Simpati pimpinan PAS terhadap Dato' Sosila dan tiga rakan
>> Saturday, September 25, 2010
Isu pembunuhan kejam jutawan Kosmetik, Dato' Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya masih menjadi isu hangat. Sehari demi sehari akhbar melaporkan siasatan tersebut.
Begitu juga luahan daripada rakan-rakan dan kenalan Sosilawati.
Apapun jika ditakdirkan Sosilawati dan tiga rakannya telah meninggal dunia, hanya doa yang boleh kita titipkan.
Semoga rohnya dikasihi Allah dan dimudahkan perbicaraan di alam sana.
Exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato' Dr Hasan Mohd Ali telah mengimamkan solat hajat dan doa selamat untuk Sosilawati dan tiga rakannya.
Beliau selaku Pesuruhjaya PAS Selangor telah menemui anak-anak Sosilawati di rumahnya Taman Harmonis pada 17 September lalu.
Inilah pimpinan yang kita perlu cari. Bukan setakat boleh menjadi wakil rayat, mampu berdebat di sidang dewan undangan tetapi boleh menjadi imam,berkhutbah seterusnya menghayati perjuangan Islam.
Barulah orang bukan Islam hormati kita. Apa ertinya jika kita pandai berhujah, pakar menghentam orang tetapi apabila diberi penghormati untuk menjadi imam solat, hanya mampu berkata; "Saya hormat tuan rumah, tuan rumah yang sewajarnya menjadi imam...
0 comments:
Post a Comment