Usul lantik Pesuruhjaya serah kawasan ditolak

>> Tuesday, June 22, 2010

PENGKALAN CHEPA: Usul pelantikan Pesuruhjaya PAS negeri-negeri mengambil kira calon yang dicadangkan oleh PAS Kawasan-kawasan untuk menjadi Pesuruhjaya PAS setiap negeri ditolak dengan suara majoriti.
Usul tersebut dibentang oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Subang oleh perwakilannya, Rohaya
Perwakilan dari Pahang, Salamiah Mohd Noor membantah dan menolak usul tersebut.
Ini kerana katanya, pimpinan dan ahli PAS perlu meletakkan kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap Presiden.
Beliau kurang setuju apabila usul tersebut menyebut dengan melantik daripada kalangan yang dicalonkan PAS Kawasan ia membuka ruang demokrasi.
"Saya menafikan kerana menjadi satu tugas bagi Pesuruhjaya negeri-negeri bahawa beliau boleh melantik Timbalan Pesuruhjaya dan pelantikan itu boleh dibincangkan di peringkat Kawasan," katanya.
Dewan Muslimat PAS Langkawi (Kedah) dan Bukit Ketil (Perak) turut menolak usul tersebut kerana Pesuruhjaya yang dipilih oleh Presiden tidak menimbulkan sebarang masalah.
Sementara itu usul Dewan Muslimat PAS Kawasan Taiping supaya DMPP mewujudkan pusat penjagaan anak-anak (nurseri) di semua peringkat negeri dan kawasan diurus sepenuhnya oleh Dewan Muslimat, disokong sebulat suara.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP