>> Thursday, October 13, 2011



PAS bongkar sindikit pemberian Mykad di resort Putrajaya

SAIDAH HAIRAN &
WAN ZAHARI WAN SALLEH

PUTRAJAYA: PAS membongkar sindikit pemberian Kad Pengenalan (Mykad) kepada pendatang asing bagi membolehkan mereka mengundi Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum nanti.

Pembongkaran sindikit itu diketahui awal oleh AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman melalui
sumber dalaman yang mendedahkan warga asing dari Indonesia dan Kampucha akan diberi
Mykad.

Katanya, enam buah bas persiaran datang dari RnR Kulai (Johor) pada jam 12 tengahmalam dan berkumpul di RnR Pagoh seterusnya berhenti solat subuh di masjid Putrajaya.

Beliau dimaklumkan ketika bas berhenti di masjid Putra, beberapa pegawai Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) menemui ketua rombongan bas dan mengarahkan mereka ke
resort di kawasan berhampiran setelah menyedari operasi jahat mereka dikesan.

Mazlan berkata, sumber tersebut memberitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta
mendengar perbualan mereka yang mendakwa akan mendapat Mykad.

"Sumber itu memberitahu saya kerena mereka tidak mahu bersuhabat dalam operasi jahat
ini, kebetulan pula polis yang berada di kawasan resort mengarahkan pemandu bas pulang dan jangan terlibat dengan kes ini," katanya.

Sehubungan itu, lebih 200 warga asing dari Indonesia dan Kampucha ditempatkan di Astana Dugang Country Resort, bermula sekitar jam 11 pagi, rabu 12 oktober.

"Saya difahamkan ini trip ke10 untuk operasi ini, modus operandi mereka adalah untuk
mengalahkan Pakatan Rakyat Selangor," tegasnya.

Sekitar jam 1.30 petang, sebuah kereta Mazda hitam PAT 2470 dari kawasan resort
terpaksa berpatah balik dan melalui jalan belakang resort kerana dihalang Pemuda PAS
untuk keluar ke jalan utama.

Wakil Harakah yang berada di situ mendapati kereta tersebut penuh dan dipandu laju
sehingga jentera PAS yang mengejar menggunakan motor tidak dapat mengesan kereta
tersebut.

Sementera itu, exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa yang mengekori bas dari Putrajaya
berjaya masuk ke kawasan resort dan mendapati warga asing dari Indonesia dan Kampucha berada dalam resort.

"Saya tanya tujuan mereka datang ke resort, mereka menjawab untuk kursus," katanya
ketika ditemui di hadapan resort.

Bagaimanapun beliau terpaksa keluar kerana kehadirannya tidak disenangi oleh `ketua'
rombongan.

Setelah beliau keluar pagar resort itu dikunci manakala talian telefon bimbit yang tertera di pagar ketika dihubungi oleh jentera PAS, mereka menjawab, "salah nombor'.

Persoalannya, jika warga asing tersebut mengikuti kursus kenapa kereta Mazda PAT 2470 berpatah balik begitu juga dengan pagar resort di kunci setelah exco Pemuda PAS keluar dari kawasan itu?

Lebih musykil kenapa nombor telefon yang tertera di pagar resort 013-6410309 dan
013-4693966 ketika dihubungi menjawab, `salah nombor'?

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP