>> Sunday, February 27, 2011
Najib Razak Digesa Mohon Maaf Terhadap Dr Yusof Al-Qaradawi
Ditulis oleh Edi Suleiman
27/02/2011 Share
SHAH ALAM 27 FEB : Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak melemparkan tuduhan melulu terhadap ulama Dr Yusof Al-Qaradawi sebagai manusia lidah bercabang kerana menganugerahkan tokoh Maal Hijrah itu namun dalam pada masa yang sama melabel sebagai pengganas, kata Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad.
"Ini satu lagi sikap manusia lidah bercabang sedangkan Malaysia baru saja menganugerahkan kepada dia tokoh Maal Hijrah sebagai cendikiawan Islam," katanya yang dihubungi TV Selangor.
Idris berkata jika Najib Razak enggan meminta maaf, beliau mencabar Najib untuk menarik balik anugerah tokoh Maal Hijrah daripada ulamak itu.
"Sudah pasti dia perlu meminta maaf,kalau tidak kita cabar dia tarik balik anugerah Dr Yusuf kalau dia seorang pengganas," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhamad Nur Manuty turut senada dengan apa yang disuarakan pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini.
"Kenyataan beliau ini senada dengan kuasa barat yang menyenaraikan Dr Yusuf dalam senarai sebagai kelompok ganas atau ekstrem. Ini kenyataan berbahaya dan dikesali oleh pendukung gerakan Islam di seluruh dunia.
Terdahulu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menzahirkan tekanan mereka terhadap Najib yang semberono menuduh ulamak tersohor itu dan gerakan Islam antarabangsa, Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas.
0 comments:
Post a Comment