>> Thursday, December 23, 2010

Merdeka Center: Pakatan berjaya pertahan Selangor dalam PRU-13
Thursday, 23 December 2010 Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 23 Dis – Selepas lebih dua tahun mentadbir Selangor, Pakatan Rakyat (Pakatan) dijangka berjaya mempertahankan Selangor jika Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan sekarang, menurut tinjauan terbaru Merdeka Center.

Kira-kira 57 peratus daripada 1,214 responden percaya hala tuju pentadbiran Selangor oleh Pakatan adalah tepat, manakala hanya 28 peratus berpendapat sebaliknya.

Sokongan daripada masyarakat Cina kekal 53 peratus, manakala sokongan daripada masyarakat India meningkat dari 63 peratus kepada 72 peratus.

Menurut Merdeka Center, sokongan kaum Melayu adalah pada tahap 55 peratus.

Sementara itu, 67 peratus responden berpuas hati dengan prestasi kerajaan negeri Selangor, manakala 55 peratus yakin atau sangat yakin dengan kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Angka ini jauh mengatasi 22 peratus responden yang berpendapat sebaliknya.

Tinjauan ini dijalankan atas permintaan Kerajaan Negeri Selangor, melibatkan pengundi berumur 21 ke atas melalui temu bual telefon dari 27 Julai hingga 23 Ogos.

Tinjauan yang sama juga mendapati Perdana Menteri Najib Abdul Razak terus menghampakan pengundi-pengundi Selangor.

Kira-kira 49 peratus percaya rasuah di peringkat Kerajaan Persekutuan terus meningkat manakala 15 peratus percaya tidak ada perubahan sejak Najib mengambil alih kuasa.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP