>> Sunday, September 18, 2011



Hasan yakin perjuangan PAS

Sehingga kini saya masih bersama PAS, saya yakin dengan perjuangan PAS. Demikian penegasan Exco Kanan negeri Selangor dan AJK PAS Pusat, DATO' DR HASAN MOHAMAD ALI berhubung dakwaan beliau mahu masuk Umno. Ikuti penjelasan beliau bersama Wartawan SAIDAH HAIRAN di majlis Rumah terbuka di rumahnya, Taman Tun Dr Ismail.

Ada dakwaan mengatakan Dato' akan keluar PAS dan masuk Umno. Benarkah dakwaan tersebut, Dato'?

Dato' Hasan : Baru-bari ini dalam blog-blog mengatakan Hasan Ali akan masuk Umno, hari ini (17 septembar) hari pengistyiharan dia (Dato') masuk Umno. Ini spekulasi. Yang kedua dalam laporan media, dalam blog dan akhbar mengatakan saya pernah menganggotai Umno, pernah berkecimpung dalam Umno.

Saya menegaskan, saya tidak pernah sebarang masa dan ketika masuk Umno. Saya juga tidak pernah berniat untuk berkecimpung dalam Umno. Jadi, saya merasakan insya-Allah jika misalnya saudara-saudara dapatkan penjelasan ini dan beritahu kepada mereka yang ingin mengetahuinya. Saya rasa dapat melegakan spekulasi-spekulasi yang sedemikian.

Saya tidak menyatakan spekulasi ini berniat jahat, saya tidak mengatakan spekulasi ini spekulatif sifatnya, saya tidak menyatakan hanya mahu menimbulkan ketegangan di
mana-mana pihak tetapi saya rasa redakan lah. Jika tidak dapat penjelasan daripada
tuan punya badan janganlah mewakili kuda-kuda untuk bercakap.

Dato' ada sumber mengatakan Dato' berjumpa dengan Menteri KDN, Dato' Seri
Hishammuddin Tun Hussein?

Tidak ada. Saya tidak pernah berjumpa dan tidak ada rancangan untuk berjumpa.
Mungkin ada orang lain yang berjumpa, mungkin Hasan kot...Hasan putung mayung ke
bukan Hasan Ali (sambil berseloroh).

Sehingga kini saya bersama dengan PAS. Saya yakin dengan perjuangan PAS yang
diasaskan. Saya masuk PAS kerana dalam slogan PAS ialah kepimpinan Ulama. Slogan ini yang memanggil Hasan Ali masuk PAS. Kedua kerana PAS hendak menegakkan negara Islam yang berpangkalkan pada al-Quran, sunnah, ijmak dan qias.

Itulah yang memanggil saya masuk PAS. Tetapi misalnya jika itu sudah tidak dijunjung
lagi oleh mana-mana manusia macam saya pun, saya harus melihat diri. Jika kita
hendak mengatakan saya meletakkan diri saya dengan meloncat kepada Umno, itu
tidak betul sama sekali. Hari ini saya menafikan itu berlaku.

Bagi Dato' kenapa sampai ada dakwaan timbul?

Macam-macam orang mendakwa, saya public figure. Tapi dakwaan macam itu jika keluar daripada mulut isteri saya itu pun tidak betul, selagi tidak keluar daripada mulut
saya sendiri dan ia tidak boleh diwakil-wakilkan.

Kedudukan kita dalam politik ini bukan perwakilan-perwakilan macam itu, saya tidak
pernah mewakilkan mana-mana orang, saya tidak pernah mewakilkan sesiapa dan
tidak akan mewakilkan sesiapa.

Bagaimana sambutan unit Selamatkan Akidah yang ditubuhkan di bawah unit Dato'?

Unit Selamatkan Akidah ada orang yang menguruskan. Sehingga ini Alhamdulillah
bilangan yang datang kepada kita ramai. Jika kita katakan orang yang susah dan
miskin memang banyak.

Saya hendak mengatakan kita tidak mengambil alih tugas Lembaga Zakat Selangor LZS teapi kita hanya memberikan khidmat utnuk menyatakan orang yang meminta bantuan itu mendapat bantuan segera, dengan masuk campur exco di bawah potfolionya.

Sekarang ini yang betul-betul terlibat dengan dakyah Kristian yang telah dibiayai dan terus dibiayai, dan mereka mahu membebaskan diri daripada cengkaman itu ada 15
orang.

Kita hantar borang kepada LZS. Ada satu kes kita hantar borang sebelah pagi, tengahari LZS telah menemui orang yang minta bantuan. Maknanya dalam sehari
bantuan dapat dikeluarkan.

Dengan adanya Unit Selamatkan Akidah ini fungsinya sangat berkesan. Sambutan daripada LZS sangat memuaskan. Saya harap hubungan Unit Selamatkan Akidah dengan LZS akan terus baik untuk membantu umat Islam yang tergerumus dengan gejala Kristianisasi.

Dato', Jais telah memutuskan tidak akan menyambung tauliah kepada mana-mana
penceramah daripada ahli politik. Apa pandangan Dato'?

Pengarah Jais tidak akan keluarkan tauliah kepada ahli politik dan tauliah yang diberi tidak akan disambung apabila kontraknya sudah tamat.

Saya pada umumnya menyokong tindakan yang diambil untuk tidak mnempolitikkan institusi masjid dan surau. Politik ini maksudnya ialah parti politik, mempolitik partikan.

Itu saya tidak setuju kerana ini akan menimbulkan masalah. Jika ini diteruskan dan
dibiarkan akan memecahbelahkan masyarakat. Bagaimana pun jika kita membincangkan pembangunan politik Islam yang tidak menyentuh mana-mana parti politik, saya rasa itu tidak sepatutnya kita ketepikan dalam rangka kita berdakwah dalam masjid dan surau.

Walaupun saya bersetuju pada dasarnya apa yang disebutkan oleh pengarah Jais tetapi
saya ingin merayu untuk cuba mencari kesempatan untuk mencari ruang di mana saya
boleh berbincang dengan Pengerusi Mais dan Pengarah Mais.

Kemungkinan dalam perbincangan itu boleh dibawa ke istana untuk diberi peluang
kepada saya, untuk menyuarakan pandangan dan pendapat saya tentang perkara ini.

Saya memikirkan bukan semua ahli politik sebenarnya yang pergi ke masjid dan surau
berceramah mengenai parti politik. Tidak semua. Saya tahu Profesor Dato' Haron Din
saya tahu Dato' Ismail Kamus sudah berpuluh-puluh tahun berdakwah tetapi tidak
sedikitpun menyentuh mana-mana parti politik atau mempolitikkan majlis yang
dikhususkan kepada mereka.

Mereka memberikan ceramah seperti tafsir al-Quran. Setengah-setengah ustaz
memberikan ceramah atau kuliah bulanan mengenai tajwid. Mengenai cara membaca
al-Quran yang betul. Mereka mengajar tentang akidah dan sebagainya. Sudah
berpuluh-puluh tahun rakyat di akar umbi mengikuti kuliah-kuliah tersebut dan
pensyarah-pensyarah ini merupakan pensyarah lima bintang yang menjadi pilihan
mereka.

Sebab itu kadang-kadang kita dapati mereka bersyarah secara talaki (berguru,
berkitab, dengan guru yang telah ditetapkan) dan mereka adakan itu setiap minggu dan
setiap bulan dan sebagainya.

Jika kita potong ini atas dasar dia ahli politik maka sudah tentulah kita memimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat. Sebagaimana yang kita tahu Islam semakin dipinggirkan maka dengan kita meniadakan orang-orang yang bekerja kerana Allah, saya rasa akan gersang perkembangan Islam di Selangor. Ini pendapat saya yang saya tidak paksa pendapat saya ini kepada sesisapa pun.

Saya mengharapkan agar ruang ini diberikan kepada saya dengan penuh hikmah,
penuh jujur. Saya ikhlas teman-teman saya ikhlas dan pihak istana Mais dan Jais
ikhlas, saya rasa dengan sifat ikhlas sesuatu yang baik dapat diputuskan.

Bagaimana pula dengan penyiasatan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara
Utama yang didakwa berlaku majlis murtad?

Penyiasatan yang dilakukan oleh Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama
(DUMC) telah dilakukan selama sebulan lebih. Saya diberitahu mungkin laporan yang
dijanjikan akan diserahkan kepada YAB Menteri Besar.

Saya merasakan YAB akan meneliti laporan itu. Kemungkinan akan di bawa ke
mesyuarat exco dan akan dipanjangkan ke pihak istana untuk pertimbangan pihak
Istana. Apa pun saya tidak mahu mengulas panjang tentang hal itu.
Bagaimanapun, saya masih bertegas tentang hal kristianisasi atau dakyah kristian.

Saya adalah rakyat Malaysia yang akan berada di barisan hadapan, pada saban masa dan
ketika untuk mempertahankan kesucian dan akidah umat Islam.

Maknanya, posisi saya tidak pernah berubah dalam keadaan apa pun. Siapa pun di
belakang saya, bagi saya, saya bertanggungjawab penuh terhadap Allah SWT.
Maknanya, kalau manusia seluruhnya menentang saya manusia seluruh agaknya tidak
selari dengan saya, itu tidak masuk dalam perkiraan saya.

Perkiraan saya ialah saya mesti kasih, saya mesti sayang kepada Allah SWT dan
sebab itu saya mesti tunduk dan patuh oleh arahan Allah SWT melalui Nabi
Muhammad s.a.w.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP