>> Wednesday, September 28, 2011


Permukiman dan konvensyen BN bukti mereka terdesak

SAIDAH HAIRAN

KUALA LUMPUR: PAS Selangor yakin kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa rakyat Selangor tertekan di bawah Pakatan Rakyat membuktikan bahawa Umno-BN sebenarnya terdesak untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat dalam PRU ke13.

Menurut Setiausahanya, Mohamad Khairuddin Othman berkata, Umno-BN amat tertekan dengan tindakan Pakatan Rakyat yang berjaya melaksanakan sebahagian daripada manifesto pilihan raya 2008.

Beliau menegaskan, apa sahaja program yang dilakukan Pakatan Rakyat disambut baik oleh rakyat berbilang bangsa.

"Kita hendak sebut apabila Umno-BN mengadakan Permukiman di Kuala Selangor, rakyat tak sambut malah ada wakil rakyat Umno memboikot permukiman itu," tegasnya.

Beliau yang juga Penyelia DUN Paya Jaras mengingatkan Muhyiddin jangan pandai-pandai hendak mengatakan rakyat Selangor tertekan di bawah Pakatan Rakyat.

Sedangkan tambah beliau, Muhyiddin perlu melihat kelemahan sendiri apa yang berlaku kepada rakyat Johor.

Katanya, Selangor baru tiga tahun ditadbir Pakatan Rakyat berbanding BN selama 51 tahun.

Walaupun tambah beliau baru tiga tahun mentadbir Selangor, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM500 juta untuk bil air dan tidak termasuk program Memasyarakatkan Ekonomi Selangor (MES).

Sehubungan itu tegas beliau, rakyat tidak akan percaya dengan fitnah Umno sebab mereka melihat sendiri bagaimana pimpinan Pakatan Rakyat bekerja keras menjaga kebajikan rakyat.

"Undi Melayu, Cina dan India bertambah sebab itu Umno-BN mengadakan Permukiman dan konvensyen di Selangor," tegasnya.

Beliau berkata, PAS Selangor tidak gentar dengan apa sahaja strategi jahat dilakukan BN kerana PAS akan mempertahankan kemenangan dengan majoriti lebih besar.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP