>> Monday, September 5, 2011





Strategi jahat Umno di Sabah berulang di Selangor

Oleh: SAIDAH HAIRAN

PANDAN: PAS yakin Umno sedang memperhebatkan usaha jahat mereka yang berjaya dilakukan di Sabah akan diulangi di Selangor dalam isu daftar pemilih bagi menjamin kuasa rakus mereka kekal dalam Pilihan raya umum ke13.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, PAS tidak mahu kemenangan Umno-BN dan kekalahan Pakatan Rakyat dalam PRU nanti disebabkan penipuan dengan mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

"Strategi jahat ini pernah dilakukan di Sabah dan sekarang usaha jahat ini sedang diperhebatkan di Selangor," katanya ketika ditemui selepas pelancaran Gelombang Hijau, di Pandan Dalam.

Beliau berkata, SPR melalui Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengakui bahawa tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini dan kenyataan itu jelas menunjukkan sikap sebenar SPR yang tidak berpihak kepada rakyat.

Menurut beliau, PAS sudah membuktikan puluhan ribu nama pemilih yang mempunyai kod warganegara asing seperti Indonesia dan Kemboja sudah didaftarkan sebagai pemilih dalam daftar pemilih.

"Kita akan terus mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh SPR dan Umno kerana kita tidak mahu Umno menang nanti kerana undi warga asing bukan rakyat Malaysia," tegasnya.

Berhubung desakan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat supaya mengadakan sidang dewan tergempar katanya, jika desakan itu tidak dilayan maka PAS amat bersetuju Bersih 3.0 diadakan segera dan pada bila-bila masa.

"Kita setuju supaya Bersih 3.0 diadakan segera, kita yakin penyertaan lebih ramai lagi untuk menuntut Pilihan raya dilakukan secara bersih," katanya.

Ini kerana kata beliau apa yang rakyat tuntut selama ini memang betul terdapat penyelewengan dalam daftar pemilih dan perkara yang berkaitan dengan SPR.

Selain itu beliau turut mengingatkan pimpinan dan ahli PAS supaya jangan mudah termakan hasutan Umno dengan menganggap mereka baik kerana cuba membela Jais dalam isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utara.

Beliau menegaskan selama ini Umno tidak pernah membela atau memperjuangkan Islam, Umno yang menyebabkan Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom dipecat daripada jawatannya.

Begitu juga kata beliau, pertukaran cuti Jumaat pada Ahad di Johor dan Perlis serta halangan Presiden PAS serta ulama PAS yang tidak dibenarkan berceramah di Selangor.

"Jangan cakap Umno hendak membela Islam kerana mereka sebenarnya tidak pernah membela agama Islam," katanya.

Justeru beliau mengingatkan seluruh kepimpinan PAS supaya jangan mudah melatah apabila Umno cuba menjolok sedikit dalam beberapa perkara yang melibatkan Islam.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP