Aduhai...binatang pun sayang anak

>> Tuesday, October 18, 2011


Buang bayi di Selangor disebabkan kegagalan pendidikan BN

SAIDAH HAIRAN

AMPANG: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi tertinggi sejak lima tahun lepas adalah disebabkan kegagalan sistem pendidikan kerajaan BN selama 51 tahun.

Menurut beliau, disebabkan kegagalan sistem pendidikan itu menyebabkan rakyat Selangor khususnya remaja dan beliau menghadapi krisis keruntuhan moral.

Ini kerana katanya, remaja dan belia yang membuang bayi atau yang terjebak dengan krisis moral bukan berusia tiga tahun tetapi lebih 15 tahun.

Di temui selepas pelancaran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) cawangan Ampang Hilir katanya, sebab itu kerajaan negeri telah melakukan penjenamaan baru perpustakaan dengan memberi imej dan pendekatan baru.

Menurut beliau, dengan imej dan pendekatan baru itu dapat menarik perhatian generasi muda terutama remaja dan belia supaya gemar datang ke perpustakaan.

Katanya, untuk mendapatkan generasi yang tidak terjebak dengan gejala sosial dan keruntuhan akhlak mereka perlu mempunyai ilmu.

"Apabila remaja dan belia berilmu sudah pasti mereka tidak tergamak untuk membuang bayi dan tidak perlu mengambil tindakan yang menjerumuskan diri dalam gejala sosial," tegasnya.

Berhubung dengan pembuangan bayi katanya sudah tentu tidak boleh turun mendadak kerana kerajaan mengambil masa dan perancangan untuk menangani krisis moral di kalangan remaja dan belia Selangor.

Ini kerana tambah beliau, proses pembangunan insan ditambah dengan proses pendidikan dan persekitaran dahulu tidak mendorong rakyat Selangor untuk menjadi insan yang berjaya dan baik sebaliknya mereka lebih terdedah dengan gejala maksiat.

Hadir sama pada majlis pelancaran PPAS cawangan Ampang Hilir, Adun Lembah Jaya, Khasim Abd Aziz; Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar; Pengerusi PPAS, Mastura Mohamad dan Pengerusi Kumpulan Perangsang Berhad, Raja Idris Raja Kamarudin.

caption:

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP