>> Monday, September 5, 2011








Warga kerja Harakah rai pesakit HUKM

SAIDAH HAIRAN & WAN ZAHARI WAN SALLEH

BANGI: Kesungguhan dan keprihatinan Harakah membantu meringankan bebanan golongan kurang bernasib baik diteruskan dengan sumbangan Aidil Fitri kepada 74 orang pesakit di wad Ortopedik dan Neutrologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Sumbangan dalam bentuk hamper itu disampaikan oleh Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dengan kerjasama Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood pada 25 Ogos lalu.

Lutfi berkata, sumbangan itu merupakan kesinambungan aktiviti yang dilakukan Harakah bermula Ramadan tahun lalu di Pusat Tibi Negara, Kuala Lumpur dan selepas itu di Hospital Tanjong Karang, Selangor.

Walaupun sibuk dengan tugas seharian kata beliau warga kerja Harakah tetap berkesempatan melaksanakan tanggungjawab sosial kepada golongan yang memerlukan sumbangan dan pesakit di hospital.

Katanya, semoga dengan sumbangan itu dapat menceriakan pesakit dengan kedatangan Aidil Fitri.

"Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Pengurus HUKM yang memberi kerjasama dan layanan baik kepada Harakah, moga hubungan ini dapat diteruskan dan berkekalan," katanya.

Program itu kata beliau amat bermakna bukan sahaja kepada pesakit di hospital tetapi kepada warga kerja Harakah yang sebahagiannya dapat melapangkan masa untuk bersama-sama menyampaikan sumbangan kepada pesakit.

Beliau berkata, Harakah merupakan orang tengah kepada penyumbang-penyumbang yang begitu prihatin menyalurkan sumbangan ke Dana Ramadan Editorial Harakah untuk disalurkan terus kepada golongan orang yang kurang bernasib baik.

Kehadiran delegasi Harakah bersama Dr Siti Mariah disambut mesra oleh Pegawai Perhubungan Awam PHUKM, Norhayati Md Raji; Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Sumber Manusia, Ustaz Mohd Hasrizal Hasan; wakil Jabatan Ortopedik dan Neutrologi, Zakaria Amnan serta Pegawai Kejururawatan, Roslina.

Turut serta menyampaikan sumbangan; isteri Ketua Pengarah Harakah, Siti Hawa Samsam; Pengurus Telesign; Mohd Mokhtar Rozaidi Mohamad; Pembantu Khas Ketua Pengarang Harakah, Khairul Hartimi Mohd Tajudin; Pegawai Sumber Manusia, Zanariah Mohd Yusof; Pegawai Kewangan, Norazlina Ali; Pengendali Harakahdaily, Nurhafizah Ibrahim; Unit Kawalan Kredit, Norhana Natrah Mohd Salleh; unit Pemasaran, Ahmad Faisal Tawang; Ahmad Jaafar; Fauzi Abd Hamid; Mohd Yusdar Yusuf serta Nor Nadia Mohd Noor.

Semua pesakit yang ditemui berwajah ceria ketika menerima sumbangan daripada Harakah disampaikan melalui Ahmad Lutfi, Siti Mariah, Siti Hawa; Mokhtar serta warga kerja Harakah.

Harakah turut menyampaikan sumbangan hamper kepada jururawat di setiap wad unit Ortopedik dan Pegawai yang mengiringi degelasi Harakah.

Norhayati mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan warga kerja Harakah yang sanggup menemui setiap pesakit di unit Ortopedik untuk menyampaikan sumbangan tersebut.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP