Sekitar penamaan calon

>> Thursday, October 28, 2010















































































Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama isteri calon Zainab. Diiringi Timbalan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof. Pimpinan Muslimat mengiringi isteri calon dari perkarangan masjid selepas menunaikan solat Hajat yang diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Read more...

Himpunan isu tanah Sabah bukti keseriusan PAS bela rakyat

>> Wednesday, October 27, 2010


SANDAKAN: Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah mencatat sejarah dalam PAS kerana merangsang keberanian rakyat terutama mereka yang terlibat dengan rampasan tanah untuk menentang kezaliman kerajaan BN.

Insiatif mengadakan himpunan oleh Lajnah Tanah Pembangunan Wilayah PAS Pusat dipengerusikan Mazlan Aliman mendapat sokongan padu daripada rakyat Sabah.

Lebih 2000 masyarakat Sabah daripada pelbagai kaum menghadiri himpunan tersebut di dewan Hakka, B 6 Sandakan, Sabah, 24 Oktober lalu.

Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah merasmikan himpunan yang pertama kali diadakan di Sabah. Turut hadir Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; AJK PAS Pusat, Taufek Abdul Ghani; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Omar; Pesuruhjaya PAS Sabah, Muhammad Abdullah; Timbalan, Hamzah Abdullah; Ketua Umum KeADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim serta Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali; Pengerusi DAP Sabah, Dr Hiew King Chew.

Mazlan ketika berucap mengingatkan rakyat Sabah supaya yakin dengan kehadiran PAS di Sabah untuk membetulkan segala kepincangan dan kecelarudan dalam dasar pemilikan tanah.

Katanya, PAS mencadangkan supaya semakan dibuat ke atas semua keputusan yang telah menafikan hak pribumi dalam pemilikan tanah yang telah mereka usahakan sejak sekian lama.

"PAS bertekad akan mengembalikan hak masyarakat pribumi yang tanah mereka dirampas dan diberikan kepada syarikat kronik Umno-BN," tegasnya.

Menurut beliau, rakyat Sabah tanpa mengira daripada suku kaum perlu berkeyakinan bahawa kehadiran PAS di Sabah jauh berbeza dengan kehadiran Umno-BN dan parti lain dalam komponen BN.

Beliau menjadikan kejayaan PAS ketika memerintah Terengganu tahun 1999, Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya menyelesaikan 60,000 permohonan tanah yang tertunggak ketika di bawah kerajaan BN.

"Dato' Seri Abdul Hadi telah mengembalikan hak orang Cina yang dinafikan oleh kerajaan Umno-BN selama 40 tahun untuk menternak babi sekadara yang diperlukan dengan tujuan makanan mereka," tegasnya.

Kata beliau, jika rakyat Sabah melihat keadilan yang diterajui PAS di Kelantan dan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah, Pulau Pinang makan PAS yakin akan berlaku perubahan besar di Sabah dalam pilihan raya umum nanti.

Beliau memaklumkan antara kes yang berlaku di kampung Ulu Marotai, Landau, Tawau (kawasan hutan simpan Ulu Kalumpang) 540 orang dengan tanah seluas 8,000 hektar.

Tanah itu katanya diusahakan awal 80 an di zaman Ketua Menteri, Dato' Haris Salleh dan rakyat mendapat 14 hektar seorang.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan Sabah melalui Jabatan Perhutanan telah membakar rumah penduduk pada tahun 2003 dan 2004 serta membuat tangkapan, mencuri peralatan pertanian, mengambil binatang ternakan dan sebagainya.

Kesan perbuatan itu, katanya wakil penduduk telah menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Sabah pada 18 Mac di parlimen tetapi hanya Setiausaha Politiknya saja yang hadir.

Di akhir himpunan, Mazlan telah membacakan resolusi mengembeling tenaga bersama Pakatan Rakyat dan NGO untuk menggerakkan kesedaran rakyat.

Lajnah Tanah juga akan menubuhkan satu NGO bagi mengumpul maklumat; menyelaras dan menangani isu tanah di Sabah serta merangsang kebangkitan rakyat untuk menukar kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau yakin komitmen himpunan itu akan dibuktikan dalam kempen pilihan raya Parlimen P Batu Sapi (P185) bagi memastikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

Read more...

PAS pejuang isu tanah -Presiden


SANDAKAN: PAS memperkenalkan konsep Islam dalam menyelesaikan masalah tanah kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan konsep itu mesti diikuti oleh DAP dan KeADILan terhadap kerajaan yang mereka perintah.

Demikian ditegaskan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah, di dewan Hakka, B 6, Sandakan, Sabah, 24 Oktober lalu.

Dalam ucapan itu beliau berkata, kerajaan yang memerintah memegang amanah tanah dan hasil negeri tetapi mereka bukan tuan punya tanah atau tuan punya harta negeri.

Katanya, kerajaan hanya pemegang amanah untuk dibahagikan secara adil kepada rakyat atau menunaikan hak kepada rakyat.

Beliau menegaskan, mengikut Islam barang siapa yang meneroka tanah dan belum menjadi hak miliknya untuk meneruskan kehidupan sama ada rumah atau pertanian maka kerajaan perlu memberikan tanah itu kepada peneroka.

Bagaimanapun kata beliau, kerajaan boleh mengambil tanah rakyat jika ada urusan penting seperti pembinaan jalan raya, tetapi tanah yang diambil itu mesti diganti dengan wang atau tanah yang cukup.

Sekiranya dirampas begitu saja katanya dan menjadi masalah kepada kehidupan mereka yang meneroka tanah itu ia merupakan perbuatan zalim terhadap rakyat.

Beliau memaklumkan, Rasululah bersabda: "Barang siapa yang menzalimi sejengkal tanah akan dibelenggu di lehernya sejengkal tujuh lapis bumi pada hari kiamat."

Menurut beliau, PAS berpengalaman memerintah Kelantan, Kedah, Terengganu, Perak walaupun setahun.

"Di Terengganu dalam satu penggal PAS memerintah, kita bertemu dengan rakyat yang meneroka tanah sejak 80 tahun iaitu daripada tahun 1920. Dalam tahun 1999 mereka dapat semula tanah," jelasnya.

Menurut beliau, ada dikalangan mereka yang meneroka Felda selama 20 tahun menjadi pekerja atau hamba tanah tetapi mereka tidak mendapat hak milik.

Apa yang berlaku selama kerajaan BN memerintah Terengganu katanya, mereka menipu rakyat pada setiap kali pilihan raya umum dengan memberi borang untuk disign serta ditaburkan janji untuk mendapat hak milik tanah.

Bagaimanapun kata beliau, selepas pilihan raya hak milik itu tidak diberikan kepada rakyat.

Ketika PAS memerintah Terengganu katanya, walaupun dalam masa empat tahun PAS dapat memberikan hak milik tanah kepada hampir 60,000 rakyat Terengganu yang meneroka tanah.

"Di Kelantan, Kedah, Perak pun sama, saya percaya pengalaman PAS ini akan diterima oleh DAP dan KeADIlan," tegasnya.

Berhubung isu tanah di Sabah katanya, kerajaan yang memerintah tidak boleh menindas atau memunggah harta negeri sewenang-wenangnya selagi hak rakyat Sabah tidak diselesaikan.

"Mana-mana negeri yang kita perintah hasil negeri mesti dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negeri tersebut," katanya.

Beliau mengingatkan bahawa kerajaan yang memerintah negeri tidak boleh memindahkan zakat negeri tersebut ke negeri lain selagi masalah kemiskinan rakyat di negeri tersebut masih tidak diselesaikan.

Sehubungan itu, PAS akan mendesak supaya kekayaan di Sabah dan Sarawak dapat menyelesaikan kemiskinan dan pembangunan di negeri itu sendiri.

Dalam pada itu, beliau menganggap himpunan rakyat anjuran Lajnah Tanah Pembangunan Wilayah PAS Pusat, di pengerusikan Mazlan Aliman berjaya kerana setiap orang yang hadir bersemangat tinggi untuk membebaskan diri daripada terus dicengkam kerajaan BN.

Read more...

Tabung Bilik Berita Harakah dan DMPP

>> Tuesday, October 19, 2010




















Tabung rayuan ramadan anjuran Bilik Berita Harakah dan Dewan Muslimat PAS Pusat yang diwujudkan dalam bulan ramadan lalu, berperanan sebagai `perantara' antara penderma dengan golongan yang memerlukan.

Atas insiatif Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Osman tabung tersebut
diwujudkan di bulan ramadan memandangkan bulan tersebut penuh keberkatan dan
sekurang-kurangnya mampu meringankan bebanan golongan terbabit.

Walaupun tabung yang diwujudkan itu masih baru namun sambutan penderma
amat memberangsangkan.

Justeru, bagi merealisasikan hasrat penderma, Bilik Berita Harakah dengan
kerjasama Dewan Muslimat PAS Pusat telah menjejaki golongan yang memerlukan
dalam program `Mubarak Ramadan dan Syawal' sepanjang bulan ramadan dan
syawal.

Penglibatan Ahmad Lutfi yang masih dalam bercuti sakit untuk turut menyampaikan
bantuan kepada ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim serta pesakit membuktikan
keseriusan Bilik Berita Harakah memikul amanah tersebut.

Beliau amat prihatin dengan masalah kemiskinan serta kesusahan yang melingkari
kehidupan masyarakat.

Dalam keadaan fizikal yang masih dalam pemantauan pihak hospital, beliau turut
menemui pesakit tibi di Institut Perubatan Respiratori Hospital Kuala Lumpur.

Lebih 40 orang pesakit menerima dua jenis kuih manakala jururawat mendapat
hamper serta buku-buku agama karangan Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik
Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Bilik Berita Harakah turut menyampaikan sumbangan kepada 16 orang anak yatim
dari sekolah rendah Agama Al-Jamaiyyah, Air Panas, Setapak serta tahfiz Dar
Mahabbah, Selayang.

Ibu-ibu tunggal, golongan yang baru memelok Islam serta mereka yang memerlukan
bantuan turut diberi perhatian oleh wakil Bilik Berita Harakah di Selangor dan Kuala
Lumpur.

Muhamad Faris Azrai bin Abdullah, 26 yang telah memelok Islam selama empat
tahun antara penerima sumbangan tabung ramadan.

Keprihatinan Bilik Berita Harakah terhadap golongan yang memerlukan dilebarluaskan ke
Negeri Sembilan; Johor; Perak dan Melaka. Wartawan di negeri berkenaan menjadi wakil
Bilik Berita Harakah untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang terbabit.

Antara wartawan yang terlibat Johari Jaafar (Perak); Zaili Muhamad Imbiah (Melaka); Faiz
Gobi Abdullah (Negeri Sembilan) dan Salman Hussin (Johor).

Kesungguhan dan keprihatinan Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh
dan Ahmad Lutfi terbukti apabila mereka boleh berada dalam satu majlis penyampaian
bantuan di beberapa tempat.

Program pertama yang dianjurkan bersama dalam majlis `Mubarak Ramadan dan
Syawal' di surau orang Asal, Batu 10, Gombak iaitu menyampaikan sumbangan kain
pasang kepada 50 orang ibu-ibu tunggal serta makanan asas untuk kegunaan surau di
situ.

Begitu juga ketika menyampaikan sumbangan wang kepada 40 orang pelajar anak
yatim dan yang memerlukan serta barangan asas kepada Tahfiz Darul Furqan,
Padang Balang, Sentol.

Dewan Muslimat PAS Pusat diketuai Nuridah telah menjelajahi seluruh negara
antaranya Sarawak; Sabah; Kelantan; Terengganu; Perak; Johor; Negeri Sembilan;
Selangor dan Melaka.

Amat meruntun perasaan ketika mengunjungi sebuah rumah yang terlalu dhaif di
Gunung Semanggol, Perak. Siapa sangka rumah yang usang dipenuhi kain baju serta
perabut buruk masih didiami ibu tunggal, Basariah Lebak, 60, serta seorang anak
lelaki yang berpenyakit.

Sukar untuk mencari tempat yang selesa. Hanya ada satu sudut di ruang luar
tergantung kelambu yang sudah lusuh mungkin tempat dua beranak itu tidur. Mereka
bergantung harapan kepada bantuan jiran untuk meneruskan kehidupan.

Muslimat Pusat dan Bilik Berita Harakah akan mengunjungi mereka dua beranak bagi
meneruskan sumbangan.

Program Mubarak Ramadan dan Syawal diteruskan di Felda Taib Andak, Kota Tinggi
pada 4 Syawal. Lebih 20 buah rumah dikunjungi yang sebahagian besar ibu tunggal dan
golongan yang memerlukan.

Melihat kejayaan program Mubarak Ramadan dan Syawal, Ahmad Lutfi berazam untuk
menjejaki lebih banyak lokasi bagi menyerahkan sumbangan masyarakat yang memerlukan
supaya mereka dapat menikmati sedikit kesenangan.

"Alhamdulillah. Saya jangkakan untuk masa akan datang, insya-Allah ia mampu
mengutip dana lebih banyak, yang boleh diagihkan kepada lebih ramai khalayak,"
kata Ahmad Lutfi.

Sementara itu, Nuridah berkata memberi sumbangan kepada golongan memerlukan bukan
hanya dilakukan pada bulan ramadan dan syawal tetapi ia merupakan program kebajikan
berterusan.

DMPP dan Bilik Berita Harakah akan meneruskan menyampaikan sumbangan kepada
golongan yang memerlukan.

Sehubungan itu, sumbangan terus diperlukan. Mereka yang berminat untuk menyalurkan
sumbangan masukkan terus ke akaun Maybank : 564025400533 atas nama Parti Islam
SeMalaysia.

Read more...

Gelagat kanak-kanak...







Hai...kecil lagi nak mengurat ker? Pakai pampers lagi ker...

Read more...

Siri jelajah dedah kelemahan Umno Selangor

>> Monday, October 18, 2010


PANDAN: Roadshow gelombang selamatkan Selangor untuk menawan kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat sebenarnya mendedahkan kelemahan Umno yang tidak berupaya untuk mendapat sokongan rakyat di negeri termaju itu.

Senator Ezam Mohd Noor diberi tanggungjawab besar untuk memecahkan kepercayaan dan keyakinan rakyat Selangor dengan kemampuan kerajaan Pakatan Rakyat selama mentabdir dua tahun setengah.

Beliau digandingkan dengan dua pimpinan Umno Selangor, Ketua Pembangkang Dato' Seri Dr Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Bahagian Umno Selangor, Dato' Seri Noh Omar untuk melancarkan roadshow bagi siri kedua Oktober nanti.

Mengulas tentang serangan Umno, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad menegaskan serangan daripada sudut politik itu paling utama kerana selama ini Selangor diserang daripada sudut pentadbiran kerajaan negeri.

Selama dua tahun setengah kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir katanya, Umno mempertikai apa yang kerajaan negeri buat untuk menjaga kebajikan rakyat.

Menurut beliau, serangan yang dilakukan Umno itu sebenarnya lebih baik dan mendatangkan manfaat kepada PAS, DAP dan KeADILan untuk menyusun strategi dan gerak kerja bagi mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Serangan dan fitnah daripada Umno ini memang sudah saya jangka kerana Selangor merupakan negeri yang paling kaya, sebab itu Umno berhempas pulas mahu merampas kembali negeri ini," tegasnya.

Beliau bersedia menerima serangan dan fitnah daripada Umno kerana ia sebenarnya mendedahkan kelemahan Umno itu sendiri.

"Setiap anggota PAS, DAP dan KeADILan ada peranan masing-masing. PAS tetap memfokuskan 20 kerusi untuk dimenangi dalam pilihan raya nanti," katanya.

Beliau yakin serangan Umno berbentuk roadshow itu membuktikan bahawa Umno takut dengan kesedaran masyarakat bukan Islam iaitu Tionghua dan India yang telah menyokong PAS.

Ini berikutan katanya dengan pelancaran Kelab Penyokong PAS di mana Selangor sudah ada 19 Kawasan yang mempunyai Kelab Penyokong PAS.

"InsyAllah Selangor akan melancarkan Kelab Penyokong PAS di peringkat negeri," katanya yang juga Pengerusi Lembaga Kelab Penyokong PAS Selangor.

Iskandar yang juga Adun Chempaka berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyampaian sumbangan kewangan kepada 18 surau serta masjid di DUN Chempaka dan DUN Teratai, Parlimen Pandan.

Katanya setiap surau di bawah DUN Chempaka mendapat sumbangan sebanyak RM1,000 manakala masjid RM2,500.

Walaupun surau di bawah DUN Teratai bukan Pakatan Rakyat punya tetapi atas dasar keadilan kerajaan Pakatan Rakyat sumbangan turut dihulurkan.

Read more...

Umno kritikal terpaksa anjur gelombang kedua


GOMBAK: Siri jelajah selamatkan Selangor gelombang kedua yang dianjurkan Umno Selangor membuktikan bahawa Umno Selangor berada di tahap kritikal untuk menghadapi pilihan raya umum ke13.

Menurut Ketua Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan siri jelajah itu menunjukkan kegagalan gelombang pertama yang dilaksanakan di seluruh Selangor.

Katanya, PAS Selangor khususnya Muslimat tidak gentar dengan gelombang kedua itu yang kononnya Umno akan mendedahkan segala kepincangan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor hasil gabungan PAS, PKR dan DAP.

"Muslimat yakin rakyat Selangor menaruh kepercayaan kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang telah melancarkan program Memasyarakatkan Ekonomi Selangor (MES)," tegasnya.

Bagaimanapun kata beliau, Muslimat Selangor tetap bimbang dengan cara penipuan yang dilakukan Umno-BN terhadap masyarakat luar bandar.

Justeru katanya, Muslimat tidak akan duduk di zon selesa sebaliknya terus berhati-hati bagi menghadapi pelbagai strategi BN terutama serangan mereka terhadap kerjasama PAS dengan PKR dan DAP.

Wan Hasrina berkata demikian setelah melancarkan gerak kerja Helwa Selangor untuk kempen PRK DUN Galas bermula 22 Oktober hingga 4 November nanti di pejabat PAS Kawasan Gombak, Sabtu lalu.

Menurut beliau, Helwa Selangor akan turun setiap hari seramai 30 orang dan hujung minggu bertambah bagi membantu jentera Muslimat Kelantan.

"Helwa Selangor ditugaskan menjaga UPU Bandar Baru yang kebanyakan pengundi berkerjaya iaitu bekerja kerajaan dan swasta. Jadi kita rasa Helwa seolah-olah berhadapan dengan pengundi di Selangor," katanya.

Ini kerana kata beliau suasana UPU Bandar Baru itu seperti di Selangor.

Walaupun Pilihan raya lalu DUN Galas dimenangi PAS namun katanya Helwa Selangor tidak mengambil pendekatan mudah sebaliknya akan bekerja keras untuk mengekalkan kemenangan dengan majoriti yang tinggi.

"Isu semasa akan membantu pengundi memberi undi kepada calon PAS," tegasnya.

Menyentuh tentang PRK Batu Sapi beliau berkata, DMPNS masih belum menyusun jadual kerana ia bergantung pada keputusan dan arahan pimpinan tertinggi PAS.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP