Muslimat PAS hebat kutuk Israel

>> Tuesday, June 22, 2010



SAIDAH HAIRAN
PUTIK: Usul Dewan Muslimat PAS Pusat mengutuk keras tindakan biadap tentera komando Israel melakukan serangan ganas ke atas misi kemanusiaan ke Gaza disokong sebulat suara setelah dibahas.

Aiman Athirah Al Jundi mewakili Dewan Muslimat PAS Pusat menegaskan serangan keatas kapal induk Mavi Marmara yang telah mengakibatkan 10 sukarelawan terbunuh manakala 12 orang sukarelawan Malaysia dalam kapal Mavi Marmara ditawan.
Dewan Muslimat PAS Pusat berdiri teguh dan menyokong penuh di belakang wanita Palestin dan keluarga mereka dalam menegakkan keadilan yang telah dceroboh oleh zionis Israel.
Katanya, Muslimat PAS Pusat bersiap sedia membantu wanita Palestin daripada semua aspek termasuk menghantar sukarelawan muslimat ke Gaza.
Ketika sesi perbahasan beliau berharap PAS dan Pakatan Rakyat menjuarai usaha penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke Gaza bersama negara-negara lain dengan mesasarkan 1000 armada misi bantuan.
Dewan Muslimat mendesak kerajaan BN meaksanakan ketetapan dalam usul yang dibentangkan di Parlimen pada 7 Jun, mendesak kerajaan Malaysia mengiktiraf kemenangan Hamas sebagai kerajaan dan wakil yang sah.
Beliau menggesa rakyat Malaysia supaya melakukan boikot barangan Israel sebagai usaha melumpuhkan ekonomi negara Israel.
Usul tersebut disokong oleh Ustaz Ridzuan Abu Bakar, PAS Kuala Kedah supaya mengambil tindakan segera tanpa melupakan masjidil Aqsa amat rapat dengan peristiwa israk mikraj.
Penglibatan Umno-BN dalam menghirup darah rakyat Palestin tidak boleh dilupakan, tegasnya.
Khalid Samad Shah Alam (Selangor) sebelum berlaku serangan kapal Marvi Marmara kerajaan Malaysia sedang berusaha membuat satu perubahan melantik Apco Worlidwide sebagai penasihat hubungan awam mereka.
Apabila isu Apco ditimbulkan dalam parlimen katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Abd Aziz menyatakan tidak salah Malaysia berbaik dengan Amerika Syarikat.
"Nazri berkata kenapa Malaysia hendak bertegang leher dengan Amerika Syarikat berapa banyak negara umat
Islam berbaik dengan Amerika, kenapa tidak Malaysia," katanya.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia cuba membuat anjakan pendirian Malaysia yang ingin mendampingi Amerika Syarikat dengan membayar pakar runding Yahudi Apcp dengan kemuncak pertemuan Perdana
Menteri, Dato' Seri Najib Razak bersama Presiden Amerika, Obama selama 45 minit.
Katanya, peristiwa Marvi Marmara dan wira Malaysia merupakan bantuan Allah bukan sekadar untuk Palestin tetapi memaksa Najib memikir kembali dasar mereka untuk berdamping dengan Amerika.
Sehubungan itu, tegas beliau Najib memerlukan masa 12 jam untuk mengeluarkan kenyataan kerana mereka sudah ada cara hendak berbaik dengan Amerika tetapi serangan keatas kapal Marvi Marmara berlaku.
Wakil Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Noor dan wakil Dewan Ulama PAS Pusat, Syed Mohd Abdul Kadir Al-Joofre turut menyokong usul daripada DMPP.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP