Desak AUKU dan ISA
>> Tuesday, September 20, 2011
Muslimat desak Najib mansuh Auku bersama ISA
SAIDAH HAIRAN
KLANG: Dewan Muslimat PAS Pusat yakin pengumunan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mansuhkan ISA hanya semata-mata mahu menarik kembali sokongan rakyat kepada BN terutama pengundi bukan Melayu dalam PRU ke13 nanti.
Timbalan Ketuanya, Dr Siti Mariah Mahmood berkata, akibat kegusaran itu Najib terpaksa mengumumkan pemansuhan ISA dengan harapan golongan bukan Melayu akan kembali menyokong BN.
Bagaimanapun, beliau memerhatikan sejak Najib menjadi Perdana Menteri tiada
tranformasi yang dilakukan untuk kebaikan rakyat.
Tegas beliau, apa erti Najib mansuhkan ISA sedangkan akta itu akan diganti dengan
Satu undang-undang yang mungkin sama kejamnya dengan ISA.
"Sedangkan rakyat sudah terbelenggu dengan pelbagai akta antaranya akta polis, akta
jenayah, Auku yang boleh mendakwa dengan segala jenis kesalahan," tegasnya.
Beliau bimbang jika perkara itu tidak dilaksanakan sebelum PRU sudah pasti selepas
PRU dan BN menang akta tersebut akan diteruskan pelaksanaannya.
Justeru tambah beliau selagi akta kejam itu tidak dimansuhkan maka pengumunan
Najib hanya omongan kosong sahaja.
Tegas beliau, ini kerana selama ini pimpinan BN menentang dan masih memerlukan
akta itu bagi menjamin keselamatan tiba-tiba Najib mengumumkan untuk mansuhkan
ISA.
Lebih mengejutkan lagi katanya apabila Najib marah dengan pimpinan Pakatan rakyat
supaya jangan ambil kredit daripada pengumunan tersebut.
Sedangkan selama ini Pakatan Rakyat berusaha menentang akta kejam itu tetapi
katanya Najib seolah-olah mahu mengubah sejarah siapakah yang selama ini melawan
dan membantah ISA.
"Niat sahaja tidak ada gunanya tetapi Najib mesti buktikan dengan tindakan segera,"
tegasnya ketika ditemui di majlis sambutan Aidil Fitri Adun Selat Kelang, Dr Halimah
Ali.
Sementara itu, exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modan Insan,
Dr Halimah Ali menegaskan untuk lebih lengkap dan dilihat lebih mendengar suara dan
rintihan rakyat Najib mesti mansuhkan akta Auku yang selama ini memenjarakan
fikiran siswa-siswa.
Katanya, demi masa depan negara bakal modal insan di IPTA perlu diberi ruang yang
luas untuk membina jati diri, menjadi berani supaya mampu berdaya saing dan pantas
bangkit sekiranya tergelincir daripada landasan yang betul.
"Kerajaan yang professional dan berwibawa serta mempunyai yakin diri yang tinggi
tidak akan rasa tergugat dengan kebebasan bersuara pelajar IPT," tegasnya.
Beliau yang juga AJK DMPP menegaskan jika kerajaan berintegriti ia akan
mengalu-alukan teguran, kritikan bahkan gelagat demonstrasi mahasiswa-mahasiswi
yang tidak puas hati dengan mana-mana isu.
Menurut beliau, jika yang dibangkitkan oleh para pelajar itu benar dan hujjah mereka
munasabah, kerajaan akan mengambilkira dalam proses membuat keputusan.
"Auku sudah tidak relevan saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan
tinggi mendesak kerajaan BN memansuhkan Auku sekaligus dengan ISA," tegasnya.
0 comments:
Post a Comment