>> Sunday, February 27, 2011

80 Peratus Melayu Bakal Dapat Tanah

80 peratus Melayu bakal menerima tanah dari kerajaan negeri apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memberi jaminan akan menyelesaikan 100,000 permohonan memiliki tanah dengan secepat mungkin.

YB Dr Hj Yaakob Sapari Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian,Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan berkata, jaminan Menteri Besar tersebut mencerminkan sikap kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang telus dan tidak memilih latar belakang politik dalam soal pemberian tanah.

Katanya, dasar kerajaan negeri jelas di mana pemilikan tanah adalah kepada individu yang telah menetap dan telah mengusahakan tanah tersebut.

Antara kawasan yang akan diberi tumpuan dalam menyelesaikan isu ini adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Ijok, Dengkil dan Kuang .

Selain itu, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan permohonan tanah kaum Cina di Sekinchan dan kaum India di Batu Caves yang sebelum ini selalu dipinggarkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Berbeza dengan pemerintahan BN dahulu, setiap permohonan tanah perlulah melalui jawatankuasa daerah tanah yang dipengerusikan oleh ADUN. Sistem ini jelas pincang kerana pemohon yang mempunyai fahaman politik berbeza akan ditolak.

Menurutnya lagi, kerajaan dahulu dilihat gagal menangani masalah ini dengan baik, Malah, Dato’ Seri Khir Toyo juga gagal menyelesaikan pemohonan tanah orang Melayu dikawasannya sendiri di Sungai Panjang.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP