tak cerdik berpolitik dan tidak kenal mana sasaran.

Saya tidak pasti sama ada dia baca atau tidak kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang bila menyentuh tentang perselisihan beliau, Mustafa Ali, Saari Sungip dan Nasharuddin Mat Isa.


Kalau dia baca maknanya dia memang tidak cukup feqah (kefahaman). Kalau dia tidak baca memang dia meletakkan dirinya dalam kejahilan. Rugi orang yang berpendidikan tetapi meletakkan dirinya taraf itu.

Kalau dia faham, feqah rasanya dia akan berpolitik secara bijaksana. Bukan berdepan dengan media tetapi membuat kenyataan menyerang rakan seperjuangan dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani. Kalau dia masih orang PAS Selangor Dr Rani tu pemimpinnya.
Saya nak hentam ni pasal baru balik dari menghadiri sidang media beliau di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Saya hormati dia punya pandangan tetapi ia tidak patut bagi beliau dalam PAS dan bekerjasama dengan PKR meluahkan pendapat beliau pada media.

Kalau beliau anggap kes Anwar adalah peribadi, ia boleh dibincang dalam PAS, bahas dalam mesyuarat PAS. Kenapa perlu bercakap kepada media? Kenapa tidak jaga hati rakan kita?

Memang saya akui ramai juga pemimpin PAS berpendapat seperti beliau tetapi kebanyakkan pemimpin feqah uslub dakwah yang perlu diambil kesempatan oleh PAS. Kenapa Dr Hasan Ali amat tidak cerdik? Apakah terlalu kuat otaknya dipengaruhi Suwardi.

Memang kes Anwar kes peribadi tetapi ia berkait dengan qazaf dan hudud yang diperjuangkan PAS. Sepatutnya inilah masa yang perlu PAS perjuangkan untuk menegakkan keadilan hudud. Tetapi Hasan tidak fekah. Itu yang rugi.

Mewar-warkan qazaf dan hudud supaya umat Islam faham undang-undang Islam. Kita ambil kesempatan daripada rakyat yang sedang membicarakan system kehakiman yang tidak adil.

Hasan perlu faham kes Anwar kalau dibicara perlu dibawah qazaf kerana pertuduh tidak bawa empat saksi. Saksi yang ada sekarang saksi teknikal bukan saksi sah untuk hudud.

Saksi teknikal hanya untuk takzir. Memang Anwar boleh dibicara dibawah takzir tetapi sebelum dibicara dibawah takzir, kes dia kena dibicara dibawha qazaf terlebih dahulu.

Ini Hasan Ali kena mengaji lebih sikit ni. Dia tidak fekah lalu dia tuduh kes Anwar kes peribadi. Ini aku geram ni… kalau aki geram aku kata mu bodoh Hasan Ali.

Daripada situ kita boleh lihat kes Anwar tidak memberi keadilan kepadanya. Pasal perbicaraan dia jauh daripada sistem Islam. Memang tidak adil. Yang adil hanya Islam.

Hasan Ali kata nak perjuangkan Islam tetapi hal ni pun tak faham. Macam mana ni…?
Hasan kata kenapa kita bercakap tentang dia? Ada banyak lagi masalah pembangunan dan kepala kita yang perlu memikirkan tentang kejuruteraan memajukan negara.

Macam Korea, Taiwan dahulu kebelakang daripada kita tetapi mereka lebih maju daripada kita. Itu betul la Hasan sebab pemimpin negara kita juga dok asyik berfikir macam mana nak menjatuhkan musuh politik mereka.

Jadi Hasan tidak patutlah hendak menolak isu ini kerana isu ini akan sentiasa dimainkan oleh mereka yang tamak kuasa, tamak kekayaan sebagaimana diterangkan dalam al-Quran. Ini pun Hasan tidak faham.

Sebab itu nak jadi negara maju dan bertamadun kena buang mereka mereka yang ada perangai macam ni.

Perangai bunuh orang, kaut kekayaan sendiri, asal aku je yang senang orang lain biar susah. Ni kawan Hasan ada perangai macam ni. Jadi cek la tak yah gi jauh.

Adanya perangai-perangai macam tu, itu sebab rakyat terus susah. Yang kaya macam Hasan Ali dan rakan sewaktu dengannya.

Bila dia cakap macam tu, saya memang ada hasrat nak jumpa dia sorang sama sorang. Saya nak hujah yagn dia kata itu kes peribadi Anwar.

Saya akui itu memang kes peribadi tetapi ia ada kaitan perjuangan PAS sekiranya mahu memperjuangkan qazaf, hudud dan undang-undang jenayah Islam.

Maka bagi saya perlu kepada orang perjuangan memberi kesedaran kepada rakyat yang belum sedar. Jadi turun pada 9 Januari ini memang kerja betul untuk war-warkan kepada rakyat bahawa sistem undnag-undnag negara pincang tidak betul. Lainlah kalau kepada Hasan Ali kata betul.

Selain itu kita mahu sistem kehakiman yang adil bukan dipengaruhi kuasa eksekutif. Kita kena fekah kerana inilah Islam itu datang dan berjaya. Bukan kerana tangkap orang minum arak dan berkhalwat. Tetapi kepincangan tamadun manusia.

Satu lagi yang saya nak gelak Hasan Ali cakap kemajuan dan pembangunan jangan bercakap hal kes liwat tetapi beliau buat kerja tangkap orang khalwat tangkap orang minum. Bukan fikir macam mana nak majukan bangunkan umat Islam. Kalau nak cakap la bukan saya tak setuju operasi itu tetapi sikap Hasan tu bila tang dia ok bila tang orang kata peribadi.

http://nanbinjai.blogspot.com/

Read more...

MOh pakat-pakat p

>> Monday, December 19, 2011

Read more...

TG Dato’ Harun Taib : “Jauhi Tuduh Menuduh dan Kita Sayang Kepada Semua Ahli Kita”
Sabtu, 17 Disember 2011 11:26 Webmaster DUPP
E-mail Cetak PDF

Kuala Lumpur, 17hb Dis 2011. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato’ Hj. Harun Taib meminta agar semua ahli PAS tidak tuduh menuduh di antara satu sama lain sesama ahli jamaah kerana kita sayang kepada semua ahli kita tanpa membezakan di antara satu sama lain.

Demikian tegas beliau ketika mengulas tentang perkembangan terkini PAS sepertimana yang hangat diperkatakan oleh media massa sejak mutakhir ini.

"Menyayangi ahli kita adalah satu tanggungjawab syar'ie dan kita hendaklah berusaha agar mereka tidak lari daripada ikatan jamaah Islam, usaha ke arah menyayangi mereka dan 'mengekal'kan mereka dalam jamaah adalah satu yang wajib dilakukan dalam hidup berjamaah, ini adalah prinsip perjuangan PAS yang bersandarkan kepada ajaran Islam" ujar beliau lagi yang juga merupakan Adun Manir.

“Kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencari ahli untuk menambahkan keahlian PAS, maka sudah tentu kita bertanggungjawab di sisi Allah untuk menjaga ahli dan menyayangi mereka sebagai ahli jamaah sepertimana yang terkandung dalam dalam prinsip perjuangan kita yang berdasarkan kepada tuntutan Islam” tegas beliau lag

Read more...

Renong sejenak...

Haron Din Perlu Beri Air Jampi Kepada Pas
Posted on Monday, December 19 @ 15:48:41 PST by paktam

Penulis Tamu

Oleh Mohd Sayuti Omar

Semuanya kerana kenyataan balas mereka berdua Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa terhadap kenyataan-kenyataan atau komen mengenai mereka yang dimulai oleh Ketua Penerangan Pas Selangor Saari Sungib yang mendedahkan Hasan tidak mendapat cukup pencalonan untuk dicalon dalam pilihan raya ke-13.

Saya awal-awal sudah mengatakan tindakan Saari itu tidak bersifat politik dan beliau jujur yang tidak bertempat. Gara-gara kenyataan beliau atau lebih tepat kerana gatal mulut (berdasarkan atas fakta) menyebabkan timbul polimek mengenai kedudukan Hasan Ali dalam Pas dan sempat mengelisahkan ahli dan penyokong bawahan.

Ia menjadi tambah 'rewel' lagi apabila Hasan membuat kenyataan sinis kepada Pas yang kemudian membuka hati Mustapa Ali untuk menjawab sama yang menghangatkan lagi situasi.

Barang kali tidak pelik kalau Mustapa Ali membelasah Nasharudin dan Hasan Ali. Politik yang licit dan munafik begitulah. Kita perlu mengodam kawan yang dilihat bersalah untuk menampakkan kita benar dan tidak bersubahat. Mustapa terkenal sebagai seorang ahli politik yang pandai mengambil kesempatan, menyelam dan menggali pasir dari bawah dasar laut.

Saya sendiri faham kenapa kalau Mustapa baham Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa. Walhal beliau boleh mengambil sikap mendiamkan diri dari membuat kenyataan seperti tikus membaiki labu. Itulah kalau kita ada masalah kesihatan yang cuba hendak memberi nasihat kepada orang lain makan ubat sama. Hasilnya kita akan diserang balik ataupun menyebabkan sakit kita akan kelihatan.

Menyentuh isu Hasan Ali dan Nasharudin ini saya ada sedikit pandangan. Keadaan hari ini mungkin reda tetapi ia tidak menamatkan sengketa. Hasan Ali dan Nasharudin boleh berakhir dengan mereka tidak akan bersama Pas kalau pun tidak menyertai Umno. Jaminan "saya sayangkan Pas, sukar untuk saya tinggalkan Pas dan bla-bala", bukan jaminan mutlak. Orang Pas tidak boleh merasa yakin dengan pernyataan begitu dari Hasan dan Nasharudin.

Atas sifat politik sesiapa pun tidak akan jujur dalam percakapan melainkan ia akan dipolitikkan. Beza sedikit dan banyak saja.

Bagi Pas walaupun busuk mana Hasan Ali dan Nasharudin kalau mereka tidak bersama Pas ia merugikan Pas. Politik itu berhubung dengan angka! Sikap dingin mereka atau penjauhan dari Pas akan digunakan oleh Umno untuk memburukan Pas kepada mata umum. Sebagai musuh Umno akan melihat Hasan Ali dan Nasharudin sebagai intan dan permata. Mereka akan pujian kilauan Hasan dan Nasharudin kandati mereka sendiri tidak begitu berminat untuk mengambilnya sebagai mata cincin dalam politik.

Tetapi rakyat dibawah akan menjerit dan mengeluh kesal. Apa lagi rakyat yang melihat jasa-jasa kecil mereka berdua akan merasa kecewa kalau Hasan dan Nasharudin sudah 'terkanyar' dari jemaah Pas. Kalau hati rakyat begitu diusik boleh menyebabkan rakyat (penyokong) Pas tawar hati untuk aktif dalam Pas. Suatu hakikat yang perlu diterima baik Hasan dan Nasharudin mereka juga ada pentaksud masing-masing.

Adalah tidak bijak kalau Pas membiarkan Hasan dan Nasharudin apa lagi menghalau mereka keluar dari jemaah Pas. Biarlah mereka. Kalau pun tidak mahu guna jangan kecam dan burukan mereka. Dengan cara itu mereka tidak akan melakukan sesuatu merugikan Pas kalau pun mereka tidak menjadi pembela setia Pas.


Hendak tidak hendak isu Hasan Ali dan Nasharudin kena diselesaikan. Dalam hal ini orang yang boleh mendamaikan hati mereka berdua ialah Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din. Inilah tokoh yang akan boleh diterima pandangannya oleh banyak pihak. Dengan pendekatan, zuhud dan tawaduk, ketokohan sebagai pemimpin dan ulamak Haron Din dia boleh jadi pendamai.

Saya juga yakin dan percaya Hasan dan Nasharudin lebih berwala dan mersa kepada Haron Din berbanding dengan Nik Aziz atau Abdul Hadi Awang. Bagi mereka Haron Din adalah mursyidul am dan presiden Pas. Jauh dari itu kawan yang senantiasa mereka hormati dan segan serta tempat merujuk atau melepas rajuk. Atas kedudukan ini Dr Haron Din boleh memainkan peranan menyelesaikan isu mereka. Haron Din boleh menggunakan perubatan Islam (Darul Syifat) untuk menyembuhkan hati Hasan, Nasharudin serta individu lain yang juga kelihatan sama sakit.

Elok Haron Din panggil mereka dan bagi sebotol seorang air jampi. Kalau tidak Haron Din boleh jampi di udara dan biarlah angin yang sudah siap dijampi itu memasuki rongga mereka itu semua.

Saya merindui untuk mendengar komen Haron Din dalam hal ini. Walaupun Ketua Dewan Ulamak Harun Taib memberi komen dan nasihat tetapi ia tidak berapa didengari sangat kerana orang juga mengenali siapa dia Harun Taib yang menjual kambing kepada Mat Said itu. Kalau boleh dan tergamak Harun Taib juga perlu meminum air tawar Haron Din.

Read more...

Isu Dr Hassan & Ust Nasha: Antara Istiqamah & Berhikmah
Posted on Sunday, December 18 @ 09:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Komentar Oleh: ustaznik

"Hasan Ali dan Nasharudin Mat IsaHamba tidaklah mahu menulis sebuah warkah

Buat pimpinan pusat yang lebih mengetahui benar dan salah

Cuma sedikit pandangan dari ahli jemaah

Disampaikan dalam sebuah madah.

.

Hamba kenal Dr Hasan & Ust Nasha dahulunya sebagai mereka yang tabah

Pernah ke kerusi Naib dan Timbalan masing-masing dalam hirarki jemaah

Ia adalah taklif, bukan tashrif, itulah yang sentiasa dipesan dalam ceramah dan usrah

Oleh mereka berdua dalam pelbagai program menjadi panel dan penceramah


Tiada laut yang tidak bergelora

Tiada diri yang semuanya sempurna

Tiada parti dan jemaah yang seratus peratus aman sentosa

Tiada musuh dalaman dan luaran yang duduk saja


Kami tidak tahu perkara sebenar yang berlaku

Tapi harapan kami supaya perjuangan yang sedang dipangku

Dipelihara Allah ahli dan pemimpinnya dari diperlaku

Secara salah oleh musuh yang sedang mengintai mengalih isu


Bagi mereka berdua-secara peribadi-agar Istiqamah

Dalam perjuangan Islam bersama bahtera PAS yang lama dinaiki sudah

Gugurlah dalam perjuangan ini, bukan di luarnya akibat tak puashati atau ammarah

Kerana Syaitan mencari sebab agar cita-cita suci menjadi musnah



Kepada pimpinan PAS Pusat/harakah biarlah berhikmah

Mengeluarkan kenyataan/artikel yang menyelesaikan, bukan menambah masalah

Kaji dan belajarlah dari Junjungan Nabi dan Sirah

Fatanah (Bijaksana) adalah mutiara bagi kita penggerak jemaah



Kami yakin dengan semangat syura

Laksanakan dalam isu ini dengan segera

Selesaikan, agar musuh akan kecewa

Kemenangan akan datang InsyaAllah akhirnya!"

Read more...

Mari renong sejenak...

>> Sunday, December 18, 2011










Aktiviti bekas PJ PAS Selangor...

Dato' Dr Hasan ketika kempen di Sarawak...

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP