>> Monday, September 5, 2011







Editorial Harakah menyantuni pengguna lebuh raya Karak

SAIDAH HAIRAN & MOHAMAD NASIR SUDIN

GOMBAK: Sumbangan air minuman, kuih, kurma dan akhbar Harakah daripada unit Editorial Harakah kepada pengguna lebuh raya Kuala Lumpur-Karak membuka tirai untuk diteruskan aktiviti tersebut pada Ramadan tahun hadapan.

Seramai 300 pengguna lebuh raya yang melalui tol Gombak menikmati akhbar Harakah percuma edisi 1669 manakala hampir 1000 air minuman, kuih serta kurma diagihkan kepada pengguna lebuh raya yang melintasi tol tiket.

Unit Editorial Harakah diketuai Pengarangnya, Taufek Yahya bersama Pembantu Khas Ketua Pengarang Harakah, Khairul Hartimi Mohd Tajudin; Wartawan, Saidah Hairan dan Nor Nadia Mohd Noor meluangkan masa dua jam untuk mengagihkan sumbangan tersebut.

Turut serta Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Selangor, Mariam Abd Rashid; Ketua Muslimat PAS Kawasan Ampang, Rohaina Hasan; Rohaya Mohamad serta unit Amal Selangor.

Kehadiran unit Editorial Harakah disambut mesra serta diberi penerangan tentang keselamatan oleh Eksekutif Kanan Bahagian Trafic dan Keselamatan, Saiful Bahari Ibrahim.

Ketika sesi penerangan dua orang Pegawai JPJ menghentikan kenderaan dan datang ke khemah, Taufek telah menyampaikan akhbar Harakah dan sumbangan makanan.

Sumbangan kepada pengguna lebuh raya merupakan aktiviti kali pertama dilakukan oleh unit Editorial Harakah yang menjadi orang tengah kepada rakyat Malaysia yang menyalurkan sumbangan ke dalam akaun Dana Ramadan.

Gelagat pengguna lebuh raya yang menerima akhbar Harakah serta sumbangan kuih amat mesra dan ada yang sempat berpantun; `Terima kasih daun keladi, bila boleh dapat lagi?'

Manakala pengguna lebuh raya berbangsa Tionghua pula ketika menerima Harakah terus berkata, 'PAS!!!, tidak kurang juga yang mengatakan; `Ha...(dengan nada terkejut) Harakah...'.

Harakah turut mengagihkan sumbangan kepada 30 orang warga kerja di Tol Gombak. Pihak Harakah turut mengharapkan permulaan sumbangan itu akan menghasilkan satu kerjamasa dan hubungan yang baik untuk di masa akan datang.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP