>> Thursday, December 23, 2010


Tenangnya Pengerusi SPR...

Tarikh pilihan raya kecil DUN Tenang, Labis begitu tenang sekali. SPR telah menetapkan 30 Januari Ahad sebagai tarikh pembuangan undi manakala 22 Januari,
Sabtu sebagai hari penamaan calon.

Inilah kebijaksanaan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff yang begitu tenang sekali menetapkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi. Ada tempoh
sebulan untuk mengatur strategik.

Andai kata kerusi Tenang sebelum ini dikuasai PAS, adakah SPR akan menetapkan tarikh yang begini tenang? Apakah Pengerusi SPR akan menetapkan cuti minggu sebagai hari Penamaan calon dan pembuangan undi?

Saya rasa rakyat sudah ada jawapan, tidak perlu saya menjelaskan. Apa pun rakyat Johor khususnya pengundi DUN Tenang perlu tenang menerima pengumuman ini.

Rakyat Johor memang tenang, sebab itu apa sahaja penyelewengan, salahguna kuasa yang dilakukan oleh Umno-BN; rakyat Johor tenang saja menerimanya.

Inilah hebatnya rakyat Johor khususnya pengundi DUN Tenang yang tidak pernah sedar untuk menghentikan sokongan kepada pimpinan Umno-BN.

Saya anak jati Johor. Harapan besar saya semoga DUN Tenang membawa perubahan besar kepada negeri Johor dalam pilihan raya umum ke-13. Dah muak dengan pimpinan Unmo Johor.

Johor namanya je diperintah oleh Umno-BN tetapi rakyatnya bertimbun-timbun yang miskin. Gejala sosial tak usah cerita.

Selepas DUN Galas menjadi sibuk dengan kenaikan harga hotel kini tiba giliran DUN Tenang, Labis. Sudah tentu harga hotel, rumah sewa melambung. Jika sebelum ini sewa rumah tidak laku, tapi menjelang PRK tiada rumah untuk disewa.

Sewa hotel sah mahal. Terkenang ketika berkempen di DUN Galas. Saya terpaksa tidur di hotel Cameron Higlands sebab tiada bilik hotel. Semua penuh dan paling kelakar harga sewa untuk satu malam melambung.

Walaupun dari Galas ke Cameron Higlands perjalanan selama satu jam namun saya gagahi juga. Dapat juga menikmati angin sejuk dan melihat keindahan ladang teh.

Jika di Labis sudah tentu kita akan melihat keindahan daun-daun kelapa sawit...Kepada pengundi DUN Tenang jangan keliru untuk mengangkat siapa pemimpin anda.

Sudah lama DUN Tenang berada di bawah tampuk pimpinan Umno. Apakah pengundi DUN Tenang tidak mahu menikmati apa yang dirasai oleh rakyat Selangor semenjak di bawah kerajaan Pakatan Rakyat?

Jika hendak tahu apa kenikmatannya sila buat perubahan berada di bawah kuasa PAS.

Jangan tunggu lama-lama...buatlah perubahan sekarang. Selamat membuat perubahan.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP